Chapter 50

67.3K 2.4K 37
                                    

"Adik nak bawa abang long pergi mana?" Soal Anas pada Alis didalam talian.

"Kawan adik ada buat rumah terbuka. Jomlah pergi. Adik dah ada dekat bawah ni. Turun cepat!"

"Adik, abang long ad--"

"Cepat orang kata!"

Anas mendengus geram dengan adiknya yang suka mendesak itu.

"Okay! Tunggu kejap. Abang long turun."

Dia mematikan panggilan. Langkahnya diatur menuju ke bilik Tiara.

Tok tok
Pintu diketuk dan terus dibuka. Kelihatan isterinya sedang mengurut kaki diatas katil.

"Asal tu?" Soalnya pada gadis itu. Tiara mengangkat muka memandang suaminya.

"Sakit kaki." Dia menjawab pendek. Anas mendekati isterinya dan melabuhkan punggung dibirai katil itu.

"Macam mana boleh sakit kaki pula ni?" Tiara mengangkat bahu tidak tahu.

"Entahlah. Bangun bangun je terus sakit. Semalam okay je. Kenapa awak masuk bilik saya ni?" Tiara bertanya sambil mengurut kaki kanannya.

"Si budak Alis tu ajak aku pergi rumah terbuka kawan dia. Aku nak ajaklah kau sekali tapi kalau macam ni lah keadaan kau, memang taklah aku pergi." Anas menjawab.

"Kesian Alis tu. Awak pergi jelah. Kalau ada apa-apa saya call awak terus. Jangan risaulah. I'm okay." Tiara menghadiahkan senyum manis pada lelaki itu.

"Takpe, aku boleh--" Dia memotong bicara suaminya.

"Saya okay. Awak pergilah teman Alis. Kesian dia pergi sorang sorang. Nanti tak naklah pula adik awak tu kata yang bukan bukan dekat saya." Anas mengeluh. Dengan langkah yang berat, dia keluar dari apartmentnya.

15 minit kemuadian dia mendapat mesej dari Alis bahawa dia sudah boleh keluar dari apartment itu.

Dia menarik luggage kepunyaannya keluar dari rumah setelah menempah grabcar. Tanpa meninggalkan surat atau apa-apa pesanan buat suaminya, dia berjalan keluar dari bangunan apartment 16 tingkat itu.

Grabcar Myvi itu meluncur laju menuju ke masjid yang berhampiran dengan rumah orang tuanya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai.

................................

Taufiq sudah mula tidak senang duduk. Wajah adiknya belum lagi kelihatan walaupun dia tidak pasti yang adiknya itu hadir atau tidak ke majlis akad nikahnya hari ini.

"Fiq, buat apa dekat luar ni? Semua orang dah tunggu Fiq dekat dalam." Puan Kazimah memandang air muka anaknya yang tampak risau akan sesuatu.

"Fiq..Fiq tunggu dia." Jawab Taqufiq tanpa melihat wajah uminya malah terus memerhati ke arah pintu pagar utama masjid.

Puan Kazimah mendengus. Dia sudah tahu siapa 'dia' yang dimaksudkan anaknya itu.

"Dia bukan keluarga kita lagi. Buat apa nak tunggu dia? Buang masa je dan tak mungkin dia datang. Mungkin sekarang dia tengah bersenang-lenang dengan harta suami dia." Tuduhnya.

"Fiq takkan masuk dalam selagi Ara tak datang. Fiq nak dia tengok abang dia kahwin. Fiq rindukan dia sangat sangat. Tolonglah umi, jangan halang Fiq." Rayu Taufiq bersama wajah sayunya.

Semua cerita mengapa adiknya telah dibuang keluarga telah dicerita oleh Tasya kerana gadis itu serabut dengan dirinya yang terus mendesak untuk mengetahui hal yang sebenar. Mula-mula dia agak terkejut tetapi dia kembali berfikir yang adiknya tidak pernah buat kerja yang tidak senonoh. Dia yakin itu.

Puan Kazimah terdiam seketika. Ya, dia juga rindu akan anak bongsunya itu. Siapa je yang tidak rindukan darah daging sendiri setelah sekian lama berpisah tetapi ego dan api kebencian telah menguasai dirinya.

"Pergi masuk, Taufiq." Dia bersuara agak tegas.

"Tak nak! Fiq tak nak masuk selagi Ara tak datang!" Bibir diketap geram.

"Umi kata masuk tu masuklah!" Tajam dia menikam anak mata Taufiq. Lelaki itu melepaskan keluhan kasar lalu melangkah jua masuk ke dalam.

Dia mengambil tempat dihadapan tok kadi. Tangan kanannya bersatu dengan tangan tok kadi itu. Nafas ditarik dalam untuk menenangkan diri.

"Mohammad Taufiq Bin Mohammad Yusuf.."

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau bersama Nur Intan Binti Irham dengan mas kahwinnya sebanyak 100 ringgit tunai dan senaskhah Al-Quran dibayar tunai."

"Aku..aku.." Apa yang diucapkan tok kadi itu sudah hilang serta-merta dikepalanya.

"Saya ulang sekali lagi." Kata tok kadi itu kemudian dibalas dengan anggukan.

"Aku nikahkan dikau bersama Nur Intan Binti Irham dengan mas kahwinnya sebanyak 100 ringgit tunai dan senaskhah Al-Quran dibayar tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Intan Binti Irham dengan mas kahwinnya sebanyak 100 ringgit tunai dan senaskhah Al-Quran dibayar tunai."

"Alhamdulillah." Semua mengucap rasa syukur termasuk Tiara yang sedang berdiri diluar masjid tanpa disedari semua orang. Sewaktu abangnya berjabat tangan dengan tok kadi, dia telah berada diluar masjid. Nasib baik sempat menyaksikan lelaki itu melafaz akad tadi.

'Selamat pengantin baru abang Fiq." Ucapnya dalam hati saja.

Taufiq berdiri untuk pergi ke arah isterinya bagi sesi pembatalan air sembahyang. Dengan tidak sengaja matanya terpaku pada seorang gadis yang sedang berdiri diluar masjid.

"Ara.." Nama itu diseru perlahan. Kakinya laju melangkah ke luar masjid.

Tiara segera pergi dari situ setelah kehadirannya diketahui Taufiq.

"Ara! Ara wait!" Dia mengabaikan jeritan memanggil itu. Pintu kereta Myvi lantas dibuka dan ditutup. Pintu itu dikunci.

"Gerak." Katanya pada pemandu grabcar itu.

"Ara! Buka pintu ni! Ara!" Tiara memejam rapat matanya menahan airmata dari mengalir. Ketukan bertalu-talu pada tingkap kereta diendahkan.

Taufiq mengejar kereta yang adiknya naiki itu dengan berkaki ayam. Dia tidak peduli lagi pada orang kampung yang sedang memandangnya pelik.

"Ara!!" Tempiknya setelah kereta itu sudah terlalu jauh untuk dikejar. Kakinya berhenti dari sebarang langkahan.

'Ara..abang Fiq rindukan Ara..'

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now