Chapter 41

59.7K 2.2K 29
                                    

Tiktik tiktik tiktik

Tiara menutup alarm telefonnya yang berbunyi. Dia menggeliat sebentar diatas katil. Mata dikatup dan dibuka. Perjalanan yang sepatutnya hanya 7 jam jadi 12 jam kerana jem teruk diatas jalan raya. Sungguh memenatkan.

Aircond ditutup. Sebelum dia melangkah keluar dari bilik, muka dicuci dan gigi diberus terlebih dahulu. Dia berjalan menuju je dapur.

"Nak masak lauk apa eh?" Dia mencekak pinggang didepan peti sejuk setelah selesai menanak nasi.

Udang bersama sotong yang berada didalam freezer dibawa keluar. Dia ingin membuat lauk udang bawang dan sotong kicap bersama sayur kangkung goreng. Harap-harap pekena dengan selera Anas.

Beres semuanya, dia mendaki tangga menuju ke tingkat atas walaupun dulu Anas sudah menghalangnya untuk ke atas. Kalau tidak ke atas, bagaimana ingin mengejutkan lelaki itu untuk bangun sahur?

Tangan dinaikkan untuk mengetuk pintu bilik suaminya.

Tok tok
Dia setia menunggu didepan pintu. Dia mengetuk lagi apabila tiada respon.

Tok tok tok
Namun tetap juga tiada respon. Aih tidur mati agaknya. Tombol pintu cuba dipulas dengan harapan tidak berkunci. Eh? Betul-betul tidak berkuncilah.

Pintu itu ditolak. Dia terpegun melihat bilik suaminya. Sungguh besar dan mewah. Dilengkapi tv 60 inci, katil king, almari baju yang tinggi dan lebar kemudian ada ruangan pejabat dipenjuru kanan bilik. Inilah kali pertama dia menjejak kaki ke dalam bilik jejaka itu.

Dia kembali tersedar apabila teringat niatnya datang ke bilik ini. Dia memandang satu susuk tubuh yang sedang mendakap bantal peluk diatas katil. Lena betul dia tidur. Kalau bom atom meletup tu belum tentu sedar rasanya.

Dia membuka lampu bilik lalu bilik itu kembali terang-benderang. Lampu tidur disebelah katil ditutup. Dia melabuh punggung dibirai katil.

Lena Anas terganggu. Dia menutup matanya menggunakan bantal peluk kerana silau dengan simbahan cahaya lampu.

"Asal buka lampu?" Soalnya dengan suara serak basah.

"Tak nak bangun sahur ke?" Soalan dibalas soalan.

"Nak bangunlah ni." Anas bergolek ke kiri dan sambung tidur sambil dakap bantal peluk. Tiara mengeluh perlahan melihat suaminya.

"Awak..dah nak azan Subuh dah ni. Bangun bangunlah.." Dia menggoncang lembut lengan Anas.

"Kejaplah.." Anas menepis tangan isterinya yang berada dilengan dia.

"Tak nak bangun sudah! Hari ni biar saya seorang je yang puasa." Tiara bangun dari katil ingin pergi. Anas dengan pantas mencapai tangan isterinya

"Ha tak tak! Jom kita makan sebelum tu tunggu aku basuh muka berus gigi dulu." Dia turun dari katil dan masuk ke dalam tandas. Tiara menunggu suaminya sambil memeluk tubuh dibirai katil.

"Dah, jom." Anas menarik tangan isterinya keluar dari bilik. Anak tangga dilangkah turun satu-persatu kemudian langkah dihayun pula ke arah meja makan.

Tiara mencedukkan nasi ke dalam pinggan suaminya. Dia mengambil tempat berhadapan dengan jejaka itu. Tak kesahlah dia kena tengking ke lepas ni sebab duduk sekali dengan lelaki itu asalkan dia boleh bersahur juga.

"Kerja ke hari ni?" Soal Anas setelah itu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Tiara mengerut dahi sebentar. Tidak marahkah lelaki itu padanya?

"Err..kerjalah. Kenapa tak kerja pula?"

"Takdelah ingatkan kau tak kerja hari ni sebab nampak kau macam penat je." Anas memerhati wajah isterinya yang nampak lesu.

"Saya kerja. Erm..awak, nak tanya boleh?" Dia mengangkat sebelah keningnya.

"Tanyalah. Kau nak tanya apa?"

"Erm..saya cuti nak dekat sebulan ni..cuti tanpa gaji ke?" Dia ketawa kecil. Kelakar dengan soalan isterinya.

"Aku takdelah kejam sangat tak bagi gaji dekat kau. Lagipun kau cuti sebab aku, sebab bos kau sendiri." Balasnya sambil menceduk lagi nasi ke dalam pinggan. Dia menambah nasi sebab lauk kena pada selera dia.

"Okay."

"Erm..Tiara, aku nak minta tolong iron baju dengan seluar aku boleh?" Tiara mengangguk.

"Boleh je lagipun kebetulan saya nak iron pakaian kerja saya juga."

"Thanks." Senyuman manis Anas dilemparkan pada isterinya.

"My pleasure."

Tiara membasuh pinggan mangkuk yang digunakan setelah habis makan. Pada waktu itu juga azan Subuh berkumandang dari masjid berdekatan.

Dia bergerak masuk ke dalam bilik untuk mandi.

Anas masuk ke dalam bilik isterinya apabila tiada respon sewaktu dia mengetuk pintu tadi. Matanya meliar mencari kelibat gadis itu namun tiada.

Tiara membuka pintu tandas seusai mandi, ambil wudhuk dan memakai baju. Dia agak terkejut melihat suaminya yang sedang duduk diatas katilnya lengkap dengan kopiah dikepala dan berbaju melayu bersama kain pelikat.

"Awak nak apa?" Soalnya pada lelaki itu.

"Kita solat Subuh sekali." Bertaut keningnya. Apa kena suaminya ni? Semenjak dua menjak ni lelaki itu baik semacam je dengan dia even dia merajuk, lelaki itu datang memujuk. Mana perginya perangai jahat suaminya dulu?

"Ookay tapi tunggu kejap, saya nak pakai kain sembahyang dulu." Anas mengangguk.

Tiara menyikat rambutnya lalu disanggul. Kain sembahyang diambil dari dalam almari yang sekian lama tidak dibukanya.

Anas berdiri kemudian menghampar dua sejadah diatas karpet bilik itu. Satu dihampar didepan untuknya manakala satu lagi dihampar dibelakang buat gadis itu.

Inilah pertama kali dalam perkahwinannya, dia menjadi imam kepada Tiara Daneesya, isteri halalnya. Disebabkan gadis itulah dia mula sembahyang. Sepanjang umurnya 28 tahun ini, kali terakhir dia solat adalah sewaktu umurnya 14 tahun itu pun sebab ada kem solat.

Tiara menyimpan senyum. Tidak sangka yang lelaki itu mahu menjadi imamnya.

"Allahuakbar" Dia mengikut pergerakan suaminya sehingga ke tahiyat terakhir. Setelah itu doa diaminkan.

Anas berpaling ke belakang lalu tangan kanannya dihulurkan. Tiara mengambil tangan itu lalu dikucup lembut. Angkat saja kepala, Anas terus mencium dahinya lama.

"Dah, pergi iron pakaian aku." Suruh Anas selepas melepaskan kucupan pada dahi isterinya. Tiara mencebik. Dia menanggalkan kain sembahyang itu dan digantung semula didalam almari.

Dia berjalan menuju ke bilik menggosok. Segala pakaiannya dan pakaian Anas yang ingin dipakai nanti digosok manakala lelaki itu naik ke bilik semula. Ingin sambung tidur katanya.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now