Bab 19

1.5K 201 14
                                    

Chaeyoung hanya menghabiskan masanya dengan membaca buku. Apabila loceng sudah berbunyi, dia lah orang pertama yang keluar dulu. Tak mahu dia hendak lama-lama di dalam kelas itu. Semua sudah mula membuka cerita mengenai Chaeyoung. Dia mengatakan Chaeyoung begitu sombong dan ada juga kata aura Chaeyoung itu menakutkan.

Hayoung mengeluh. Dia terus memandang Misoo di sebelahnya. Misoo hanya buat tidak endah dengan pandangan Hayoung itu. Sunhye dan Aera sudah berada di meja mereka berdua. Dengan wajah Aera masam memandang ke arah Misoo dan hayoung.

"Chaeyoung... Betul-betul tak pedulikan kita." ujar Hayoung dengan kecewa sekali.

"Lantak dia lah!" jawab Misoo bersaja.

"Ya~ Kenapa cakap macam tu?" tanya Aera.

"Dia bukan kawan kita lagi. Buat apa kita nak ingatkan dia lagi?" Sunhye terus keluar dari kelas.

"Sunhye-yah~" Hayoung dan Aera hanya memandang ke arah Sunhye.

Misoo sudah bangun dan berlalu pergi. Hayoung dan Aera saling berpandangan. Entah cara apa lagi dia harus lembutkan hati kedua rakannya itu. Adakah patut dia cerita pada Misoo dan Sunhye yang Chaeyoung mengalami hilang ingatan? Ah! Mesti mereka tak ambil kesah.

















Chaeyoung memasang lagu di MP3. Sudah hampir sebulan lebih dia hanya balik seorang diri. Tanpa ada seorang pun kawan yang hendak berkawan dengannya. Dia juga puncanya. Entah lah. Sebut sahaja perkataan 'kawan', dia jadi benci sangat. Orang hendak menyentuh dia pun, dia tidak suka.

Chaeyoung mengeluh. Dia malas hendak memikirkan perkara itu dan hanya fokus memandang ke hadapan. Tangannya tiba direntap dengan kasar. Ah! Dia tidak suka dengan permainan yang baru bermula ini.

"Hei! Apa ni~" tanya Chaeyoung dengan suara lembut. Dia terus menolak tangan itu dari mengenggam tangannya.

Nampaknya ada sekumpulan pelajar lelaki cuba menghalangnya pergi. Mereka terus mengepung Chaeyoung daripada pergi. Pelajar itu tersenyum apabila melihat wajah Chaeyoung.

"Annyeong~ Dah lama tak jumpa?" ujar lelaki itu.

What? Chaeyoung tidak mengerti dengan kata-kata lelaki itu. Dia melihat nama di jaket pelajar tersebut. Yoo Seung Min. Chaeyoung terus memandang wajah pelajar tersebut. Dia ni...



















Jaemin berjalan pulang seorang diri. Sudah lama dia tidak mengikuti Chaeyoung. Entah apa yang terjadi pada gadis itu. Jaemin memandang di seberang jalan. Ada sekumpulan pelajar lelaki yang sedang mengelilingi seorang pelajar perempuan. Dia mengecilkan sedikit matanya untuk melihat siapa pelajar perempuan itu. 

"Chaeyoung?!" Terkejut Jaemin apabila melihat Chaeyoung lah orang.

Pelajar lelaki itu dia sangat kenal. Budak gangster sekolahnya yang di ketuai oleh Seungmin. Suka membuli dan ponteng sekolah. Mereka juga akan belasah orang yang cuba melawannya. Mereka pernah mengganggu Chaeyoung masa ketika dulu. Kenapa dia nak kacau Chaeyoung lagi?! Memang tidak pernah menyesal mereka ini.

Chaeyoung memandang wajah Seungmin dengan pandangan yang tajam. Wajahnya begitu serius saat itu. Seungmin tersenyum lalu mengusap pipi Chaeyoung. Chaeyoung menolak tangan lelaki itu. Seungmin tersenyum sinis.

"Wae? Awak tak suka?" tanya Seungmin.

Chaeyoung hanya diam memandang ke arah Seungmin. Apa yang dia mahukan? Tak ada orang lain dah ke dia nak ganggu? Seungmin menyentuh pula bibir Chaeyoung yang kelihatan sedikit seksi itu. Chaeyoung menolak lagi tangan Seungmin. Dia tidak suka dengan cara lelaki itu. Saat ini, dia tak mahu hendak memukul orang. Dia sudah berjanji dengan abangnya untuk tidak bergaduh atau memukul orang.

"Apa yang kau nak?" tanya Chaeyoung.

Seungmin tersenyum.

"Mestilah saya nak awak." Seungmin mula merapatkan bibirnya seolah-olah mahu mencium Chaeyoung.

Mata Chaeyoung hanya memandang anak mata lelaki itu. Apa salahnya kalau dapat ciuman daripada seorang lelaki kan? Asalkan dia bahagia. Aku boleh cepat balik. Jaemin yang dari jauh memerhatikan mereka terus berlari ke arah mereka. Apa yang Seungmin cuba lakukan pada Chaeyoung memang tak patut.

Jarak bibir Seungmin dengan Chaeyoung hanya seinci. Hampir saja bibir mereka mahu bertemu, tiba-tiba bajunya di tarik dengan ganas lalu mendapat satu tumbukan di mukanya. Seungmin terjatuh. Terkejut dia dengan kejutan yang dia dapat sebentar tadi. Semua rakan lelaki itu berlari ke arah Seungmin. Tajam Seungmin memandang ke arah Jaemin.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now