Chapter 40

60.5K 2.3K 12
                                    

Mereka bertiga berbuka puasa disebuah restoran apabila berasa tidak sempat untuk berbuka dirumah. Hari raya dah nak dekat jadi jalan pun dah begitu sesak.

Tiara menguis-nguis saja nasi goreng dalam pinggannya. Tiada selera nak makan walaupun perut sudah sekian lama berbunyi.

Anas memandang gadis dihadapannya. Satu keluhan dilepaskan.

"Asal tak makan? Tak sedap ke?" Tiara tersedar dari lamunan apabila ada satu suara yang menegur. Muka diangkat. Matanya tepat menusuk ke dalam mata suaminya.

"Haah kenapa awak tak makan? Dari tadi lagi saya perhati nasi goreng awak tu tak berjejas." Sampuk Iqbal yang duduk disebelah Anas.

"Diam ah kau! Suka sangat menyampuk!" Marah Anas. Rakan disebelah dijeling tajam. Iqbal mencebik bibir.

"Nasi ni haa panas. Saya tengah tunggu sejuk baru boleh makan." Jawab Tiara ikut terlintas. Sesudu nasi berjaya masuk ke dalam mulut. Dengan payah dia kunyah dan telan nasi itu. Senyuman paksa dilemparkan pada dua orang jejaka yang sedang merenungnya.

"Okay." Anas menyambung makan. Dia menyiku lengan Iqbal yang masih memandang isterinya.

"Jaga sikit mata tu. Jangan sampai aku cungkil mata kau tu dengan garfu ni." Iqbal tersengih apabila dirinya terkantoi sudah.

Seusai makan, mereka bergerak ke surau untuk menunaikan solat Maghrib kemudian jamak Isyak kerana perjalanan mereka masih lagi berbaki 2 jam tetapi dengan jalan yang sesak mungkin 4 jam lagi mereka akan sampai ke destinasi. Sungguh memenatkan bagi pihak Iqbal yang sebagai pemandu.

Setelah selesai menunaikan perkara wajib itu, mereka bergegas ke kereta.

"Nas, kaulah pula yang drive. Aku penatlah. Dah 7 jam kot aku drive tadi." Pinta Iqbal. Anas dengan selamba mengangkat sebelah keningnya pada rakannya.

"Ada aku kesah?" Tiara mencuit lengan suaminya.

"Awak, tolonglah dia. Kesian dia, penat." Anas memutarkan bebola mata ke atas.

"Hish yelah!" Kunci kereta ditangan Iqbal dirampasnya. Iqbal berasa ingin melompat tinggi ke bintang kerana terlampau gembira.

"Tenkiiuuu" Ucapnya sambil membuat muka comel. Naik geli bulu ketiak Anas melihatnya.

Tiara mengambil tempat disebelah suaminya iaitu disebelah pemandu.

"Don't sleep! Teman aku drive." Pesan Anas yang baru ingin memulakan pemanduan.

Dengan teragak-agak Tiara mengangguk. Dia sendiri tidak pasti sama ada anggukan itu 'ya tidak akan tidur' ataupun 'ya akan tidur'.

Kalau semua nak tahu, si Iqbal yang dekat tempat duduk belakang itu sudah 'pergi' ke Afrika. Begitu nyenyak jejaka itu tidur.

Tiba-tiba deringan telefon Tiara berbunyi. Dia menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya.

"Hello? Am I talking to Miss Esya now?"

"Yes. Who's this?"

"My name's Shasya. Saya wakil dari Hotel Berjaya ingin invite you untuk ke Majlis Ulangtahun hotel ni pada 1 September. You just main piano. Upah dan termasuk makan minum akan kami sediakan."

Tiara menggigit bibir bawahnya. Dia tidak rasa yang dia boleh hadirkan dirinya ke majlis itu.

"Erm..I think, saya tak boleh sebab err saya tak free masa tu. I'm so sorry. I think you should invite.." Dia memerhati suaminya dengan ekor mata. Dia tahu yang jejaka itu sedang pasang telinga mendengar perbualannya.

"Who should I invite?"

"Fiqa. Nanti you whatsapp I kalau nak her number."

"Okay."

"Btw, I'm so so sorry again."

"Hahaha it's okay. I know you famous tu yang susah sikit nak dapat you."

"Mana adalah. Dahlah, malas nak bercakap dengan you. Makin merapu. Bye dear."

"Okay bye!"

Panggilan dimatikan. Tiara kembali berfikir sejenak. Celah mana diorang semua boleh dapat nombor barunya? Dari 3 bulan lepas lagi sejak panggilan dari hotel mana entah yang buat tema black gold tu yang menelefon dirinya padahal dia baru saja menukar nombor baru. Pelik. Cepat betul nombor dia tersebar. Harap-harap nombor 'Esya' ini tidak sampai ke tangan Anas.

"Siapa yang call? Mesra semacam je bunyi." Soal Anas yang seperti sedang cemburu.

"Err..kawan."

"Boy or girl?" Tiara mengerut kening. Dah kenapa dengan suaminya ni?

"Girl."

"Tak tipu?"

"Betul."

Ting!
Satu mesej masuk melalui whatsapp. Mesej itu dibuka.

From: 017*******

-Hai! I'm Shasya. Can you give Fiqa's number?

To: 017*******

-015*******

From: 017*******

-Alright. Tq dear.

To: 017*******

-No problem.

Tiara meletakkan telefonnya didalam dashboard takut hilang. Dia punya handbag tak ada sebab tinggal dekat pantry hotel. Dia sudah suruh adik Sofia tu jagakan.

"Kau nak tidur rumah mana malam ni?" Tanya Anas tiba-tiba. Dan soalan itu amat pelik bagi Tiara.

"Err..tidur rumah sayalah. Nak tidur rumah mana lagi?"

"Tidur rumah akulah malam ni nak? Lagipun kau kan kerja esok. Kau nak naik apa? Kau punya kereta ada dekat parking hotel." Tiara mengemam bibir sambil berfikir.

"Takpelah saya boleh naik grabcar." Tolaknya.

"Tapi kau kena tidur rumah aku juga sebab nanti sahur aku nak makan apa? Aku manalah reti masak." Digali juga alasan supaya Anas dapat tidur sebumbung dengan isterinya.

Tiara menarik nafas lemah lalu mengangguk setuju.

"Okay."

Tiga jam fokus memandu, Anas mengerling isterinya disebelah. Senyuman kecil terlakar dibibir. Kesian isterinya, tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Kepala gadis itu ditolak ke bahu kirinya. Sisa sakit akibat ditembak seminggu yang lalu masih lagi terasa kerana kepala Tiara terkena pada luka itu.

Tiara yang mamai terus memeluk lengan suaminya.

Anas mengucup sekilas dahi isterinya kemudian tumpukan perhatian pada jalan yang dibanjiri kenderaan.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now