Bab 2

2.4K 283 4
                                    

Hayoung mengetap bibirnya apabila mengingatkan kembali apa yang berlalu tadi. Rasa sebersalah menyerang seluruh tubuhnya. Tak baik pula dia biarkan Chaeyoung begitu.

Dia memandang Misoo di sebelahnya. Misoo kelihatan begitu fokus semasa gurunya mengajar lalu memandang pula dua orang kawannya yang duduk di hadapan.

"Misoo.. Aku rasakan. Kita tak baik lah buat Chaeyoung macam tu."

"Haish! Biar jela! Tak payah nak fikir pasal dia boleh tak?!" Misoo yang dikenali dengan perangai panas baran memarahi Hayoung.

Misoo tidak suka di ganggu lagi-lagi kalau waktu belajar. Paling dia tidak suka jika ada orang mengganggunya saat dia tengah memberikan tumpuan.

Hayoung mengeluh kecil. Tak boleh nak buat apa sekarang ni. Apa yang Chaeyoung tengah buat sekarang? Adakah dia masih berdiri diluar kelas?

Ahh! Mesti lah ye. Dia paling takut kalau cikgu memarahinya kalau ada buat salah atau melanggar peraturan sekolah.















Jaemin membuka pintu lalu keluar ke bumbung sekolah. Chaeyoung yang dari tadi takut hanya membuntuti Jaemin.

"Wahh!" mulutnya memuji kecantikan alam apabila sudah berada di situ.

"Cantiknya~" pujinya lagi.

"Kalau awak ada masalah ke.. Awak pergi dekat atas ni. Kalau awak tengok pemandangan ni, pasti semua masalah awak akan hilang." jelas Jaemin.

Mulut Chaeyoung ternganga apabila mendengar Jaemin berkata. Dia mula berhirup udara yang segar. Betul cakap Jaemin. Semua yang masalah dia fikir tadi semua hilang.

"Macam mana?" tanya Jaemin.

"Saya ok sekarang. Semua yang berlaku tadi, saya boleh lupakan. Ah~! Gomawoyo~" ujarnya dengan begitu gembira.

Jaemin hanya membalasnya dengan senyuman. Chaeyoung begitu selesa dengan Jaemin. Dia layan Chaeyoung begitu baik. Selalu memberi kata semangat jika dia rasa sedih.

Sebab Jaemin la, dia sentiasa tersenyum hingga ke saat ini. Kalau tiada Jaemin, tak tahu lah dia hendak meluahkan rasa sedihnya. Dihadapan kawannya, dia tak mahu tunjukkan kesedihan yang dia alami. Dia tak mahu kawannya risau tentangnya.

Jaemin membuang pandangan melihat kecantikan alam. Chaeyoung dari tadi hanya memerhatikan gerak-gerinya. Wajahnya kelihatan tenang sahaja.  Tetapi Chaeyoung pasti, mesti ada sesuatu perkara yang dia cuba sembunyikan darinya.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now