Chapter 8

52.7K 2.5K 89
                                    

Tiara kembali semula ke apartment dimana dia telah ditangkap oleh JAIS tadi.

"Erm Awak!" Dia memanggil suaminya yang ingin mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.

"Apa?" Dingin saja soalan diaju.

"Kalau awak tak selesa, saya boleh keluar dari rumah ni." Anas mengukirkan senyuman sinis.

"Memang aku tak selesa tapi ke mana je kalau kau nak pergi? Family kau pun dah halau kau." Tiara menggigit bibir baawahnya. Ya tak ya juga kan? Ke mana dia nak pergi? Dia menunduk memandang lantai.

Anas mendekati gadis yang baru dinikahinya sejam yang lalu.

"Heh perempuan kampung, buka telinga luas luas. Dengar apa yang aku nak cakap. Kau memang isteri aku tapi atas kertas je in real life you're not. Not anymore. Remember this, aku hal aku dan kau hal kau. Jangan pernah nak ambil tahu urusan aku. Bilik kau sebelah dapur. Berambus." Dia menolak kasar bahu Tiara.

"Kalau awak benci saya, saya nak awak benci sampai bila-bila. Kelahiran saya dalam dunia ni hanya untuk dibenci. Jadi tolong benci saya sampai ke akhir hayat awak." Tiara berpesan sebelum melangkah menuju ke biliknya.

"Benci kau adalah keputusan yang paling tepat dalam hidup akulah bitch!" Jerit Anas. Kata-kata lelaki itu membuatkan airmata Tiara tumpah.

'Tabahlah wahai hati.'

¤¤¤¤¤¤¤¤

Anas sudah lambat untuk ke kerja. Mungkin dia tidak sempat untuk bersarapan dimana-mana restoran. Dia melangkah menuruni tangga. Aroma nasi goreng menusuk ke hidungnya membuatkan perutnya bertambah keroncong.

Dia berjalan menuju ke meja makan. Sepinggan nasi goreng dan air milo terhidang elok diatas meja itu. Dia meletakkan beg kerjanya diatas meja lalu menarik kerusi duduk. Sempat lagi kalau nak makan ni.

Sungguh berselera dia makan sehingga sepinggan nasi itu habis licin. Sedap sangat mungkin. Segelas air milo diteguk rakus. Beg kerjanya diambil dan segera dia berangkat ke kerja.

Tiara keluar dari bilik. Pinggan bersama sudu dan gelas yang kotor diambil dan dibasuh. Dia masuk ke dalam bilik kembali. Dia menyandarkan diri di kepala katil.

"Alis..aku nak minta explaination dari kau. Asal kau liat sangat nak angkat phone sejak semua ni berlaku?" Bicaranya seorang diri. Sudah beratus kali dia menelefon Alis tetapi gadis itu tidak mahu menjawabnya.

Dia mengeluh lemah. Dia bangun dari katil untuk bersiap-siap pergi ke pasar untuk membeli barang basah kerana di rumah ini sudah tiada apa-apa. Kosong didapur. Beras untuk nasi goreng tadi pun hanya cukup-cukup saja.

Duit upah dia membuat persembahan di majlis perasmian pembukaan hotel itu masih banyak lagi tetapi dia harus berjimat. Dia juga mahu ke tempat kerjanya untuk berhenti kerana dari sini ke tempat kerjanya mengambil masa dalam 20 minit. Jika hari-hari naik teksi boleh habis duitnya.

Dan..kelas tarian juga dia perlu mengundur diri. Biarlah hari-hari dia berlatih dibilik ini saja. Sedih untuk meninggalkan studio itu.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Buka saja pintu rumah, Anas sudah mendapat bau aroma makanan. Walaupun sudah makan tadi tapi dia berasa mahu makan lagi. Dia berjalan laju ke arah meja makan. Nasi dan lauk yang masih panas membangkitkan nafsu makannya.

Kerusi di tarik lalu diduduknya. Baju kot, tali leher dan beg kerjanya diletakkan diatas kerusi sebelah. Dia mencedukkan 3 senduk nasi dan dimakan bersama tomyam.

Sudah 11 tahun dia tidak makan masakan kampung jadi tidak hairan jika dia merindukan masakan ini. Dulu opahnya yang selalu masak masakan begini tetapi opahnya telah pun 'pergi' dan tak akan pulang.

Tiba-tiba dia berhenti menyuap apabila teringatkan sesuatu.

"Dia ke yang masak atau..dia beli?" Dia mengangkat bahu lalu menyambung suapan. Tah malas nak fikir yang dia tahu janji perut kenyang, hati senang.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now