Bab 35

1.2K 182 2
                                    

Keadaan menjadi kucar-kacir apabila pendarahan keluar tidak henti di kepala Jaemin. Ruang Emergency Room (ER) itu di basahi dengan limpahan darah.

"Doktor Kim." panggil salah seorang Doktor pelatih apabila terlihat kelibat Doktor Kim masuk ke bilik ER.

"Apa yang berlaku?" soal Doktor Kim sambil melihat keadaan pesakit.

"Pendarahan teruk di kepala si mangsa." jelas Doktor pelatih itu.

Doktor Kim mengangguk tanda mengerti. Tiba-tiba dia terdiam apabila melihat wajah pesakit itu. Budak yang membawa Chaeyoung pergi darinya. Dia memejamkan matanya buat seketika lalu pusing.

"Doktor Kim?" Doktor pelatih itu hairan dengan kelakukan Doktor Kim.

Doktor Kim baru sahaja mahu melangkah, kut putih yang tersarung di badan terasa di tarik oleh seseorang. Perlahan dia pusing melihat pesakit itu semula. Matanya redup melihat ke arahnya seperti mahu memberitahu sesuatu.

Tolong selamatkan aku~

Doktor Kim masih berlawan dengan perasaan marahnya. Lama juga di merenung mata itu. Beberapa orang doktor pelatih melihat Doktor Kim dengan penuh tanda tanya.

"Apa nama pesakit ni?" tanya Doktor Kim yang teringin hendak ketahuinya.

"Na Jae Min." jawab doktor pelatih itu.

Terus dia memeriksa keadaan pesakit itu dan melihat tempat luka di kepala pesakit itu.

"Buat X-ray secepat mungkin." ujar Doktor Kim.

"Nae."

Mereka terus membawa katil itu bergerak menuju ke bilik X-ray. Doktor Kim melihat pesakit itu pergi sebelum dia melangkah pergi.

Aku akan buat yang terbaik untuk selamatkan kau.



Demi Chaeyoung~

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now