Bab 10

1.6K 217 3
                                    

Doktor Kim masuk ke bilik pesakit untuk memeriksa keadaan Chaeyoung. Peralatan yang berada di sisi katil Chaeyoung turut di periksa. Doktor Kim memandang wajah Chaeyoung sebelum dia meninggalkan tempat itu.

Jari kelilingnya di pegang oleh seseorang. Berkerut dahinya penuh tanda tanya. Takkan lah pesakit tadi sudah bangun? Perlahan-lahan Doktor Kim berpusing melihat ke arah pesakit itu.

Air mata yang mengalir di pipi gadis itu mengejutkannya. Dia menangis? Bantuan pernafasan itu di cabut.

"Doktor~ tolong saya." kedengaran suara Chaeyoung tersekat-sekat.

"Ya. Chaeyoung ada sakit di mana-mana?" tanya Doktor Kim dengan perihatin sekali.

"Tolong buat saya hilang ingatan." pinta Chaeyoung.

Terkejut dia apabila mendengar permintaan Chaeyoung itu. Tidak pernah seumur hidupnya  jumpa pesakit yang mahukan ingatannya hilang.

"Jebal~ Doktor~" Air matanya mengalir deras.

"Saya.. Saya tak boleh buat macam tu." sebersalah Doktor Kim itu. Dia tidak boleh menuruti permintaannya.

"Kalau macam tu.. Doktor bunuh saya!"

"Apa?! Tak. Tak boleh. Saya tak boleh buat begitu." Dia menolak lagi permintaan Chaeyoung itu.

"Kalau doktor tak boleh bantu saya. Baik saya pergi bunuh diri." Chaeyoung terus bangun dari pembaringannya. Dia membuka wayar yang melekat di tangannya.

Tak keruan Doktor Kim. Makin runsing di buatnya. Cepat-cepat Doktor Kim itu menghalang Chaeyoung.

"Kenapa tuhan masih bagi saya hidup! Kenapa tuhan tak ambil nyawa saya! Lepas! Biar saya mati! BIARKAN SAYA MATII!!" Chaeyoung sudah tidak dapat kawal dirinya. Hati yang hancur tak dapat di cantumkan semula.

"Tak! Awak kena hidup! Tuhan bagi peluang untuk betulkan apa yang salah." Doktor Kim cuba untuk positifkan Chaeyoung.

"Lepas! Aku tak mahu! Aku benci tengok mereka semua! Aku tak mahu hidup lagi! LEPAS LAH!!" Chaeyoung menangis sambil itu cuba lepaskan diri dari pelukkan Doktor Kim.

Doktor Kim hilang akal. Buntu. Pujukkannya tidak berjaya. Apa yang harus dia lakukan untuk menaikkan semula semangat gadis itu.




















Ibu bapa Chaeyoung kelihatan tidak duduk diam. Mereka hanya berdiri tunggu di hadapan bilik itu. Jaemin dan Youngho hanya duduk di kerusi dan menunggu kehadiran Doktor Kim. Doktor Kim keluar bilik pesakit itu. Laju sahaja Ibu Chaeyoung mendapatkan Doktor Kim itu.

"Doktor. Macam mana dengan dia? Dia tak apa-apakan" risau benar Ibunya.

"Saya ada berita baik dan berita buruk."

"Apa berita baiknya?" tanya Ibu Chaeyoung yang kelihatan tidak sabar hendak mengetahuinya.

"Berita baiknya. Dia sudah sedarkan diri."

Semua kelihatan begitu leganya dengan berita yang di sampaikan. Youngho melihat wajah Doktor Kim. Ada sedikit kegelisahan di wajahnya.

"Apa berita buruknya?" tanya Youngho denga nada yang serius.

Tak sanggup hendak Doktor Kim sampaikan. Takut mereka kecewa dengan berita yang bakal disampaikan. Dia tersenyum kelat.

"Maafkan saya. Anak Tuan dan Puan mengalami Amnesia Anterograde."

"Apa awak cakap?! Awak kata anak saya tak apa-apa. Kenapa sekarang awak cakap anak saya hilang ingatan?" terkejut Ibu Chaeyoung apabila mendapat berita itu.

"Yoonha. Bawa bertenang. Dengar dulu apa doktor nak katakan." Ayah Chaeyoung cuba menenangkan isterinya.

"Chaeyoung masih boleh mengingati ahli keluarganya dan dia hanya dapat mengingat peristiwa masa lalu dan peristiwa yang baru berlaku dia tidak dapat mengingatnya. Tetapi Tuan dan Puan jangan risau. Ingatannya akan pulih jika selalu datang membuat pemeriksaan doktor." jelas Doktor Kim dengan terperinci.

Ibu Chaeyoung sudah mula menangis. Dia tidak boleh terima hakikat yang anaknya hilang ingatan. Dia mahu anaknya sihat sepenuhnya apabila keluar hospital nanti.

Jaemin hanya mendiamkan diri mendengar Ibu Chaeyoung menangis. Youngho sudah bercekak pinggang menahan marahnya. Dia tak boleh maafkan sesiapa yang buat adiknya terluka dan dia akan saman orang yang telah melanggar Chaeyoung.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now