Chapter 46

58.2K 2.2K 37
                                    

Anas keluar dari bilik isterinya seusai solat Subuh. Langkahnya diatur menuju ke biliknya. Satu beg kertas yang berada didalam almari besarnya diambil lalu dibawa turun ke bawah.

Tok tok tok
Pintu bilik Tiara diketuk kemudian tombol pintu dipulas. Dia melihat gadis itu hanya termenung dibirai katil.

"Kenapa tak bersiap lagi? Hari ni kita nak pergi beraya rumah mommy." Tiara lantas mendongakkan wajahnya.

"Beraya rumah mommy awak?"

"Mommy kita." Anas memperbetulkan kesalahan isterinya.

"Err..ya, maksud saya mommy ki..kita." Agak susah untuk Tiara menyebut perkataan 'kita' itu.

"Nah, baju dengan kasut raya kau." Anas menghulurkan beg kertas yang dipegangnya pada gadis itu.

"Bila masa awak beli?" Soal Tiara hairan tiba-tiba saja lelaki itu menghulurkan baju dan kasut raya padanya.

"Masa dekat Kelantan hari tu. Ambillah. Lenguh tangan aku ni." Dia mengambil beg kertas itu lalu isinya dilihat.

Eh? Baju inilah yang dia berkenan tu. Tapi bila suaminya beli? Setahunya lelaki itu hanya membayar baju melayu saja pakej sekali dengan zapin.

"Pergilah bersiap." Anas menyuruh.

"Okay tapi saya nak kena pergi buat breakfast dulu. Erm..btw, thanks untuk baju dan kasut ni." Ucap Tiara. Anas memeluk tubuhnya.

"Thanks saja tak cukup. You must kiss me at here, here, here and also here." Anas menunjukkan dahinya kemudian kedua belah pipi dan akhir sekali pada bibir seksinya.

Membuntang mata Tiara. Apa yang lelaki itu telan semalam sampai jadi tak betul macam ni?

"Faster Tiara." Dia teragak-agak untuk berdiri.

"Tiara Daneesya..faster." Dia bangun dari katil lalu merapati suaminya. Dia bediri dihadapan lelaki itu.

Dia berpaut pada leher Anas kerana mahu menjinjing. Dahi si suami dicium.

Cup
Kucupannya hinggap didahi Anas kemudian kedua belah pipi jejaka itu.

"My lips also." Tiara ragu-ragu untuk mengucup bibir suaminya. Dia menggeleng.

"No. Saya tak boleh." Dia melangkah keluar dari bilik tetapi Anas lebih pantas memeluk pinggangnya dengan sebelah lengan. Langkahnya mati.

"Kenapa? Kenapa tak boleh?" Soal Anas.

"Sebab..saya bukan siapa siapa awak." Balas Tiara.

"Siapa cakap?"

"Awak sendiri yang cakap."

"Bila?"

"Dulu."

"Dulu bila?"

"Masa mula-mula kahwin."

"Mana ada."

"Ada."

"Takde."

"Ada."

"Apa yang ada?" Suka Anas dapat mengusik isterinya.

"Awak ada cakap macam tu."

"Hari apa? Berapa hari bulan? Pukul berapa? Ada bukti?" Tiara mengetap bibirnya. Dia sudah kalah dengan permainan tak diiktiraf suaminya.

"Okay okay! Awak menang." Dia ingin keluar dari bilik itu tetapi dihalang lagi.

"Amboi amboi..dah nak keluar? Hutang tak langsai lagi lah."

"Hutang apa? Mana ada hutanglah!"

"Ada. Hutang kau ialah kau tak kiss lagi lips aku. Kiss cepat!" Tiara menghembus kasar nafasnya. Bibirnya didekatkan dengan bibir jejaka tampan itu.

Cup
Dia mencium bibir itu sekilas.

"Dah, cukup." Anas menarik lengan isterinya yang ingin pergi.

"One more! Last last!" Tiara menggeleng.

"Ah takde takde!" Tiara menepis tangan suaminya lalu keluar dari bilik. Dia berjalan menuju ke dapur.

Peti sejuk dibuka lalu dia mengeluarkan karipap dan juga roti sosej segera yang dibeli semalam. Dia menggoreng makanan segera itu apabila minyak didalam kuali telah panas.

Roti bersama jem kacang dibawa ke meja makan dimana Anas sedang menunggu.

"Air mana?" Soal Anas. Tiara menjeling suaminya sekilas.

"Sabarlah. Nak buatlah ni. Nak air apa?" Anas tersengih. Dia mengetuk-ngetuk meja makan dengan jari telunjuknya gaya memikir.

"Erm..nak air..love you." Dia cuba meluahkan perasaannya terhadap Tiara melalui kata-kata manisnya.

"Kalau nak air pelik-pelik macam tu pergi buat sendiri." Balas Tiara lalu masuk ke dapur kembali. Dia meletakkan gorengannya didalam pinggan dan api ditutup.

Air teh panas dikacau didalam teko lalu dihidangkan bersama kuih yang digorengnya tadi. Roti dan kuih itu cukup untuk mengalas perut mereka dipagi hari raya itu sebelum menjamu selera dirumah banglo Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena.

Memang setiap hari raya pertama, Tan Sri Hamid dan isteri beliau akan mengadakan rumah terbuka. Semua kenalan diundang.

"Awak tak nak sembahyang raya ke?" Soal Tiara setelah melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan suaminya.

"Tak. Takut lambat sampai rumah mommy sebab lepas orang sembahyang raya kebiasaannya jalan akan jem." Jawab Anas yang masih berbaju melayu yang solat Subuh tadi. Tiara mengangguk setuju.

Betul juga kata suaminya. Setelah selesai solat sunat Aidilfitri biasanya jalan akan jadi sesak kerana orang ramai mula berpusu-pusu mahu pergi beraya ke rumah sanak-saudara, rakan-rakan dan banyak lagi.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now