Prolog

4.5K 391 7
                                    

Darah yang mengalir keluar dari tubuh dengan perlahan. Aku cuba menahan kesakitan. Orang yang lalu-lalang hanya memandang tanpa membantu. Seolah-olah aku kelihatan begitu jijik untuk di bantu.

Bum!

Bunyi pintu kereta di tutup dengan kuat. Seseorang berlari ke arah aku yang terlantar di jalanan.

"Awak.. Awak tak apa?" dia bertanya dengan begitu panik.

Aku? Aku rasa sakit. Sakit yang amat sangat. Hendak menjawab pertanyaannya pun aku tidak larat.

"Ahhh!! Bodohnya aku!" marahnya sendiri. Rasa kesal dan rasa sebersalah yang melanda dirinya.

Keadaan aku? Sakit? Ya, sakit terasa apabila di langgar kereta, tetapi lagi sakit apabila ditipu oleh kawan sendiri. Kawan yang sudah bertahun bersama, bergurau bersama. Tapi hanya berpura-pura di hadapan, tetapi di belakang..

Mataku sudah mula kuyu. Tak larat lagi hendak melihat dunia ini. Dunia yang penuh dengan pembohongan.

"Cik.. Cik.. Tak apa-apa?" cuaknya apabila melihat keadaan aku yang sudah lemah.

"Aduh! Apa aku buat ni? Telefon! Telefon ambulans!" laju saja tangannya menyelup telefon bimbit yang berada di poket seluar dan mendail nombor.

Hmm... Adakah ini kali terakhir untuk aku melihat dunia? Adakah tuhan akan datang menjemputku?

Aku.. Aku tak sanggup lagi untuk meneruskan kehidupan ini. Aku sudah penat untuk dibohongi. Orang paling aku percaya semua  menjadi pendusta. Semua palsu kerana terlalu gembira apabila berjumpa denganku.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now