Bab 18

1.5K 214 0
                                    

Matanya dari tadi asyik melihat sekeliling bilik itu. Cantik dan semua barang tersusun rapi. Bukan dia tidak pernah pergi ke bilik psikologi ini. Apabila ada appointment dengan doktor dia akan datang ke bilik itu.

Chaeyoung hanya duduk di sofa dengan menunggu kehadiran doktor. Lambat pula dia kali ini. Selalunya dia datang tepat pada masanya jika ada appointment. Pintu bilik itu di buka dengan perlahan. Doktor Kim tersenyum melihat Chaeyoung.

"Dah lama sampai?" tanya Doktor Kim itu sambil membawa dua cawan berisi air kopi.

"Uh? Ani." jawab Chaeyoung.

Doktor Kim tersenyum lalu memberikan cawan itu pada Chaeyoung. Lambat-lambat Chaeyoung mengambilnya.

"Kamsahabnida~" ucapnya perlahan.

Doktor Kim melabuhkan punggung di sofa berhadapan Chaeyoung. Cawan yang dia pegang di letakkan di atas meja. Chaeyoung menghirup air kopi yang masih panas dengan perlahan.

"Macam mana? Ada apa-apa yang berlaku?" tanya Doktor Kim ingin mengetahui keadaan Chaeyoung sekarang.

"Uh!?" Chaeyoung terus meletakkan cawan itu di atas meja.

"Joha (Bagus)~ haha.." Chaeyoung gelak terpaksa. Wajahnya penuh dengan kerisauan.

"Ada sesuatu yang buat kamu tidak senang?" tanya Doktor Kim yang perasan dengan riak wajah Chaeyoung itu.

Chaeyoung memandang wajah Doktor Kim dengan serius. Ia! Memang ada sesuatu yang buat tidak senang hati.

"Jaemin-a~"

Doktor Kim memandang wajah Chaeyoung dengan tenang. Kenapa pula dengan orang yang bernama Jaemin itu? Apa yang buat Chaeyoung begitu risau?



























Angin malam yang bertiup begitu dingin. Jaemin yang terasa sejuk, terus memanaskan tangannya di dalam poket jaket sejuk. Dia mengeluh panjang. Rindu dia pada Chaeyoung yang dulu. Selalunya dia ada di sisi Chaeyoung. Tidak kisah lah Chaeyoung berada di mana, dia akan pastikan Chaeyoung selamat. 

Tetapi tidak sekarang. Nampaknya Chaeyoung seperti tidak perlukannya. Chaeyoung sudah berani hendak melawan orang yang cuba mengganggunya. Orang cuba cari pasal dengan dia pun, dia belasah cukup-cukup. Hampir juga dia kena gantung sekolah tadi.

Jaemin berhenti di hadapan rumah Chaeyoung. Tak sangka begitu jauh dia berjalan. Matanya memerhatikan di beranda rumah Chaeyoung. Ini membuatkan dia mengingatkan sesuatu.

"Ya! CHAEYOUNG-AAA!!!" jerit Jaemin di hadapan pagar rumah.

Chaeyoung dengan wajah masam keluar ke beranda.

"YA! WAEE~" Chaeyoung paling benci kalau tidurnya di ganggu.

"Tak siap lagi? Bukan kita nak keluar ke?" tanya jaemin dengan suara kuat.

"Haa~ Saya mengantuk la~ Ka~! (Pergi~!)" ujar Chaeyoung dengan matanya masih tertutup terus menghalau Jaemin pulang.

"Chit! Neo museun soli ya~?! Awak dah janji nak keluar sama-samakan?" 

Chaeyoung begitu ngantuk saat itu. Tidak kisah lah dia dah berjanji ke apa. Yang penting sekarang dia mahu tidur semula. Chaeyoung menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak ada apa-apa nak cakap kan? Ok! Annyeong~" ujar Chaeyoung yang mahu masuk.

"Tunggu sekejap! Tunggu sekejap!" Jaemin cuba menghalang Chaeyoung dari masuk tidur semula.

"Nak apa lagi~?" tanya Chaeyoung yang malas hendak melayan karenah Jaemin.

"Kalau awak tak nak keluar... Saya terpaksa buat ini." 

"Huh?!" berkerut dahi Chaeyoung yang tidak mengerti dengan kata Jaemin itu.

Jaemin menarik nafas sedalam-dalamnya  sebelum menghembusnya. Dia sudah bersedia untuk buat Chaeyoung mengalah dan ikutnya keluar.

"SARANGHAEYO SEO CHAE YOUNGGGG!!!! NANEUN NAEGA JOHAHAEEYOOO!!!! (Saya cintakan kamu, Seo Chae Young!!!! Saya sukakan awak!!!!)" jerit Jaemin dengan begitu kuat.

Chaeyoung begitu cuak dengan tindakan Jaemin itu. Terus segar mata Chaeyoung. Risau pula jirannya mendengar kata Jaemin. Dah lah jerit kuat pula itu. Habis dia kalau ibu dan ayahnya dengar kata Jaemin itu. Nanti mereka salah faham pula.

"YAAAA!!! NOH MICHEOSSOH!?" marah Chaeyoung.

"SARANGHAEEE!!!!" Jerit Jaemin lagi.

"GEUMANHAEE!!!! AAHHHH!!!"

Jaemin langsung berhenti.

"Ye lah! Saya bersiap! Tunggu je dekat situ dan.. JANGAN JERIT LAGI!" Chaeyoung memberi amaran pada Jaemin.

"NAEEE!!! SARANGHAEYOO!!" ujar Jaemin lalu meletakkan kedua tangannya di atas kepala membuat bentuk hati.

"YAAA~~~~"

"Arrasaeo~"

Jaemin tersenyum lebar apabila dia berjaya membuat Chaeyoung mahu mengikutnya. Kalau dia tidak buat begitu, pasti Chaeyoung akan sambung tidur semula. Bukan dia tidak tahu kawannya itu. Jaemin tersenyum apabila mengingati semula peristiwa itu. Rindu dia mahu bergurau dengan Chaeyoung semula. Bila dia boleh dapat keseronokan itu semula?

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now