Bab 27

1.2K 181 4
                                    

"Sebab aku sayangkan kau..." matanya redup melihat ke arah Chaeyoung. Dia tahu pasti gadis itu terkejut tapi dia harus luahkannya juga.

"Maaf... Sebab buat awak terkejut. Saya tak nak kehilangan kamu..."

"Saya tak nak. Disebabkan mereka kita terpisah.."

"Tapi mereka semua kawan aku... Kau tak ada kena mengena dengan mereka." dia masih lagi mempertahankan rakan.

"Kalau kau dah berbaik dengan mereka... Aku?! Macam mana dengan aku?! Senang susah kau... selalu cari aku.. Masa kau sakit, minta pertolongan aku.. Aku bantu kau. Sampai aku tak sedar yang aku sudah mula sukakan kau..."

Chaeyoung hanya diam seketika. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Lagipun hatinya tidak menyukai lelaki yang berada di hadapannya ini.

Tiba-tiba Doktor Sihyun memandnagnya dengan pandangan tajam. Chaeyoung tidak rasa nyaman degan pandangan yang mengerikan itu.

"Aku tak nak kau berkawan dengan budak-budak tu!!!" Wajah Chaeyoung di renung tajam.

"Kenapa pulak?" tanya Chaeyoung dengan nada sedikit tinggi.

"AKU TAK MAHU KAU TERSEKSA LAGI SEKALIII!!!!" 

Sergahan Doktor Sihyun itu mengejutkan Chaeyoung. Dia tiba-tiba menjadi takut dengannya. Sebelum tak pernah dia melihat lelaki itu menyergahnya sebegitu. Doktor Sihyun kelihatan begitu marah. 

Tangannya terus mencari sesuatu. Habis semua laci dan barang bersepah di selerakkan. Apabila dapat menjumpainya, botol yang berisi cecair itu di ambil. Picagari yang berada di dalam talam kecil itu di ambil langsung mencucuk cecair itu.

"Kau nak buat apa dengan benda tu?" Chaeyoung cuba memberanikan dirinya untuk bertanya.

Doktor Sihyun pusing dan mendekati gadis itu. Chaeyoung mengundur selangkah kerana takut dengan experasi muka doktor itu yang menakutkan.

"Aku terpaksa buat ni... Aku tak kehilangan kau." dia mendekati dengan perlahan.

"Kau nak buat apa?" Chaeyoung melangkah ke belakang dengan perlahan. Air matanya sudah mula bergenang.

"Ini mungkin buat awak rasa sakit. Tapi ia sekejap saja." tangan kirinya terus menangkap Chaeyoung dan memeluknya supaya tidak telepas.

"KAU NAK BUAT APA HAA!!?? LEPASLAHH!!" Chaeyoung meronta-ronta meminta untuk di lepaskan. Dia sangat takut saat itu.

"Aku terpaska suntik kau ubat ni. Aku nak kau lupakan semua orang dan cuma ingat aku seorang."

Chaeyoung masih bergelut dengan lelaki itu. Kalau menjerit sekalipun, pasti tak ada orang pun hendak membantunya seperti dulu. Dia hanya mampu menangis sahaja.






















Badan Doktor Sihyun di tendang oleh seseorang. Dia langsung melepaskan Chaeyoung dengan memegang tubuhnya yang terasa sakit.

Tangisan Chaeyoung terhenti. Dia sedikit terkejut melihat keadaan Doktor Sihyun itu. Jaemin berpusing unuk melihat Chaeyoung.

"Gwaenchana?" tanya Jaemin yang berjalan perlahan mendekatinya.

Dia tidak menjawab pertanyaan Jaemin itu. Malah dia terus menangis kerana gembira melihat Jaemin berada di situ. Kalau tiada dia, pasti terjadi sesuatu pada dirinya. Chaeyoung terus memeluk Jaemin dan menangis sepuas-puas di dada lelalki itu.

"Kau.." doktor Sihyun bangun perlahan dengan menahan sakitnya.

Jaemin memandangnya tajam.

"Aku benci kau."

"Aku kesah apa?" Matanya masih tidak teralih dari merenung tajam.

Matanya mula turun di pinggang Chaeyoung. Tangan kiri Jaemin sudah berada di pinggang gadis itu. Doktor Sihyun seolah mengerti sesuatu. Experasi mukanya juga sudah dapat di bacanya.

"Aku tak nak kau sakitkan Chaeyoung untuk ikut semua kemahuan kau!" 

"Pergi balik."

"Huh?!" Jaemin tidak mengerti apa yang cuba di maksudkan oleh doktor itu.

"AKU KATA PERGI BALIK LAHH!!!" Tengking Doktor Sihyun itu.

Jaemin merenung tajam sebelum membawa Chaeyoung pergi dari tempat itu. Apabila pintu bilik itu sudah di tutup. Keadaan menjadi sunyi kembali.

Barang di sekelilingnya di tendang dengan sekuat hatinya melepaskan amarahnya.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now