Epilog

67.3K 2K 67
                                    

Tiara memerhati Danny yang sedang bermain dengan Damia Ariesya bersama Daryl Aqaha ditaman permainan mini dibelakang rumah. Damia dan Daryl memang kembar tetapi kembar tak seiras dan berlainan jantina. Sudah setahun usia kembarnya itu dan Danny pula sudah masuk sekolah rendah. Darjah satu.

Anas mengibas-ngibas bara api menggunakan pengibas supaya api makin besar. Esok dah raya jadi pembakaran lemang pun bermula pada malam itu. Dia memandang Iqbal yang sedang enak makan lemang yang sudah masak. Dia dengan perlahan mendekati lelaki itu.

Pap!
Kepala Iqbal dihempuknya menggunakan pengibas.

"Adoi!" Iqbal menggosok kepalanya bersama muka masam.

"Setan betul perangai! Aku yang panas-panas depan api, kau pula yang sibuk mencekik dekat sini! Tolonglah sial!" Iqbal tersengih kerang busuk.

"Mana ada aku mencekiklah. Aku halau lalat yang sibuk duk ngeng..ngeng..dekat sini. Nanti dia bertelur dekat lemang ni susah pula kita nak makan." Iqbal mereka alasan padahal seekor pun lalat tiada lalu.

"Banyaklah kau punya lalat. Dah, mari tolong aku!" Anas menarik kasar lengan rakannya supaya mengikutnya.

Taufiq bersama adik iparnya iaitu suami pada Tasya, Zulhilmi, membawa lemang yang belum masak lagi ke arah dua orang jejaka yang sedang membakar lemang.

Tasya memang sudah lama berkahwin, 4 tahun lepas tetapi suaminya selalu saja ke luar negeri tak pun ke luar negara atas urusan kerja. Memang jarang nak tengok muka suami sendiri dekat rumah. Bussinessman lah katakan tetapi pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata. Belum ada rezeki.

"Bal, tolong jaga lemang ni kejap eh? Aku nak pergi dekat anak-anak aku." Pesan Anas sebelum berlalu menuju ke arah anak-anaknya yang sedang dijaga oleh isteri tercinta.

"Häschen.." Pinggang Tiara dipeluk dari sisi. Pipi permaisuri hidupnya itu dikucup sekilas. Siapa sangka yang perkahwinan mereka hampir mencecah 9 tahun. Sekejap saja rasanya, pejam celik pejam celik dah nak dekat 9 tahun rupanya.

"Hm?" Sahut Tiara tanpa melarikan anak matanya dari terus memerhati ketiga-tiga anaknya itu.

"Cinta habib tak?" Soal Anas. Selalu dia tanya soalan begitu sehingga naik jemuh Tiara mendengarnya.

"Mia..jangan buat adik macam tu." Tiara menegur Damia yang seperti ingin menarik rambut Daryl. Tercebik-cebik anak kecil itu seperti ingin menangis.

"Damia.." Tiara menegur lagi. Anaknya yang seorang itu memang suka benar tarik rambut Daryl. Tidak tahu mengapa.

Terus terhambur tangis Damia yang sudah lama tercebik-cebik itu. Anas mengambil anak perempuannya itu lalu didukung.

"Alolo cian dia kena marah dengan mom ya?" Dia mengesat airmata anaknya yang laju saja mengalir itu.

"Mom..adik Ryl nak nangis juga ni.." Adu Danny pada ibunya apabila ternampak adik lelakinya yang tercebik-cebik seakan mahu menangis juga.

Tiara tersenyum geli hati. Kalau si kakak menangis pasti si adik sibuk juga nak menangis nasib baik Danny pun tak join sekaki.

Tiara mendukung anak ketiganya itu. Anas memerhati saja gerak-geri isterinya itu. Kadang-kadang dia ingin tergelak pun ada melihat isterinya yang sedang mendukung anak itu. Dengan tubuh kecil gadis itu nampak seperti tidak sesuai bila mendukung anak.

"Habistu, Danny siapa nak dukung?" Soal Danny bersama muncung panjang. Dia seorang saja yang berada ditanah manakala adik-adiknya berada didukungan orang tuanya.

Anas tersenyum mendengar soalan cepumas anak sulungnya itu.

"Nak dukung? Mari sini." Dia mengangkat Danny lalu didukung. Sebelah tangannya mendukung Damia dan sebelah tangan lagi mendukung Danny.

Tiara menggelengkan kepalanya. Macam-macamlah si Danny ni.

.......................................

Di pagi raya, Anas memandikan kembarnya manakala Tiara menggosok semua pakaian rayanya, anak-anaknya dan suaminya.

"Mom..mana butang baju melayu Danny?" Soal Danny pada ibunya yang sedang menggosok.

"Ada. Pergi cari atas meja solek tu. Hati-hati, ada barang makeup mom atas meja tu. Kalau jatuh ke pecah ke, mom tak nak kawan." Danny mengangguk. Dia berlalu ke meja solek mencari butang baju melayu.

Anas mengelap tubuh si kembar. Si kembar itu dibaringkan diatas katil. Dia pergi ke arah almari baju lalu dibuka. Dua keping pampers diambil. Dia kembali semula pada anaknya yang sedang seronok bergolek-golek diatas katil.

Dia menyiapkan anaknya kerana selepas ini dia mahu menyiapkan dirinya pula. Damia disarungkan baju kurung berwarna biru gelap bercorakkan bunga-bunga kecil berwarna putih setelah pampers dipakai. Tema baju raya keluarga besar mereka ialah biru gelap bercampur putih. Biru tu takdelah gelap sangat.

Daryl pula disarungkan baju melayu yang berwarna biru gelap dan bersampin putih. Semua pihak lelaki akan berpakaian yang mempunyai warna sebegitu.

Anas mengambil tualanya lalu disangkut diatas bahu. Sebelum dia berlalu masuk ke dalam tandas untuk mandi, dia sempat mengucup pipi isterinya sebentar.

...............................

Rumah banglo milik Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena sungguh meriah pada hari raya pertama itu dengan hadirnya suara-suara gelak ketawa mereka semua. Tidak mati senyuman bahagia opah melihat wajah ceria anak, cucu dan cicit-cicitnya itu.

Pertama dalam hidup Tiara berasa sungguh gembira sebegini bersama sang suami disisi. Anas yang dulunya begitu gerun untuk dipandang, sekarang wajah itu menjadi ketagih untuk dilihatnya. Kalau sehari tak pandang wajah suaminya memang tak sah!

"Tak nak bergambar ke?" Soal Iqbal yang muncul bersama kamera Canon ditangan.

"Haah kan? Lupa pula nak bergambar. Jom jom!" Balas Puan Sri Helena. Alisya iaitu anak Alis yang berada diribanya didukung manakala Aisya didukung Tan Sri Hamid. Semua bangun dan mengambil tempat masing-masing untuk bergambar.

Iqbal meletakkan kameranya yang sudah didirikan menggunakan stand kamera dihadapan. 5 saat ditetapkan kemudian dia berlari ke sebelah isterinya dan pinggang gadis yang telah lama bertakhta dihatinya itu dipeluk erat.

Sementara Anas pula memeluk bahu isterinya. Kembar mereka didukung oleh Puan Kazimah dan Encik Yusuf.

Klik!

Klik!

Klik!

Memori terindah pada hari itu diambil terlalu banyak untuk dibuat kenangan. Anas memerhati si isteri yang berada disisnya. Tiara terus menoleh apabila berasa dirinya seakan diperhati. Senyuman manis terukir dibibir.

"Apa?" Soalnya.

"Takde apa cuma nak cakap.." Anas mendekatkan bibirnya ditelinga Tiara.

"..I love you." Ucapnya romantik. Tiara memukul lembut dada suaminya.

"Ingatkan apalah tadi." Mukanya sudah membahang. Malu! Aik? Bila masa pandai malu ni?

"Tak nak balas ke?" Tanya Anas lebih kepada menyindir gadis itu.

"I love you too. Sampai bila bila bila bila." Ucap Tiara juga berbisik ditelinga Anas. Kang kalau tak berbisik ada pula orang lain dengar lepastu kena sakat tambah-tambah bila Iqbal dengar. Mahunya 3 tahun dia malu.

Wani? Oh lupa pula pada gadis itu. Sekarang Wani sedang menyambung pelajaran ke peringkat Master di Tokyo, Jepun. Dia tidak boleh balik ke Malaysia kerana perlu menduduki ujian. Kata Alis, Wani belum membina rumah tangga kerana terlalu sibuk dengan pembelajaran. Kalau semua nak tahu, ketiga-tiga gadis ini sudah pencen dari bidang tarian kerana masing-masing sudah mempunyai suami manakala Wani, alasan gadis itu ialah terlalu sibuk. Semua panggilan dari mana-mana majlis yang menjemput mereka untuk menari, ditolak serta-merta.

"Okay! One more one more!" Kata Iqbal lalu dia kembali menetapkan 5 saat pada kameranya. Dia mengambil tempat ditepi isterinya semula.

"Free style!!"

Klik!



--The End--

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now