Chapter 33

55.2K 2.4K 143
                                    

Tiara ingin mengambil sikat rambutnya yang berada diatas meja solek. Tidak tahu bagaimana lengannya boleh terlanggar vape suaminya yang baru dibeli tadi sehingga jatuh ke lantai.

Degupan jantungnya seakan terhenti apabila melihatkan vape suaminya yang sudah patah pada bahagian muncung alat itu.

"What the hell is this? What are you had done to my vape?" Tiara tersentak mendengar suara suaminya yang tiba-tiba saja muncul. Dia segera bangun mengadap sang suami.

"Aw..awak..sa..saya tak se..sengaja. Sa..saya minta ma..af." Dia meminta maaf sambil menunduk. Tidak berani mahu menatap wajah garang suaminya.

Anas mencengkam kuat rambut isterinya dan wajah didongakkan. Barang mahal plus barang baru beli siapa je yang tidak naik angin jika hancur didepan mata.

"Minta maaf je yang kau tahu kan betina! Hidup kau ni kalau tak menyusahkan orang sehari tak boleh ke?" Jerkahnya. Senang dia nak melaung kuat-kuat sebab opah menginap dirumah kawannya. Perut yang masih lagi sakit akibat ditumbuk petang tadi ditahan.

"Saya be..betul betul tak..se..ngaja." Airmata yang menitik dibiarkan mengalir.

"Tak sengaja tak sengaja! Habistu apa yang kau sengaja? Sengaja nak sakitkan hati aku?" Tiara menatap sayu mata suaminya. Meminta belas kasihan.

Tetapi bukan belas kasihan yang diberi malah satu tamparan hebat hinggap dipipinya. Terteleng kepalanya. Kemudian rambutnya ditarik ke luar bilik.

"Kau tidur luar! Kau tak layak tidur dengan aku! Betina kampung huh!" Terhinjut bahu gadis itu sewaktu pintu bilik dihempas kuat dan dikunci dari dalam. Dia terduduk dilantai kerana lututnya tidak mampu lagi menampung dirinya.

"Tiara! Asal ni?" Soal Iqbal yang baru balik dari solat Maghrib di masjid. Masuk saja ke dalam rumah, dia terperanjat melihat gadis itu yang sedang menangis.

"Arghh!!" Tiba-tiba jeritan Anas pula yang bergema didalam bilik.

Iqbal masih lagi tidak mengetahui apa-apa. Satu menangis dan yang satu lagi menjerit. Apa yang dia dah terlepas ni?

"Cuba bagitahu saya, apa yang dah jadi ni?" Kalut dia bertanya tetapi tidak juga mendapat jawapan malah gadis itu bangun lalu berlari keluar dari rumah. Dia mahu mengejar tapi dia berfikir balik. Biarlah, gadis itu mahu menenangkan diri.

..............................

Tiara duduk memeluk lutut dibawah sepohon pokok yang berdekatan pantai. Airmatanya laju mengalir menuruni pipi.

Dia memang tidak dapat menafikan yang kebahagian bukan miliknya. Hanya duka dan perit sesuai untuk dirinya yang sentiasa bernasib malang.

Dia bencikan dirinya. Terlalu benci.

.............................

Iqbal menunggu rakannya didepan pintu bilik sehingga jejaka itu keluar. Dia tahu bahawa Anas tidak akan berada didalam bilik jika sedang serabut malah keluar dari rumah mencari angin.

Kedengaran tombol pintu dipulas dari dalam. Dia sudah agak yang lelaki itu akan keluar juga.

Anas yang baru membuka pintu bilik terperanjat melihat rakannya yang sedang tercegat didepan biliknya sambil berpeluk tubuh.

"Setan apa kau buat depan bilik aku ni?" Marahnya tidak puas hati. Dahlah panas hati pada si isteri belum lagi reda datang pula setan yang berdiri didepan biliknya.

"What did you do?" Soal Iqbal sambil merenung mata rakannya.

"What did I do?" Soal Anas kembali. Tidak faham dengan soalan lelaki itu. Iqbal menarik nafas panjang. Bersabar dengan perangai babi Anas.

"What did you do to your wife?" Anas mendengus kasar.

"Asal? Dia mengadu dekat kau ke? Huh! Betina kampung tu memang sial betul!" Sumpahnya pada isteri sendiri.

"Anas Iskandar! Watch out your words! She's your wife! Jangan sampai aku tambahkan lebam dekat muka kau tu!" Ugut Iqbal yang sudah lama menggelegak.

"Dia isteri aku ke? Laa aku ingatkan dia kawan kau tadi." Iqbal mengepal penumbuk. Kesabarannya ada batas juga.

"Kalau aku jadi kau, aku takkan sia-siakan perempuan sebaik dia. Perempuan yang sentiasa ada disisi suami tak kira susah senang dan selalu patuh arahan suami. Susah nak dapat gadis macam dia sekarang ni. Aku tahu kau bencikan dia sangat-sangat tapi jangan sampai benci tu 'membutakan' mata kau untuk tengok keikhlasan, ketulusan dan pengorbanan dia dekat kau." Anas mengukirkan senyuman sinis. Dia memeluk tubuh.

"Pengorbanan? Apa je yang dia korbankan untuk aku? Nothing!" Tajam matanya menikam anak mata Iqbal. Sama-sama membalas renungan membunuh.

"Kau memang betul-betul dah buta! Sebelum aku rampas dia dari kau, better kau pergi cari dan pujuk dia sekarang!" Jari telunjuk Iqbal dihala ke pintu rumah menyuruh rakannya keluar.

"Buat apa? Buat apa nak pergi cari and pujuk dia? Perempuan tu dah besar! Pandai-pandailah dia fikir sendiri!" Anas membantah keras.

"Okay then." Iqbal ingin melangkah keluar dari rumah tetapi dihalang Anas.

"Kau nak pergi mana?"

"Nak pergi cari bakal isteri aku. Kesian dia dekat luar. Sejuk." Anas menahan lagi rakannya yang ingin melangkah pergi. Bibirnya diketap geram.

"Shit! Stay away from her!" Badan Iqbal ditolak ke tepi kemudian dia melangkah keluar dari rumah ingin mencari Tiara.

Iqbal memandang kelibat Anas yang sudah pergi dengan senyuman penuh makna.

Dia tahu yang rakannya sebenarnya mencintai Tiara tetapi menidakkan perasaan itu kerana apa? Kerana ego yang melangit.

Otak kata tidak tapi hati kata ya.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now