Chapter 62

54.4K 1.8K 31
                                    

Seperti ingin terlepas saja telefon yang melekat ditelinganya apabila suara yang teramat dirindui menyapa gegendang telinga. Tidak semena-mena airmata tumpah. Mulut ditekup.

"U..umi..?"

"Ya Ara, ni umi nak. Ara apa khabar? Sihat?"

"Sihat! Ara sihat. Umi, abah, Kak Sya dengan abang Fiq sihat?" Senarainya satu-persatu nama keluarganya.

"Alhamdulillah, sihat sayang. Ara..umi nak minta maaf sebab--"

"Tunggu! Ara tak nak kita berbual dalam telefon. Umi tunggu Ara ya? Nanti Ara sampai ke rumah kita."

"Ara nak datang sini? Betul ke?"

"Ya umi..tunggu Ara tau?"

"Ya umi tunggu. Cepat tau! Assalamualaikum."

Salam dibalas. Panggilan segera dimatikan. Dia yang berada didapur segera berlari ke tangga rumah yang baru dibeli Anas sebulan lepas dan didaki. Dia masuk ke dalam biliknya dimana suaminya berada.

"Habib..!" Dia memeluk Anas yang sedang membelakanginya. Airmata masih meleleh keluar. Anas tersentak.

"Kenapa ni?" Tiara dibawa mengadapnya. Dia agak terperanjat melihat isterinya yang mengalirkan airmata. Lantas airmata itu disapu.

"Umi.." Berkerut dahinya.

"Umi? Kenapa dengan umi?" Soalnya pelik. Ada berlaku apa-apa yang tidak dingini ke pada mak mertuanya itu? Kepala terus digeleng. Jangan fikir negatif Anas!

"Umi call tadi. Dia..nak minta maaf dengan Ara tapi Ara tak nak berbual dalam telefon. Ara nak balik kampung Ara. Boleh kan habib?" Anas mengukirkan senyuman buat sang isteri tersayang. Oh itu je ke? Ingatkan apalah tadi.

"Boleh häschen. Bila?" Rambut Tiara yang terjuntai didahi diselit dibelakang telinga.

"Sekarang."

..................................

"Umi nak minta maaf pada Ara. Umi tahu umi banyak sangat sangat sangat salah dengan Ara. Umi selalu dera, herdik, caci anak umi. Umi minta maaf Ara..umi minta maaf.." Ucap Puan Kazimah sambil memeluk anak bongsunya itu. Drama airmata berlaku antara semua isi rumah itu iaitu Taufiq, Tasya, Encik Yusuf, Puan Kazimah dan juga Tiara sementara Anas, Danny, Indah bersama seorang anak lelaki yang berusia sebaya Danny memerhati saja drama tak berbayar itu.

"Abah pun nak minta maaf Ara. Abah pun banyak salah dengan Ara termasuk dah buang Ara dari keluarga.." Encik Yusuf memeluk Tiara yang dipeluk isterinya itu.

"Kak Sya pun.." Tasya memeluk adiknya.

"Abang Fiq sekali.." Taufiq turut ikut memeluk keluarganya. Kini, sudah lengkaplah keluarga mereka.

Tiara semakin sebak. Dia terlalu merindukan pelukan keluarganya. Sangat lama mereka berpelukan sehingga tangisan masing-masing reda.

"Abang Fiq..Ara nak minta maaf pasal yang dekat Kelantan tu dengan masa perkahwinan abang Fiq tu. Ara minta maaf sebab dah lukakan hati abang. Sungguh Ara terpaksa." Tiara mengucup belakang tapak tangan abang sulungnya. Memohon ampun pada lelaki itu.

"Ara tak salah sayang..Ara langsung tak salah. Abang Fiq tahu, Ara buat semua tu mesti bersebab. Abang Fiq tak ambil hati pun. Jangan risau sayang." Taufiq memeluk sebentar tubuh adiknya. Kini Tiara beralih pula pada kakaknya.

"Kak Sya.." Tangan Tasya dikucup lama. Dia tidak boleh melihat muka kakaknya kerana dadanya akan bertambah sebak tetapi digagahkan jua.

"Ara..Kak Sya nak minta maaf sebab selama ni--" Dia memotong bicara kakaknya.

"Akak..cukuplah akak persalahkan diri akak sedangkan akak tak salah apa-apa pun. Ara yang patut minta maaf dengan akak. Ara yang sebenarnya banyak salah dengan akak termasuk.." Tiara menjeling sebelah kaki kakaknya yang dipalsukan akibat peristiwa lama.

"Akak dah lama maafkan Ara pasal tu tapi akak ego. Akak ego, Ara! Ego sangat-sangat!" Ujar Tasya sambil menumbuk kuat dadanya. Menyesali kerana pernah berlaku kejam pada adiknya.

Pecah lagi tangis mereka berdua. Tasya yang tidak cukup kuat, terus memeluk Taufiq yang berada disebelahnya manakala Tiara dipeluk Anas. Wajah isterinya disembamkan didada bidangnya.

"Shh..calm down baby. Dah, tak mau nangis lagi. Buruk dah muka tu." Muka si isteri yang dipenuhi airmata diangkat. Segera dua ibu jarinya dinaikkan untuk mengesat mutiara jernih gadis itu. Tiara tergelak kecil terhibur dengan lawak hambar suaminya.

Dia membawa keluar tisu dari dalam poket beg sandangnya. Hingus dikawasan hidung dilap. Sudah tersumbat hidungnya kerana banyak menangis.

"Dad..bila diorang nak habis menangis ni? Penatlah Danny tengok!" Rungut Danny. Tiara memandang anaknya kecil besar kecil besar.

Anas ketawa halus. Anaknya yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh itu lantas didukungnya.

"Ara..tu cucu umi ke?" Soal Puan Kazimah yang baru menyedari kehadiran anak kecil itu. Tiara mengangguk seraya tersenyum manis.

"Haah. Danny Aqaha nama dia. Danny sayang..pergi amin dengan tok umi cepat." Anas meletakkan anaknya ke bawah kembali. Danny berjalan ke arah yang digelar tok umi itu. Tangan berkedut Puan Kazimah dikucup mesra manakala tangisan Tasya sudah lama reda dipujuk Taufiq tadi.

Semua orang yang berada didalam rumah itu disalam Danny. Pandai betul Tiara mengajar anak supaya menghormati orang yang lebih tua.

"Eh! Marilah duduk! Sya, Indah, tolong buatkan air ya untuk mereka?" Suruh Puan Kamizah pada anak dan menantunya.

Dua orang gadis itu hanya mengangguk. Indah meninggalkan anaknya pada Taufiq. Semua yang berada diruang tamu itu mengambil tempat masing-masing dan bermulalah cerita dibuka dari Tiara yang seorang model sehingga kandungan Tiara yang sudah ingin mencecah 3 bulan itu.

Gelak ketawa menghiasi rumah separuh kayu dan separuh batu itu.

Tasya menatang dulang air dan diletakkan diatas meja dihadapan tetamu-tetamu yang hadir yang juga merangkap keluarganya. Indah juga berbuat demikian tetapi dia mengangkat kuih-muih segera yang baru digoreng.

Tasya melabuhkan punggung disebelah adiknya kebetulan tempat itu kosong. Peha Tiara dicuitnya. Tiara menoleh sambil mengangkat kening.

"Dah jadi model dah dia. Makin famous. Haih..untunglah Anas dapat isteri yang cantik macam ni." Usik kakaknya. Dia melepaskan tawa halus sambil menggeleng.

"Takde maknanya."

"Akak nak tumpang femes sekaki boleh?" Tasya menjungkit-jungkitkan kedua belah keningnya.

"Apa yang tak bolehnya? Mestilah boleh!" Mereka berdua tergelak dengan usikan masing-masing.

Sementara Danny pula hanya diam berada diatas peha ayahnya. Berkepit je budak kecil ni dengan ayahnya!

"Ikhmal..nak pergi mana tu? Duduk sini je." Tiara menoleh pada empunya suara. Eh? Abangnya ada anak ke? Tak perasan pun.

"Anak abang Fiq ke tu?" Soalnya pada Taufiq yang sedang menarik seorang anak lelaki dan diletakkan diatas riba.

"Yup! Anak abang. Ikhmal Tarmizi. Ikhmal, pergi salam dengan maksu lepastu dengan paksu sekali." Ikmal menuruti perintah walidnya. Tangan Tiara dikucup selepas itu Anas pula. Dia hanya mengukirkan senyuman pada lelaki sebayanya yang berada diribaan paksunya. Dia kembali ke riba walidnya.

"Dad..nak air?" Pinta Danny pada ayahnya. Anas mencapai segelas air sirap sejuk lalu diberikan pada anak lelakinya itu.

Tiara sungguh rancak berbual dengan Puan Kazimah bersama Tasya dan tidak lupa juga dengan Indah manakala lelaki bersembang perihal lelaki. Jangan kacau!

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now