Chapter 23

55.5K 2.3K 23
                                    

Anas menghaantar isterinya pulang ke rumah sewa gadis itu. Dia menahan Tiara yang sudah mahu keluar dari keretanya. Gadis itu berpaling padanya.

"Erm..thank you yang tadi tu." Tiara tersenyum lemah seraya menganggukkan kepala. Dia turun dari kereta lalu cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

Badan dibersihkan seusai itu dia berbaring diatas katil setelah memakai baju. Hidungnya berhingus mungkin kerana sejuk berada diatas bukit tadi.

Dia mencapai tisu lalu dikeluarkan hingusnya dan dilihat pada tisu itu, hingusnya yang berwarna putih menandakan yang dia sedang selsema.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Pagi sebelum dia pergi ke kerja itu, sempat dia singgah di farmasi 24 jam untuk membeli penutup muka. Dia mahu menutup mukanya untuk menghindarkan penyakit selsemanya dari berjangkit pada orang lain.

Sofia memandangnya pelik.

"Asal?" Soal Tiara sambil mengambil tempat dihadapan komputer.

"Asal kau pakai benda alah dekat muka tu?" Mata kuyunya yang terjadi disebabkan selsema menjeling rakannya sekilas lalu kembali menaip sesuatu di komputer.

"Aku se..hacem hacem!" Bersinnya tanpa sempat menjawab soalan gadis itu. Sofia yang melihat sudah mendapat jawapannya. Sah selsema!

"Kau selsema ni..tak makan ubat ke?" Tiara menggeleng perlahan. Mahu saja dia meletakkan kepalanya yang terasa berat itu diatas meja.

"Asal pula tak makan?" Sofia turut melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan rakannya.

"Alah selsema je pun. Bukan te..hacem!" Tiara mencapai tisu didalam poket skirtnya lalu dibawa ke hidung. Hingus dibuang dari lubang hidungnya. Ah! Parok(parah).

Sofia yang terpandang pada susuk tubuh bosnya yang sedang membuka pintu utama hotel, terus berdiri tegak. Senyuman manis diberikan manakala Tiara masih menaip sesuatu dikomputer.

"Good morning Encik Anas." Sapa Sofia penuh mesra apabila bosnya sudah mendekat. Lengan Tiara dicuit-cuit untuk menyedari gadis itu.

"Good morning too." Tiara yang terdengar suara Anas, lantas berdiri sebelum itu sempat dia menjeling tajam pada si rakan sebelah kerana tidak henti-henti dari mencuitnya.

Matanya bertembung dengan sepasang mata tajam milik suaminya. Lelaki itu seperti tersentak setelah melihatnya? Asal? Ada apa-apa yang tak kena ke pada dirinya?

"Esya.." Anas memanggil nama orang yang dirinduinya perlahan. Dia terkaku melihat wajah isterinya yang memakai penutup muka itu. Apabila isterinya mengenakan penutup muka itu, barulah dia perasan yang mata milik Tiara serupa dengan sepasang mata kepunyaan gadis pujaan hatinya.

"Hah? Encik Anas cakap apa tadi? Sorry, tak jelas." Sofia menayang sengih seketika kemudian dia berkerut dahi. Dia melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Anas yang melihat wajah Tiara seperti hendak tembus.

"Err..Encik Anas?" Dia memanggil namun jejaka itu tetap seperti tadi.

"Encik Anas!" Jerit Sofia sedikit kuat dengan harapan dapat menyedari jejaka itu ke alam nyata.

"Hah? Apa?" Soal Anas blur. Itulah, kusyuk sangat tenung isteri.

"Asal Encik Anas tenung Daneesya macam nak tembus? Dah tangkap cintan ke?" Usik Sofia sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali. Dia menyiku lengan Tiara disebelah.

"Mana adalah! Mengarut je you ni. I naik dulu. Malas layan you takut nanti melarat pula." Anas berjalan menuju ke lif untuk naik ke tingkat pejabat.

Dia berjalan masuk ke dalam ruangan kerjanya. Beg kerja diletakkan diatas meja kopi. Dia berbaring diatas sofa.

"Tak. Tak mungkin. Tak mungkin dia Esya. Impossible! Argh serabut!" Dia meraup kasar rambut ke belakang. Rambutnya yang pacak-pacak tadi terus 'layu'.

Dalam otaknya serabut memikirkan banyak perkara. Dan dalam otaknya juga sudah banyak mengatur rancangan. Rancangan untuk melenyapkan Fazira dari dalam dunia ini.

Sebuah senyuman sinis tersungging dibibirnya yang sentiasa nakal. Tidak lama lagi lenyaplah gadis itu dibuatnya.

'Kau tunggu ajal kau ya Fazira. Sabar. Tak lama lagi tu. Dalam beberapa hari je lagi.'

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now