Chapter 38

56.7K 2.5K 28
                                    

"Ara.." Panggil opah yang sedang bersila dilantai dapur sambil membelek-belek ikan.

"Ya opah?" Sahut Tiara. Dia perhati saja apa yang opah sedang lakukan.

"Boleh tolong jemur ikan ni dekat tepi pantai tak? Opah teringin nak makan ikan kering nanti kita berbuka ni."

"Boleh tapi kenapa opah tak beli je?" Soalnya hairan. Dekat kedai berlambak je ikan kering. Tak payah susah susah buat.

"Opah tak suka makan buatan orang lain. Buatan orang lain tak sama rasa dengan yang kita buat." Dia mengangguk faham. Dia menyambut dulang bulat yang opah hulurkan.

"Err..macam mana nak jemur, opah?" Tanya dia malu-malu. Opah melepaskan ketawa kecil.

"Letak satu satu ikan tu atas meja yang ada tepi pantai tu. Jarak-jarakkan sikit ikan-ikan tu." Dan sekali lagi Tiara mengangguk. Dia keluar dari dapur menggunakan pintu belakang. Selipar jepun disarung pada kaki. Langkah dihayun ke persisir pantai.

...............................

Anas melemparkan telefonnya disebelah. Bosan melanda diri. Dia berdiri dari katil lalu bergerak ke jendela bilik. Matanya meliar memandang laut dan tanpa sengaja matanya tertangkap pada satu figura yang amat dikenalinya. Satu senyuman kecil terbentuk.

Dia tidak tahu mengapa hari-harinya begitu bahagia sekali apabila melihat wajah gadis itu. Adakah dia sudah jatuh cinta? Tapi apa salahnya jika jatuh cinta pada isteri sendiri kan?

Anas melangkah keluar dari biliknya menuju ke pintu rumah.

"Haa Is, nak pergi mana tu?" Tegur opah yang baru keluar dari dapur.

"Nak pergi pantai. Ambil angin." Jawab Anas. Mengenai bahunya yang ditembak, dia sorokkan hal itu dari pengetahuan opah. Risau jika wanita itu membebel dan memulas telinganya.

Selipar jepun disarung. Dia seperti seorang lelaki kampung apabila mengenakan tshirt arwah atoknya yang sudah lusuh bersama seluar track. Langkah diatur menuju ke tepi pantai dimana isterinya berada.

...............................

Dari jauh Tiara ternampak bayangan suaminya yang sedang menapak ke arahnya. Dia menggeleng sebentar. Sakit sakit pun ada hati nak keluar rumah.

Dia mengambil ikan yang berada diatas dulang lalu diatur cantik diatas meja kayu yang berlapikkan plastik putih. Dia pula seperti gadis melayu terakhir apabila kain sarung batik bersama tshirt dipadankan ditubuhnya. Manakala rambut hanya dilepaskan begitu saja tanpa disanggul ataupun diikat.

"Piwwitt" Tiara tergelak perlahan sewaktu Anas sedang bersiul nakal padanya.

"Asal datang sini? Pergi jelah rehat dalam bilik." Lelaki itu menggeleng.

"Boring ah dalam bilik. Nothing to do. Better datang sini, bolehlah juga nak mengorat kau dekat sini." Terbuntang mata Tiara. Dada Anas lantas ditumbuk.

"Mengarut! Takde maknanya." Dia cepat-cepat menyusun ikan diatas plastik putih itu. Dia perlu balik segera sebelum suaminya makin mengarut bercakap. Dia tidak mahu berharap apa-apa lagi dari jejaka itu termasuk cinta.

"Alaa dah nak balik dah ke? Tak payahlah balik lagi. Kita lepaklah dulu dekat sini." Anas melabuhkan punggung diatas meja ikan yang masih ada baki ruang.

"Awak ajaklah Iqbal lepak sekali. Saya nak kena balik. Nak sidai kain." Kata Tiara lalu ingin berlalu tetapi Anas pula yang menghalangnya dengan menggenggam tangannya.

"Aku kata tak payah!" Pantang benar Anas apabila orang tidak mendengar arahannya. Tiara mengeluh lemah. Dia juga mengambil tempat diatas meja itu.

Lama mereka berdiam diri merenung laut sehingga Anas sendiri yang membuka mulut.

"Siapa abang Fiq?" Soalan itu sudah lama ingin ditanyanya tetapi masa yang tidak mengizinkan. Tiara tergamam. Mungkin suaminya tahu dari malam mereka pergi ke pasar malam itu.

"Ex? Boyfriend? Crush? Secret admire?" Satu-satu Anas senaraikan tetapi isterinya tetap diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.

"Jawablah Tiara Daneesya!" Dia sedikit menengking. Kalau tak menengking, sampai ke sudah tak jawab. Tiara memejamkan matanya. Nafas ditarik lalu dihembus.

"He's my brother." Anas mengerut dahi. Bila masa isteri dia ada abang. Setahunya gadis itu anak tunggal.

"Tapi bukan ke--"

"Tak. Saya ada abang dengan kakak. Ingat tak masa kita akad nikah ada seorang perempuan sebelah umi saya? Itulah kakak saya. Abang saya takde masa tu sebab dia kerja dekat China." Cerita Tiara.

"Kerja apa?"

"Doktor bedah." Anas mengangguk mengerti. Hebat juga abang Tiara.

"Habistu kenapa kau bagitahu aku yang kau anak tunggal?"

"Saya dah kena buang keluarga sebab tu saya cakap yang saya anak tunggal."

"Macam mana kau tahu password rumah aku?" Tiara diam sejenak sebelum menjawab.

"Tanya adik awak. Dia tahu semuanya."

"Dan macam mana pula kau kenal adik aku? Aku rasa kau tak pernah--"

"Tanya adik awak dan awak akan dapat semua jawapan awak."

"Kenapa kau tak boleh jawab soalan aku?" Tiara mengukirkan senyuman kecil. Dia berpaling melihat wajah suaminya.

"Kalau saya jawab, saya takut yang awak cakap yang saya ni penipu dan tuduh adik awak macam-macam. So, saya nak awak dengar dari mulut dia sendiri." Katanya lalu kembali melihat laut.

Angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa itu telah menerbangkan sedikit rambutnya yang lurus dan kerinting dihujungnya.

"Luka awak macam mana? Dah okay?" Anas memandang isterinya sekilas.

"Entahlah. Tak check pun." Jawabnya malas.

"Saya dah tak percayakan janji awak." Anas buat muka tidak mengerti.

"Janji apa?"

"Sebelum awak balik sana awak dah janji dengan saya nak jaga diri awak tapi dekat bahu tu apa?" Dia tersenyap. Lupa yang dia ada berjanji dengan gadis itu.

"Awak tak tunaikan janji awak. Dahlah awak, cukup tipu saya. Saya dah penat." Tiara berdiri ingin balik ke rumah.

"Aku hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Aku tak minta semua ni terjadi tapi dah ditakdirkan nak buat macam mana?" Dia berhenti melangkah. Keluhan berat dilepaskan. Dia tidak dapat menafikan kata-kata suaminya.

"Awak..permintaan saya tak banyak. Cukuplah sekadar untuk jaga diri awak sendiri kalau saya takde nanti." Jantung Anas seakan direntap kasar. Apa maksud gadis itu? Takde nanti?

"Kau nak pergi mana?" Dia berdiri dibelakang isterinya.

"Anywhere." Dia memegang bahu Tiara lalu dipusing tubuh itu mengadapnya. Sakit yang menyengat dibahunya diabaikan.

"You can't go anywhere! Stay with me! Aku tak izinkan kau pergi mana-mana sekali pun!" Tajam dia menatap mata gadis dihadapannya itu.

"Kenapa awak tak izinkan saya pergi?" Soal Tiara ingin menguji lelaki itu. Anas tersentak. Matanya dilarikan dari terus menatap mata Tiara.

"Err..sebab aku.."

'..dah mula cintakan kau.' Jawabnya dalam hati dan dia tahu yang gadis itu tidak dapat mendengarnya.

"Sebab?" Tiara menanti jawapan suaminya.

"Sebab aku erm perlukan kau untuk rawat luka aku dekat bahu ni." Jawapan Anas hanya dijawab ikut terlintas dikepala otak.

"Lepas luka awak sembuh, saya dah boleh pergi?"

"Pergilah kau nak pergi benua mana sekali pun aku dah tak kesah." Dia sendiri yang terasa ingin menampar mulut sendiri sebab terlanjur kata. Macam mana kalau gadis itu betul-betul pergi tinggalkan dia?

Hati Tiara bertambah sedih apabila suaminya benar-benar tidak perlukannya. Perlu bila sakit saja.

"Okay."

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now