Bab 8

1.6K 223 7
                                    

Hilang sudah kepercayaanku terhadap semua rakan yang aku sayang. Kenapa mereka harus menipu? Kenapa mereka tidak bersikap jujur pada aku? Aku ni terlalu jijik ke sampai di hina sebegitu rupa.

Aku menangis sambil berlari meninggalkan sekolah. Tak mahu duduk di situ lagi. Aku mahu pulang dengan segera dan pindah jauh dari sini. Kalau dapat ikut abang keluar negara pun, aku tidak kesah dah. Asalkan aku jauh dari semua yang orang hipokrit itu.

Sudah lama aku berkawan dengan mereka. Semenjak aku pindah ke sekolah itu, mereka cuba untuk menjadi kawan aku. Aku terima mereka dengan terbuka hati. Dengan harapan, untuk menjadi kawan yang baik. Tetapi... Kenapa sekarang mereka menghina aku? Di lihat seolah-olah aku begitu kejam di mata semua orang. Kenapa? Kenapa!?

BEPPPP!!!!!

Bunyi hon kereta mengejutkan aku dari lamunan. Tidak sangka sudah jauh aku berlari hingga ke tengah jalan. Mataku hanya memandang ke arah kereta yang semakin hampir. Kalau sudah takdir aku pergi dulu, aku reda. Aku tak mampu untuk hidup lebih lama di dunia ini.
























Jaemin berlari keluar untuk mencari keberadaan Chaeyoung sekarang. Semua tempat dia sudah pergi. Tetapi masih tidak jumpa kelibat gadis itu. Dia berasa kesal kerana tidak menghalang gadis itu pergi. Risau dia kalau terjadi apa-apa pada Chaeyoung dengan keadaannya yang tidak stabil sekarang.

Bunyi heretan tayar dan bunyi perlanggaran itu mengejutkan semua orang. Jaemin melihat orang sekeliling berlari untuk melihat kemalangan yang berlaku. Dia turut mahu melihat kejadian itu. Tertanya dia hendak mengetahui keadaan mangsa kemalangan itu.

Dia berjalan mencelah ribuan orang yang berada di situ. Mendengar orang bercerita mengenai mangsa itu. Seorang gadis sekolah. Ini menguatkan gerak hatinya untuk melihat mangsa itu. Takut kalau-kalau gadis itu adalah...

"Chaeyoung." Jaemin terkejut apabila melihat Chaeyoung yang terbaring di jalanan. Matanya sudah berkaca melihat keadaan rakannya sekarang. Tubuhnya sudah berlumuran darah. Luka dikepala jelas kelihatan. Perlahan dia mendekati gadis itu.

"Chaeyoung~" lemah lututnya. Dia tidak berdaya untuk berdiri lagi.

Air matanya mengalir. Chaeyoung yang selalu dia lihat seorang yang ceria. Kalau dia sedih, selalu Jaemin pujuk sehingga dia benar-benar lupa akan kesedihannya. Tetapi sekarang ini, dia terluka. Di kecewakan oleh rakan sekelasnya.

"CHAEYOUNG-AA!!! BANGUN!! YA! BANGUN!!" Air matanya mengalir dengan begitu deras. Dia tidak dapat kawal emosinya. Orang yang berada di tempat kejadian hanya menyaksikan agenda tersebut.

"Aaa~ Jo.. jogiyo~ Err.." orang yang melanggar Chaeyoung itu rasa sebersalah. Hendak menegur Jaemin pun dia takut apabila melihat keadaannya sekarang.

"Jebal~ Bangun... Chaeyoung-a~ Bangun..." Jaemin terus memeluk Chaeyoung.

Dia takut akan kehilangan rakannya itu. Dia tak mahu melihat Chaeyoung pergi dulu. Kalau lah dia sempat kejar Chaeyoung tadi, mesti tidak akan terjadi kejadian seperti ini. Pasti dia akan bawa Chaeyoung pulang dengan selamat.

Jangan pergi Chaeyoung. Jebal, jangan pergi~

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now