Chapter 25

56.8K 2.3K 87
                                    

Hari ini bermulanya 1 Ramadhan. Tiara hanya berpuasa sekerat hari kerana bimbang akan anak kandungannya yang baru berusia 2 bulan itu tidak dapat menerima karbohidrat, protein, lemak dan sebagainya untuk bertumbuh.

Kandungannya dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa pun termasuk suami sendiri. Biarlah dia sendiri yang membesarkan anaknya. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Beg sandang disakut talinya pada bahu. Dia bersiap ingin ke tempat kerja. Pintu rumah sewanya ditutup dan dikunci kemas.

Klak
Pintu kereta Iriz miliknya yang baru dibeli 3 bulan lepas hasil duit gaji yang dikumpulnya dibuka lalu dia menyumbat badannya masuk ke dalam perut kereta itu.

Perjalanan dari rumah ke tempat kerjanya mengambil masa selama 15 minit. Roti yang dibekalkan dari rumah dimakan untuk mengalas perut yang belum diisi apa-apa makanan pun lagi.

Sejak dia mengandung, nafsu makannya makin menjadi-jadi. Beratnya juga dari 50kg ke 55kg. Bertambah 5kg tetapi dia tidak kesah itu semua asalkan dapat makan. Ye dok?

Dia menyapa mesra Sarah, pekerja baru yang sedang menulis sesuatu diatas meja kaunter. Lihat saja wajah Sarah merangkap adik kepada Sofia, rindunya pada Sofia membuak-buak.

Sofia terpaksa berhenti kerja untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Haish rindunya pada gadis selebet itu.

"Kak Esya, hari ni ada dua orang customer nak check in. Around 3 pm diorang sampai." Maklum Sarah pada gadis jelita didepannya.

"Dah masukkan maklumat diorang dalam sistem?" Soal Tiara sambil mengambil tempat disebelah adik Sofia.

"Dah. Dah masukkan. Akak puasa tak hari ni?" Kedua belah keningnya terangkat. Maut betul soalan si Sarah ni.

"Err..tak. Biasalah perempuan, ABC lah katakan hahaha" Dia menghamburkan gelak kekok. Sorry lah dik, terpaksa tipu.

"Samalah kita. Sar pun tak puasa. ABC." Bisik Sarah ditelinga Tiara takut jika didengari orang lain. Sarah lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Sar.

"So..bawa makanan tak lunch nanti?" Sarah mengangguk terus bersinar-sinar mata Tiara. Kalau si Sarah bawa makanan lebih bolehlah tumpang sekaki. Hehe

"Bawa bekal apa?"

"Roti marjerin, tomyam, nasi, sosej lepastu air kosong. InsyaAllah cukup nak payungkan untuk kak Esya juga." Tiara tersengih. Macam tahu-tahu je Sarah ni.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berjalan ke pintu keluar hotel bersama wajah yang ketat. Personal assistant sentiasa menjadi pendamping. Yang berada didalam otaknya ialah..

'Awalnya dia sampai. Tak pernah pernah datang awal.' Omelnya. Biasanya jejaka kacak merangkap pemilik Iskandar's Hotel itu pukul 10 pagi baru terpacak depan pintu utama hotel.

.......................

"Bella, you tak payah ikut I lah. You stay je dekat office. Panggil Daneesya. Tell her that I'm waiting her at the car park. Now." Arah Anas cukup tegas. Bella yang gerun dengan wajah tegang lelaki itu terus mengangguk tanpa banyak soal dia terus masuk kembali ke dalam hotel untuk memanggil si receptionist.

"Esya, Encik Anas panggil. Dia tengah tunggu dekat car park." Wajah blur Tiara mendapat keluhan kecilnya.

"You jangan buat muka blur macam tulah. Angin Encik Anas tak baik hari ni. Better you pergi cepat. Now Esya." Tiara masih memandang Bella.

"Pergi mana?" Soalnya yang tidak tahu apa-apa.

"You follow je mana Encik Anas pergi. Jangan banyak tanya. I sendiri pun tak tahu dia nak pergi mana. Nak tanya tapi takut pula. Dah dah! Pergi sekarang." Tiara bangun lalu mengambil purse bersama telefonnya dan mengangkat kaki keluar dari bangunan hotel yang berpuluh tingkat itu.

Dia berjalan menuju ke tempat letak kereta yang memang dikhaskan untuk the owner of Iskandar's Hotel. Dia membuka pintu kereta disebelah pemandu lalu segera ditutup kembali apabila telah masuk.

Pemanduan hanya ditemani dengan bunyi deruman enjin kereta mewah milik suaminya. Dia menunduk tidak berani membuka mulut melihatkan muka gerun Anas.

"Jangan takut. Aku tak makan kau." Pesan Anas dingin yang melihat isterinya seperti takut dengan dirinya.

"Erm..Encik Anas nak bawa saya pergi mana ni?" Soal Tiara perlahan. Kuat kuat nanti ada pula yang kena lempang cheese.

"Jumpa client."

"Kenapa tak bawa Bella je?" Anas mengerling isterinya sebentar kemudian fokus pada pemanduan.

"Saja." Tiara mengeluh kecil akan jawapan pendek suaminya. Dia mengambil keputusan untuk kembali berdiam diri.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now