Bab 37

1.2K 183 3
                                    

"Lepaskan dia." Seungmin mula bersuara.

Mereka bertiga melihat Seungmin dengan hairan. Hayoung melihat Seungmin yang matanya hanya pandang ke bawah.

"Ya wae~?" soal Haejoon.

"Lepaskan budak tu." ujar Seungmin lagi sekali.

"Lepas? Tapi-"

"Aku kata lepas, lepas lah!" Suara Seungmin mula meninggi.

Tangan Hayoung di lepaskan.

"Kau yang dekat belakang tu" 

"N-nae." jawab Hyunmin tergagap.

"Pergi! Sebelum aku ubah fikiran."

"Ya Seungmin!" marah betul Haejoon padanya.

Lambat Hyunmin pergi. Dia teragak-agak untuk pergi atau tidak. Laju saja langkahnya berlalu pergi. Takut di pukul lagi dengan mereka.

"Korang semua boleh blah." ujar Seungmin tanpa melihat ke arah mereka bertiga.

"SEUNGMIN!!" tinggi suaranya memarahi rakannya itu.

"AKU KATA BLAH! BLAH LAH!! APA NAK TUNGGU LAGI!?" tajam pandangannya melihat tepat ke anak mata Haejoon.

Kolar baju Seungmin di rentap ganas. Cepat-cepat Sungho dan Gyuhee menarik Haejoon pergi dari tempat itu. Mereka seolah-olah mengerti apa yang cuba Seungmin sampaikan pada mereka.

"YAA!!! LEPASLAHHH!!!" 

"WWOOIII!!!"

Hayoung hanya melihat sahaja kawan Seungmin itu di heret pergi. Seungmin menunggu keadaan kembali tenang.

"Wae..."

Hayoung melihat ke arah Seungmin. Dia menunggu apa cuba Seungmin ingin sampaikan.

"Wae.. awak buat semua ni?" matanya perlahan melihat ke arah Hayoung.

Hayoung terdiam dengan soalan Seungmin itu.

"Awak bahayakan diri awak untuk selamatkan budak tu? Tapi kenapa?" wajahnya penuh dengan kerisauan.

"Mian.." Hayoung memohon maaf. Matanya masih melihat ke arah Seungmin.

"Jangan pandang saya dengan muka kesian tu."

Kepalanya di turun melihat ke arah kasutnya. Hayoung membuat muncung sedepa.

"G-gwaenchana?" kepala tunduk untuk melihat wajah Hayoung.

Hayoung hanya mengangguk lemah. Seungmin mengeluh kecil. Tangannya teragak-agak hendak menyentuh Hayoung. Akhirnya dia lupakan saja niatnya.

"Balik dengan siapa? Jangan cakap awak balik sorang."

Kepala hayoung di anggukkan mengiakan kata Seungmin itu. Seungmin mengeluh.

"Bahaya lah! Dah jom! Saya hantar balik. Kaja." Seungmin mula berjalan dahulu.

Hayoung mengikut perlahan dari belakang. Seungmin berhenti jalan menunggu Hayoung berjalan ke arahnya.

"Tolonglah, jangan bahayakan diri awak lagi. Saya risau tahu tak." Seungmin memesan padanya sambil berjalan.

"Awak pun. Tak payah pukul orang lagi. Hyunmin tu kawan saya."

"Ya! Jangan kawan dengan budak bengap tu!"

"Kawan sekelas lah. Awak tak payah lah jadi kaki buli. Saya tak suka."

"Kalau saya nak pukul juga?"

"Saya pukul awak balik."

"Berani ke? Pukul lah."

Hayoung memukul lengan Seungmin tetapi tidak terlalu kuat. Seungmin hanya ketawakannya. Kawan-kawan Seungmin dari jauh memerhatikan sahaja gerak-geri mereka berdua.

"Wah! Jinjja!" Gyuhee kelihatan tidak percaya melihat apa yang berlaku di depan matanya.

"Patut lah dia suruh di blah. Rupanya bunga dia, beb." Sungho menggelengkan kepalanya yang masih melihat ke arah Seungmin dengan perempuan tadi.

"Aku ingatkan dia masih sukakan Chaeyoung. Cepat pula hati dia berubah." ujar Haejoon sambil tangannya di silangkan.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now