Chapter 51

66.7K 2.4K 32
                                    

5 tahun kemudian.

"Danny Aqaha..what are you doing ha?" Soal gadis yang berumur 29 tahun itu pada anak lelakinya yang sedang menonton cerita kartun.

"Do nothing mom." Danny menjawab malas.

"Dear, as you know around 11 your teacher will come. So..please take your shower. Go go!" Tiara menolak lembut tubuh anaknya.

"Alaa mom.."

"No ala ala. Faster!" Danny mencebik manja. Kaki yang bersila diatas sofa dibawa turun menyentuh lantai mozek. Langkah diatur menuju ke bilik.

Tiara tersenyum. Melihatkan wajah anaknya, teringat pula pada lelaki yang telah lama bertakhta dihatinya itu. Wajah anaknya mirip sekali dengan wajah lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

Apa khabar lelaki itu ya? Sudah lama dia tidak berhubung dengan Alis untuk bertanya khabar suaminya kerana kesibukannya yang sebagai seorang model. Ya, sekarang dia ialah seorang model.

6 tahun lepas, dia pohon menjadi model, setahun selepas itu pula barulah dia dipanggil untuk temuduga. Dia perlu menunggu lagi setahun untuk mengetahui dia layak atau tidak untuk menjadi model dan Alhamudulillah kerana masa yang ditunggu 2 tahun itu tidak sia-sia kerana dia telah diterima untuk pekerjaan itu.

Sudah 4 tahun dia berkhidmat menjadi seorang model antarabangsa pula tu. Bayaran juga agak lumayan. Dia terlalu mampu untuk mengupah seorang guru untuk datang ke rumah, mengajar anaknya. Dia tidak mahu menghantar Danny ke tadika kerana bimbang akan anak lelakinya itu tidak fokus pada pembelajaran kerana terlalu leka bermain dengan rakan-rakan.

Dia mengerling pada jam yang tergantung didinding rumah apartmentnya. Lagi 15 minit guru perempuan yang bernama Katrine itu ingin sampai. Tv dimatikan lalu dia masuk ke dalam bilik untuk bersiap-siap keluar. Memang setiap kali guru itu datang, dia akan keluar. Tidak mahu mengganggu anaknya yang ingin belajar.

"I wanna go out so please take care of my son while waiting for his teacher to come." Pesannya pada pembantu rumahnya. Pembantu sepenuh masa itu mengangguk sambil tersenyum.

Tiara berlalu keluar dari rumah apartmentnya sambil menelefon rakannya untuk diajak lepak dikafe.

..................................

Anas menonton video yang berdurasi 5 minit itu didalam telefonnya. Senyuman diukir terlalu hambar apabila teringat kembali kisah lama. Dia rindu akan gadis itu.

Flashback

"Adik, abang long selalu lupa nak tanya adik pasal ni." Alis mengangkat keningnya pada abangnya.

"Pasal apa?"

"Pasal macam mana abang long boleh kena tangkap basah dengan Tiara tu." Anas menyoal setelah dua tahun isterinya pergi meninggalkannya. Sebulan dia menangis dan berkurung didalam bilik kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa gadis itu telah pergi. Naik risau keluarganya melihat dirinya.

Sebulan selepas itu dia dah boleh move on kerana apa? Kerana dia yakin yang dia boleh mencari keberadaan gadis itu.

"Kenapa abang long tanya adik pula? Manalah adik tahu." Anas menyilang lengan didada. Matanya dikecilkan memandang wajah adiknya.

"Adik jangan nak tipu abang long. Tiara ada bagitahu abang long yang adik tahu semuanya. Tell me Alis Iskandariah!" Desaknya keras.

"Okay okay fine! Adik bagitahu." Alis menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita. Dia memberitahu abangnya dari mula sampai habis. Tiada satu pun yang tertinggal termasuk sebab-sebabnya.

Anas meraup mukanya. Kisah dimana dia mendera isterinya dulu kembali terlayar dikepala.

"Abang long..adik minta maaf sangat sangat. Adik just nak yang terbaik untuk abang adik." Alis menggenggam tangan abangnya yang berada diatas meja makan. Mereka sekarang berada disebuah restoran untuk makan tengah hari.

"Lagi? Rahsia apa lagi yang adik sorok dari abang long?" Alis mengemam bibirnya. Banyak rahsia Tiara yang disoroknya dari pengetahuan Anas.

"Sebelum..sebelum wife abang long pergi, masa tu dia tengah pregnant 3 months.." Anas terkedu. Isterinya mengandung? Kenapa dia tidak pernah tahu? Atau..dia yang tidak ambil tahu?

"..lepastu dia..erm..dia sebenarnya..perempuan yang selalu pakai mask yang datang ke every event untuk menari. Adik rasa abang pernah tengok dia. Her name's Miss Esya." Sambung Alis melihatkan abangnya yang lama berdiam diri seperti sedang terkejut.

Anas merasakan jantungnya seperti berhenti berdegup. Patutlah semua gerak-geri isterinya hampir sama dengan 'dia'. Mata, bibir dan juga braces yang dipakai dibahagian atas juga menyerupai 'dia'.

"Aku takkan pernah jatuh cinta dekat kau! Aku bencikan kau sampai mati! Kau hanya nak harta aku je kan sebab tulah kau rancang semua ni! Bitch!" Itulah kata-kata yang dia pernah lontarkan pada isterinya dulu.

Tidak semena-mena airmatanya bertakung ditubir mata. Dia berdiri dari kerusi tanpa memandang adiknya.

"Abang long nak balik." Katanya lalu melangkah pergi.

Alis mengeluh. Bayangan abangnya sudah hilang dari pandangan.

...............................

Anas masuk ke dalam bilik isterinya. Almari baju diselongkar walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang ingin dicarinya. Dia duduk dibirai katil mengadap almari itu setelah penat.

Matanya meliar memandang setiap penjuru bilik itu dan tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kotak yang agak besar terletak elok diatas almari itu.

Dia berdiri mengambil kerusi lalu diletakkan dihadapan almari. Dia berdiri diatas kerusi lalu kotak itu dibawa turun dan diletakkan diatas katil.

Debu dan sarang labah-labah diatas kotak itu disapu. Kotak dibuka dan isinya dilihat. Dia mengeluh kecil setelah mengetahui isinya.

Dia mengambil tiga mask yang berada didalam kotak itu. Mask, gaun dan heels yang sama dilihatnya disetiap majlis yang telah dihadirinya beberapa tahun yang lepas itu cukup membuktikan bahawa isteri dialah yang bernama Miss Esya itu.

'Habib minta maaf häschen..'

End flashback

5 tahun adalah masa yang cukup panjang buat isterinya yang berada di New York itu. Sekarang, dia sendiri akan terbang ke negara mat salleh itu untuk menjemput gadis itu bersama anaknya pulang dan pada masa yang sama, dia mahu menghadiri ke majlis Fashion Show yang bakal diadakan di dewan Iskandar's Hotel di New York.

Bagaimana dia dapat tahu yang isterinya berada di New York? Kan dia dah cakap yang dia yakin bahawa dia boleh mencari keberadaan gadis itu.

Senyuman yang hambar itu bertukar pada senyuman yang cukup ceria kerana tidak lama lagi dia akan ketemu gadis itu semula setelah sekian lama berpisah dan dia juga tidak sabar mahu berjumpa dengan anaknya.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now