Bab 32

1.3K 177 6
                                    

Seungmin berjalan perlahan dengan tangannya membawa roti dan air mineral. Dia mengeluh kecil apabila melihat Chaeyoung tertidur di kerusi. Roti dan air mineral di letakkan di kerusi. 

"Ya! Kenapa kau perlu menangis untuk dia?" Seungmin bertanyakan pada Chaeyoung yang sudah lena.

"Aku... Macam mana dengan aku?" wajah Chaeyoung dia tenung.

"Hish! Kenapa lah aku bodoh sangat? Haa~" dia memarahi dirinya.

Seungmin berjalan ke arah bilik pesakit dan hanya berdiri di hadapan pintu. Dia memerhatikan Jaemin yang terbaring di katil masih tidak sedarkan diri.

"Kau.. bertuah dapat Chaeyoung." ujarnya yang sedikit kecewa.

"Haish! Kenapa bunyi macam sedih sangat?" Dia bertanya pada dirinya.

"Kenapa lah aku ada dekat sini lagi." di sekeliling tempat itu di perhatikan.

Jaemin di dalam bilik itu di perhatikan lagi sebelum melangkah pergi.























Seungmin berjalan seorang diri. Angin malam yang begitu dingin meniup ke arah wajahnya. Tiba-tiba perutnya berbunyi minta di isi.

"Baegopa~ (Laparnya~)" Perutnya di pegang. Mana tidaknya dari pagi hingga ke malam. Dia langsung tidak menyentuh makanan kerana risaukan keadaan Chaeyoung yang tidak henti menangis.

Seungmin berjalan menuju ke kedai makan yang berdekat di kawasan itu. Dia terlihat sosok tubuh seorang pelajar perempuan sedang membantu nenek tua membawa barang.

"Aigoya~ Susahkan kamu saja." 

"Aniyo~ Gwaenchanayo~" Hayoung tersenyum manis pada nenek itu.

Seungmin mula berhenti berjalan sebaik sahaja terlihat wajah Hayoung. Senyuman manis itu dia mula tertarik.

"Kamu anak yang baik. Gomawota! (Terima kasih!)" puji nenek itu.

"Aniyo~ Halmeonhi." Hayoung tersenyum dengan usikan nenek itu.

"Nah! Ambil ni." Nenek itu memberikan sesuatu pada Hayoung.

"Anniyo halmeonhi. Gwaenchanayo. Ini halmeonhi punya. Halmeonhi simpan." Ahyoung menolak memberian itu.

"Ai~ Ambil saja je. Ini untuk tanda terima kasih kerana dah tolong saya." Nenek itu menolak barang itu ke tangan Hayoung.

"Kamsahamnida~" Hayoung mengucap terima kasih pada nenek itu dengan senyuman di bibir.

Hayoung terpandang wajah seseorang yang berdiri tidak jauh dari tempat itu. Seungmin yang tiba rasa terkejut terus meninggalkan tempat itu tanpa memandang wajah Hayoung.

"Seungmin?" 

"Kenapa dengan dia?" Hayoung sedikit hairan dengan kelakukan Seungmin itu.

Seungmin jalan dengan laju. Dia mahu lari dari pandangan Hayoung. Entah tiba-tiba sahaja dia menjadi malu. Langkahnya di berhentikan apabila sudah jauh ke depan.

"Kenapa dengan aku ni?" soalnya hairan.

"Kenapa aku.. Kenapa aku lari dari dia? Kau bukan sukakan budak tu. Kenapa kau nak lari pulak?"

"Kau ni dah gila Seungmin. Kau ni dah gila." Kakinya terus berjalan. Dia sedikit hairan dengan dirinya sendiri yang tiba-tiba berkelakuan aneh.
















Tubuhnya di henyakkan di atas tilam. Seungmin mula mengelamun. Dia mula teringatkan kejadian tadi.

"Aniyo~ Gwaenchanayo~"  gadis itu tersenyum manis pada nenek itu.

Seungmin langsung bangun dari pembaringannya.

"Kau gila ke?" Seungmin menyoal pada dirinya.

Dia mula terbayangkan wajah gadis itu dengan senyuman dibibir. Pipinya terus di tampar kuat apabila terbayangkan wajah gadis itu.

"Ish! Kenapa dengan aku ni?" marah Seungmin pada dirinya.

Senyuman gadis itu di bayangkan lagi.

"Ahh!! Jinjja! Memang sah aku dah gila!"

"Tapi.. Comel juga dia." dia tersenyum malu.

"Ahh! Andwae! Chaeyoung! Chaeyoung! Kau sukakan Chaeyoung. Bukan dia. Andwae!" cepat-cepat dia menyedarkan dirinya.

Dia terbayang lagi wajah gadis itu tersenyum manis. Tiba-tiba dia jadi malu-malu kucing.

"Ah~ Kenapa kau ni comel sangat." Seungmin memukul bantal di sebelahnya.

Seungmin mula meletakkan kepalanya di bantal dan terbayangkan lagi wajah gadis itu. Dia ketawa malu-malu.

"Kenapa lah kau ni comel sangat!? AHHHH!!!!!" Seungmin terus menjerit melepaskan tekanannya.

'DIAM SIKIT BOLEH TAK!? ORANG NAK TIDUR NI!!' suara jirannya memarahinya.

Hilang terus mood Seungmin. Penumbuknya terus di naikkan. Rasa nak tumbuk pula jirannya itu. Ganggu orang nak rasa bahagia saja.

"Ok! Esok kita jumpa lagi! Aku tahu kau sekolah sama dengan aku! FIGHTINGG!!!" ujar Seungmin dengan bersemangat.

'DIAMLAH BODOHH!!' jerit jirannya lagi.

"Haish~" Seungmin mengeluh.

"ARAYO (AKU TAHU LAH)~" dia menjerit membalas kata jirannya itu.

Dia mula tersenyum mengingatkan wajah gadis. Dia seperti tidak sabar hendak menjumpa gadis itu esok hari.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now