Bab 14

1.5K 212 2
                                    

Setiap kali guru mengajar, Chaeyoung memberi tumpuan yang sepenuhnnya dan tidak main-main seperti dulu. Kalau dulu dia sungguh bosan hendak mendengar gurunya menerang di hadapan. Sekarang, Chaeyoung selalu bertanyakan soalan jika apa yang di ajar itu dia tidak mengerti.

Semua rakan kelasnya kelihatan begitu terkejut dengan berubahan ketaranya. Selalunya cikgu akan tegurnya jika dia tidak fokus semasa guru mengajar.

Chaeyoung mula serius mengulangkaji mata pelajaran yang di lemah dan memperbaiki kesalahan semasa membuat latihan. Setiap kali rehat, dia hanya mengisi masa mengulangkaji mata pelajaran di perpustakaan. Guru yang menjaga perpustakaan itu punturut rasa seronok apabila melihat Chaeyoung sentiasa menghabiskan masa rehatnya berada di perpustakaan.

Semasa di kelas, apabila ada seseorang pelajar datang di mejanya, dia terus bangun dan keluar dari kelas. Dia tidak suka ada orang sibuk bertenggek di tempatnya.

Dia selalu memperhatikan satu persatu perangai rakan kelasnya yang ada sesetengahnya sentiasa main-main di dalam kelas dan mereka tidak kelihatan bersungguh untuk peperiksaan yang semakin hampir. Dan di sebabkan itu, Chaeyoung tak mahu berkawan dengan orang tidak serius dalam pembelajaran.






























Pintu bumbung sekolah itu di buka dengan perlahan. Chaeyoung keluar dari bangunan sekolah itu. Dia melihat langit yang membiru. Begitu cantik pandangan di awal pagi ini. Dia menghirup udara segar. Rasa yaman sedikit.

"Apa yang awak buat dekat sini?!" satu suara menegurnya dari belakang.

Chaeyoung berpusing untuk melihat orang itu. Lelaki itu lagi! Kenapa setiap kali dia pergi mana-mana, pasti dia sentiasa ada?

"Ouh? Chaeyoung?" terkejut Jaemin apabila terlihat kelibat Chaeyoung berada di atas bumbung sekolah itu.

Chaeyoung hanya mendiamkan diri sahaja. Jaemin sedikit hairan dengan kehadiran Chaeyoung di sini. Tempat ini hanya mereka berdua sahaja pernah pergi. Tempat ini di gelar sebagai tempat menghilangkan tekanan. Takkan lah Chaeyoung..

"Chaeyoung~ Awak dah ingat semuanya?" tanya Jaemin yang inginkan kepastian.

Chaeyoung tidak menjawab pertanyaan Jaemin itu. Dia terus berlalu pergi dari situ. Kalau lama di situ, semakin banyak persoalan lelaki itu. Tetapi sempat Jaemin menghalangnya dengan memegang tangannya.

"Saya tahu. Awak dah ingat semuanya kan? Ataupun sebenarnya awak tak hilang ingatan."

Kata-kata Jaemin itu benar mengejutkan Chaeyoung. Kenapa dia berkata begitu padanya? Chaeyoung yang mahu pergi tetapi Jaemin masih tidak melepaskan tangannya. Jaemin menarik Chaeyoung dan berdiri di hadapannya. Tidak berkelip mata Chaeyoung melihat ke arah Jaemin. Dia kelihatan sedikit terkejut dengan perbuatan Jaemin itu.

"Beritahu saya. Awak tak hilang ingatan kan?" tanya Jaemin. Tangannya sudah memegang bahu Chaeyoung.

Chaeyoung memandang kedua tangan Jaemin di bahunya. Pandangan Jaemin itu buatkan hatinya tidak henti berlagu. Kenapa aku harus berdebar dengan lelaki ini? Kau dah gila ke Chaeyoung? Selagi Chaeyoung tidak menjawab pertanyaannya selagi itu dia tidak berhenti.

"Neo michiseo?!"

Ayat itu saja yang mampu keluar dari mulut Chaeyoung sekarang. Selalunya kalau ada orang menganggunya atau menyentuhnya, dia pasti akan tumbangkan orang itu. Tapi tidak sekarang. Kenapa?

Chaeyoung menolak tangan Jaemin dengan lembut. Jaemin memerhatikan sahaja tingkah Chaeyoung itu. Dia tahu dan pasti Chaeyoung tidak hilang ingatan. Cara Chaeyoung layannya tadi jelas sekali perangainya yang dulu. Chaeyoung berlalu pergi meninggalkan Jaemin keseorangan di situ.

"Saya tahu awak tak hilang ingatan. Saya akan simpan rahsia awak." ujar Jaemin yang hanya membiarkan Chaeyoung pergi.

"Chit! Gila!"

Chaeyoung terus pergi dari situ. Lagi lama di situ, pasti hati akan buat hal tak tentu pasal. Entah kenapa pula hatinya tidak betul saat itu.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now