Bab 22

1.4K 203 0
                                    

Entah kenapa pagi ini dia rasa tidak senang hati. Hendak berjalan pergi Jogging di pagi hari pun rasa macam di perhatikan. Ke? Perasaannya sahaja? Hmm... Mungkin? Mata Chaeyoung tidak henti memerhatikan sekelilingnya. Kalau ada orang yang cuba kacau dia, siap lah dia kerjakan. Chaeyoung langsung memandang ke hadapan apabila rasa selamat.

"Oh Mak kau!" terkejut Chaeyoung dengan kelibat seseorang di hadapannya itu. 

Dia hampir terjatuh ke belakang tetapi sempat lelaki itu menariknya. Wajahnya begitu dekat dengan dada lelaki itu. Ini membuat jantungnya tidak henti berlagu. 

"Neo gwaenchana?"

Suara ini? Chaeyoung langsung mendongak untuk melihat wajah orang yang membantunya. Jaemin tersenyum manis. Jaemin menyisip rambut Chaeyoung yang menutup sedikit wajahnya. Lagi laju jantungnya berdegup. Rasa macam nak pecah sahaja. Kau dah gila ke Chaeyoung!!

"Chaeyoung?" panggil Jaemin.

Chaeyoung baru sedar dari lamunannya. Dia memandang ke tempat dan terus berlalu pergi. Jaemin hanya melihat Chaeyoung pergi dengan senyuman dibibir. Chaeyoung dapat rasa yang Jaemin masih mengikutinya. Kenapa dia harus ikut aku? Pergi lah main jauh-jauh! Jangan lah ganggu aku!

"YAAA!!!" marah Chaeyoung.

Jaemin hanya tersenyum padanya. Chaeyoung terus mengangkat penumbuknya hendak memukul lelaki itu.

"Pukul lah~" ujar Jaemin dengan memejamkan matanya.

Chaeyoung mengetap bibirnya. Dia harus ingat janji pada abangnya untuk tidak memukul orang. Dia merengus kasar dan berlalu pergi. Jaemin tersenyum menampakkan giginya. Dia tahu sahaja yang Chaeyoung tidak akan memukulnya. Dia mengikut lagi Chaeyoung dari belakang. Chaeyoung begitu tidak selesa dengan kehadiran Jaemin di situ. Nak berjogging pun tak senang.

"Ya~! Geumanhae!!! Berhenti ikut saya!" marah Chaeyoung.

"Shireo (Tak nak)!" Jaemin menggelengkan kepalanya.

"Ish! Jinjja!" Chaeyoung mengenggam tangannya menahan marah.

"OK! Mianhae~ Pasal semalam.. Naneun.. kisseu.. err.. MianHAE!" 

"Apa? Saya tak dengar lah? Yang saya dengar tadi... kisseu." Jaemin saja hendak mengusiknya.

Lagi merah padam wajah Chaeyoung. Malunya dia hendak menyebut perkara itu semula. Jaemin sahaja hendak mengenakannya. Haish! Kenapa lah aku harus melayan karenah lelaki itu!

"Hmm.. Kalau macam tu... Terpaksa lah saya beritahu Youngho hyung." sakatnya.

"ANII!!"

"Aniyo! Aniyo! Aniyo! Jebal~ Jebal~Jangan beritahu Oppa! Jebal!" Chaeyoung merayu pada Jaemin.

Jaemin menganggu kepalanya.

"Tapi dengan satu syarat." ujar Jaemin lalu jarinya di letakkan di pipi.

Cium pipi dia. Chaeyoung menggeleng laju. Tetapi Jaemin menggangguk kepalanya mengiakan itu syaratnya. Chaeyoung perlahan-lahan mendekati Jaemin lalu mengucup pipi lelaki itu. Dia terus menjerit berlari jauh dari Jaemin. Jaemin tersenyum puas. Berjaya dia kenakan Chaeyoung. Dah lama dia tidak buat begitu pada gadis itu.

"Jagiya (Sayang)~" panggil Jaemin lalu melompat keriangan pergi ke arah Chaeyoung.

"Geumanhae~! Kenapa panggil saya macam tu?!" marah Chaeyoung.

"Jagiya~" sakat jaemin lagi.

"Ya!"

Jaemin ketawa kecil. Chaeyoung melajukan langkah untuk melarikan diri dari Jaemin. Jaemin tersenyum. Sejauh mana dia jalan pun, Jaemin tetap dapat kejar langkah dia. Chaeyoung memarahi Jaemin kerana mengikutinya lagi. Jaemin menggosok kepala Chaeyoung dengan ganas. Habis rambutnya jadi rosak. Chaeyoung terus mengejar Jaemin. Jaemin melarikan diri dari Chaeyoung sambil ketawa. 

Perangai Chaeyoung yang marah itu memang betul-betul comel. Lagi-lagi waktu dia cuak masa hendak memberitahu abangnya perkara semalam. Comel~ Chaeyoung ketawa apabila Jaemin jatuh tersadung batu. Jaemin pun turut ketawa bersama. Dia dapat merasakan yang Chaeyoung yang dulu sudah kembali.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now