Bab 21

1.5K 192 7
                                    

Doktor Kim tidak henti ketawakannya. Chaeyoung sudah tebal menahan malunya. Ish! Dia ni. Kalau boleh nak ketawa sampai semua orang tahu.

"Betul ke?" tanya Doktor Kim.

"Nae. Ahh~! Kenapa doktor asyik ketawa?" Chaeyoung menundukkan wajahnya. Malunya pada Doktor Kim.

"Mianhae~" Doktor Kim menghela nafasnya.

Dia melihat Chaeyoung yang hanya menundukkan wajahnya menahan malu.

"Jadi... Awak sukakan dia!?" teka Doktor Kim.

"Neo museun soli ya?! (Apa yang kau cakap ni?!) AAAHHHH!!!" Chaeyoung terus menyilang tangannya. Dia tidak suka akan usikan Doktor Kim itu.

Doktor Kim menyambung ketawanya.

"Ya!" marah Chaeyoung.

"Maaf! Maaf!" Doktor Kim memohon maaf padanya.

Chaeyoung hanya memasamkan wajahnya. Bila lah dia dapat balik? Bila lah appointment ni nak habis? Asyik borak je? Ini nak buat pemeriksaan ke nak main-main?

"Saya nak tanya awak semula. Awak.. betul sukakan dia? Saya tanya betul-betul ni. Bukan main-main." Tanya Doktor Kim dengan nada serius.

"Aniyo! geunyang... Chingu? (Just... Friend?)" jawab Chaeyoung.

"Chingu? (Friend?)" tanya Doktor Kim semula.

"Nae! Chingu! Jae.. Jaemin... Cakap saya dengan dia.. kawan." Chaeyoung menundukkan sedikit kepalanya dengan dahinya berkerut.

Doktor Kim tersenyum. 

"Baguslah!" Doktor Kim mengangguk perlahan.

"Uh!?" Chaeyoung seperti tidak mengerti dengan kata-kata Doktor itu.

Doktor Kim tersenyum lalu bangun mengusap kepala Chaeyoung.

"Pergi lah balik berehat. Esok, dalam pukul 5 petang. Macam biasa." pesan Doktor Kim. Takut dia kalau Chaeyoung terlupa.

"Huh! ye~"

Chaeyoung terus bangun dengan mengemas barangnya. Dia mengucapkan selamat tinggal sebelum melangkah keluar. Doktor Kim hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Pintu bilik itu di tutup dengan perlahan. Dia mengeluh sedikit. Wajahnya kelihatan begitu risau apabila Chaeyoung sudah pulang. 























"Saya dah balik!" ujar Chaeyoung apabila sudah masuk ke rumah.

"Uh? Watseyo? (Kamu dah pulang?)" tegur Ibu Chaeyoung.

Chaeyoung terus berjalan naik ke biliknya. Ibu Chaeyoung hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Mungkin dia penat. Ye lah. Lepas balik sekolah terus pergi hospital untuk menjalani pemeriksaan. Ibunya berharap sangat yang Chaeyoung dapat mengingati semula.

"Ya~ Dah balik?" tegur Youngho pula apabila ternampak kelibat adiknya.

Chaeyoung terus berjalan masuk ke biliknya dengan menutup dengan kuat. Terangkat sedikit kening Youngho dengan perangai adiknya itu. Dia menutup biliknya lalu berlalu pergi ke bilik adiknya. Dia terus masuk tanpa mengetuk pintu bilik adiknya.

"Ya~" marah Chaeyoung apabila Youngho masuk ke biliknya semasa dia sedang menyalin pakaian.

"Sorry." Youngho memejamkan matanya lalu pusing memandang ke arah pintu. Youngho mengetuk kepalanya yang bertindak melulu.

Chaeyoung membuka pintu almari untuk mengambil pakaian untuk di ganti.

"Ada apa Oppa masuk ke sini?" tanya Chaeyoung sambil menyalin bajunya.

"Neo.. Neo gwaenchana? (Kamu.. Kamu tak apa-apa ke?)" tanya Youngho yang sedikit risau dengan keadaan adiknya.

Chaeyoung mengeluh. Soalan yang sama abangnya menanya. Malas untuk dia menjawab pertanyaan abangnya itu.

"Neo apaa (Kamu sakit)?" tanya Youngho lagi.

"Haish! Aniyo~ (Haish! Tak lah~)" Chaeyoung meletakkan baju sekolahnya di bakul.

"Dah siap ke?" tanya Youngho.

"Hm."

Chaeyoung terus menghempas badannya di atas katil. Youngho berpusing dan perlahan-lahan mendekati adiknya. Dia melihat adiknya dari atas ke bawah.

"Mwo?!" tanya Chaeyoung. Dia tidak selesa dengan pandangan abangnya itu.

"Adakah kamu bergaduh lagi?" teka Youngho.

 Tidak senang dia hendak baring. Dia terus bangun dan duduk. Tajam matanya memandang ke arah abangnya.

"Apa Oppa fikir saya datang sekolah untuk bergaduh? Huh?!"

"Aniya~ Oppa cuma risau..." ujar Youngho lalu melabuhkan punggung di atas katil Chaeyoung.

"Ah! Gwaenchana! Kenapa perlu risaukan saya? Saya bukan budak kecik lagi?" Chaeyoung mengeluh dengan perangai abangnya itu.

"Oh? Tadi Jaemin ada datang rumah, cari kamu." ujar Youngho apabila teringatkan sesuatu.

Wajah Chaeyoung terus merah padam apabila terdengar nama Jaemin. Youngho hairan dengan kelakuan adiknya terus meletakkan telapak tangannya di dahi adiknya. Berkerut dahi Chaeyoung dengan berkelakukan abangnya itu lalu menolak tangan abangnya itu.

"Ya~ Wae~"

"Awak demam?" soal Youngho.

"Ani!" laju sahaja Chaeyoung menindak.

"Keluar lah! Saya nak tidur!" Chaeyoung sudah menghalau abangnya keluar bilik.

Youngho terus memukul dengan bantal. 

"Tak mandi nak terus tidur."

"Sejuk lah~" Ada saja alasan yang di beri.

Youngho memukul adiknya lagi dengan bantal.

"Apa gunanya ada pemanas? Dah bangun, turun makan. Perut kosong kena isi. Kalau gastrik, jangan salahkan orang lain pula."

Youngho terus berlalu pergi. Chaeyoung mengetap bibirnya. Haish~! Kenapalah dia datang rumah aku? Kau pun satu bodoh! Pergi cium dia tu buat apa?! AAHHHHH!!!!! Chaeyoung menjerit di dalam hati dengan sekuat hatinya.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now