Chapter 45

60.6K 2.4K 84
                                    

Tok tok tok
Tiara mengetuk pintu ruangan kerja Chief Executive Officer sambil memegang sekeping sampul surat putih.

"Masuk!" Pintu dikuak apabila menerima arahan masuk. Dia mendekati meja kerja Anas.

"Tiara? Err..duduklah." Anas agak terperanjat melihat isterinya yang tiba-tiba saja masuk ke ruangan kerjanya. Ada hal apa gadis itu ingin berjumpanya sedangkan dirumah pun selalu jumpa?

"Takpe, sekejap je ni. Erm..saya datang ni sebab erm nak serah ni pada Encik Anas." Tiara meletakkan sampul surat itu diatas meja Anas lalu ditolak pada jejaka itu.

Anas mencapainya dan segera dibuka sampul itu. Isinya dibaca.

"Nak berhenti kerja sebab terima tawaran kerja dekat tempat lain? Apa ni Tiara Daneesya?" Soalnya tidak percaya.

"Saya--" Dia memitas bicara isterinya.

"Asal? Gaji yang yang aku bagi dekat kau sebelum ni tak cukup ke? Nak suruh aku tambah lagi? Berapa? Kau bagitahu aku! Lima ribu? Sepuluh ribu? Tell me Tiara! How much do you want?" Tiara mengambil nafas lalu dihembus. Cuba mencari kekuatan. Dia menggeleng.

"Bukan. Bukan itu yang saya nak. Saya hanya nak--" Bicaranya terhenti apabila Anas melempar suratnya tepat kena di mukanya. Dia agak terasa hati dengan perbuatan suaminya.

"Dah, cukup. Kau tak payah nak explain apa-apa pun dekat aku sebab aku takkan terima surat berhenti kerja kau. Angkat kaki then blah." Anas memusingkan kerusi pejabatnya membelakangi Tiara tanda dia tidak mahu melayan gadis itu.

"Encik Anas please? Sa--"

"Keluar." Anas menyabarkan diri agar tidak melenting. Tiara berjalan menghampiri tempat duduk jejaka itu. Dia tidak mahu berputus asa.

"Awak please..?" Anas sedikit pun tidak memandang wajah isterinya yang berada disebelahnya.

"Awak..I'm begging you. Tolonglah.." Tiara mengambil tangan kiri suaminya lalu digenggam dengan kedua belah tangannya. Dia betul-betul merayu pada lelaki itu.

"Okay tapi ada syarat." Dia sudah menarik sengihan lebar.

"Apa syaratnya?"

"Tinggal di rumah aku selamanya." Terus mati sengihannya. Kalau macam tu makin rumit dia untuk tinggalkan negara ini.

"Err..takde syarat lain ke?" Anas menggelengkan kepala.

"Itu je. Tak nak ikut sudah. Aku kira sampai tiga."

"Satu.."

Tiara menggigit bibir bawahnya.

"Satu setengah.."

Dahinya berkerut. Eh? Satu setengah pun ada?

"Dua.."

Dia masih lagi berkira.

"Dua setengah.."

"Okay saya terima syarat awak." Dia terpaksa menerima syarat lelaki itu kerana masa telah suntuk.

Anas menyimpan senyum. Akhirnya.

"Syarat tu start hari ni so thats mean balik kerja ni dan sampailah bila-bila kau kena tinggal dirumah aku. Segala barang kau yang dekat rumah sewa kau tu nanti aku suruh Iqbal yang punggahkan. Balik kerja nanti juga kau kena balik dengan aku dan kereta kau tu aku akan suruh kawan aku yang hantarkan. Deal?" Dengan payah Tiara mengangguk.

"Deal."

................................

Malam itu selepas solat Isyak, Anasmengajak isterinya keluar ke kawasan yang lapang untuk menyaksikan keindahan malam Syawal.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now