Bab 36

1.2K 176 0
                                    

Seminggu kemudian..

"Jaemin." Chaeyoung menyentuh lembut bahu Jaemin.

Jaemin tersedar dari termenung. Senyuman di bibir terukir apabila melihat kelibat Chaeyoung yang melawat.

"Omma dan Appa awak ada datang melawat?" soal Chaeyoung lalu meletakkan jambangan bunga di atas meja.

"Mereka ada datang tetapi sekejap sahaja."

"Mesti mereka sibukkan." Chaeyoung melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Jaemin.

"Saya yang suruh dia balik. Nak dekat enam hari mereka bermalam di sini."

Chaeyoung hanya tersenyum. Dia tahu pasti ibu bapa Jaemin risaukan keadaannya sekarang. Walaupun sibuk, mereka sanggup ambil cuti untuk berada di samping anaknya.

"Oh yea~ Saya ada kejutan." Chaeyoung mula teringatkan sesuatu.

Pintu bilik itu di buka dengan perlahan. Muncul kepala Teddy Bear dahulu sebelum Youngho mengeluarkan kepalanya.

"Cakk!" Youngho terus keluar dari balik pintu itu.

"Fikir Jaemin ni budak kecik nak main 'Cakk! Cakk!'" Chaeyoung menyindir abangnya.

Jaemin hanya tersenyum sahaja melihat gelagat dua adik dan abang di hadapannya ini. Masam saja muka Youngho melihat ke arah adiknya.

"Kalau boleh, Oppa tak nak pun buat kejutan ni." marahnya. Patung yang berada di genggamannya di baling. Dia tidak perasan balingan itu terkena ke arah Jaemin.

"Akk!" Jaemin mengadu kesakitan.

"Ouh? Awak sakit ke?" soal Chaeyoung pada Jaemin.

Youngho tiba-tiba cuak. Dia nak baling ke arah adiknya, orang lain pula yang kena.

"YA!! SAKIT LA JAEMIN!" Chaeyoung memarahi abang. 

"Aniyo~ Gwaenchana."

Patung itu di ambil di baling semula ke arah abangnya tetapi tidak kena tetap.

"Gwaenchana Chaeyoung-a. Gwaenchana." Jaemin meredakan pergaduhan antara Chaeyoung dengan Youngho.

"Akk!! Sakitnya~ Akk!!" Youngho berlakon sakit terkena balingan padu adiknya.

"Jangan nak tipu lah! Nak perli Chaeyoung la tu." marah Chaeyoung yang tidak habis-habis.

"Akk!! Sakitnya~" Youngho saja hendak memerli adiknya.

"Ish! Dia ni kan!"

Chaeyoung terbangun pergi ke arah abangnya. Youngho tersenyum dan terus mengelak dari terkena pukulan Chaeyoung.

Jaemin hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Tak ada lah rasa sunyi keadaan bilik pesakit ini. 



























Hayoung pulang dengan sendiri. Jarang dapat pulang bersama Aera. Aera pun sekarang makin sibuk membantu keluarga menguruskan kedai makan.

"Pukul dia lagi! Pukul!"

"Akk! Akk!!"

Kendengaran suara seseorang mengadu kesakitan. Tiba-tiba Hayoung jadi berani hendak mengetahuinya.

Dia melalui lorong gelap dan berjalan perlahan sambil itu melihat kebelakang. Takut kalau-kalau ada orang mengekorinya dalam diam.

"Akk! Ahakk~"

Suara itu semakin dekat. Dia melihat empat orang pelajar sedang memukul seorang. Kelihatan mereka seperti pelajar sekolahnya. Pelajar yang di pukul dia kenal. Jin Hyunmin. Pelajar nerd selalu meminta bantuannya jika ada soalan yang tidak dia mengerti.

"Berhenti!" jerit Hayoung sebelum belari mendapatkan Hyunmin.

Mereka langsung berhenti apabila terdengar suara seseorang berada berdekat di tempat itu.

"Hayoung-a~" Seungmin terkejut apabila melihat kelibat gadis itu.

Dia melihat Hayoung cuba melindungi pelajar bengap itu.

"Jangan pukul.. H-hyunmin." tergagap Hayoung yang sedikit gementar melihat pelajar nakal itu.

Seungmin hanya terdiam seribu bahasa. Dia terkaku melihat ke arah Hayoung.

"Ala-ala~ Comey nya~" puji Haejoon lalu menyentuh dagu gadis itu. 

Hayoung menepis tangan lelaki itu. Dia kelihatan tidak selesa dengannya.

"Woi! Bengap! Kau ni buat malu namja lah~ Yeoja pula yang lindungi kau." Mereka bertiga langsung ketawa.

Hyunmin hanya membatukan dirinya berdiri di belakang Hayoung. Mukanya penuh dengan kesan luka. Cermin matanya di betulkan semula.

"Apa awak cakap ha?" Hayoung cuba memberanikan dirinya memarahi pelajar itu.

"Apa yang saya cakap? Comel lah awak ni." Mereka tersenyum mendekati Hayoung perlahan-lahan.

Pipi Hayoung di sentuh tapi di tepis. Mereka terus memegang tangan Hayoung. Hayoung cuba melepaskan tangan dari di sentuh pelajar itu.

"Lepaskan dia." Seungmin mula bersuara.

Mereka bertiga melihat Seungmin dengan hairan. Hayoung melihat Seungmin yang matanya hanya pandang ke bawah.

Seungmin~

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now