Bab 31

1.2K 180 16
                                    

Chaeyoung berasa hairan apabila melihat semua masih berbisikkan sesuatu. Reaksi muka mereka juga terkejut mendengar sesuatu berita.

Hmm.. Nak kata rumor pasal aku.. Rasanya dah basi. Apa yang diorang cakapkan?

Dia terus memasang telinga sambil berjalan menuju ke kelas. Teringin dia hendak mengetahuinya.

"Wey! Korang tahu tak!? Jaemin.. Korang kenal kan dia?"

"Kenal. Na Jae Min kan?"

Jaemin~? Kenapa dengan dia?

Berkerut dahi Chaeyoung memikirkan mengenai Jaemin. Sehari dia tidak lihat kelibat kawannya itu. Ke mana dia menghilang?

"Haah!"

"Kenapa dengan dia? Kau ni buat suspend je la."

"Ish! Aku nampak dia kena langgar dengan kereta tadi."

"Huh!?  BETUL KE???"

Terhenti langkah Chaeyoung. Dia terlalu terkejut mendengar berita itu.

"Betul! Aku sendiri nampak. Sekarang ni dia masuk ICU."

"Teruk sangat ke dia?"

"Teruk~ Ish. Kalau kau tengok, memang tak tidur malam nanti."

Telefon bimbit yang berada di tangan Chaeyoung terlepas dari genggamannya. Semua yang berada di laluan ke kelas itu melihatnya dengan hairan. Mereka terkejut dengan bunyi jatuh itu.

"Jaemin." air matanya mula mengalir.

Kakinya terus berlari keluar dari sekolah. Dia sudah pedulikan orang di sekelilingnya. Yang di hanya memikirkan keadaan Jaemin sekrang.

"Chaeyoung! Telefon kau!" panggil salah seorang pelajar tersebut.

Telefon bimbit yang berada di tangan pelajar itu di ambil oleh seseorang. Langsung dia toleh untuk melihat orang itu.

"Biar aku uruskannya." ujar Seungmin langsung mengikut langkah Chaeyoung dari belakang.

"Uhh.." pelajar itu menggarukan kepalanya.

"Macam mana ni?"

"Harap Jaemin tak apa-apa."

"Nae."

Mereka berjalan perlahan menuju ke kelas masing-masing.































Chaeyoung menangis sambil berlari meninggalkan sekolah. Dia risaukan keadaan jaemin sekarang. Air mata yang mengkabur pandangannya.

BEPP!!!

Bunyi hon motor mengejutkannya.

"Woi! Buta ke!?" marah seorang pak cik tua itu.

"Jeongseonghamnida~! Jeongseonghamnida~!" Chaeyoung memohon maaf dan terus berlalu pergi.

"Jaemin~"

Hanya Jaemin yang bermain di fikirannya. Pak Cik yang memarahinya itu dia buat tidak endah. Sampai sahaja di hospital, dia terus berlari ke arah kaunter pertanyaan untuk menanyakan pesakit bernama Jaemin. Apabila dapat mengetahuinya, dia langsung berlari mencari wad ICU tersebut.

"Jaemin-a!" jerit Chaeyoung apabila tiba di ruang ICU.

"Maaf, adik tak boleh buat bising di ruang ini." tegur seorang nurse yang berada di situ.

"Nurse. Saya nak masuk tengok kawan saya." pintanya yang masih menangis.

"Maafkan saya. Keadaan pesakit tidak stabil lagi. Adik tidak di benarkan masuk sehingga keadaan pesakit betul-betul stabil."

"T-takk~!"

"Jaemin... JAEMINNN!!! JAEMINAAA!!!" 

Nurse yang berada di situ terpaksa memeluk Chaeyoung menahannya daripada masuk wad ICU itu. Air matanya tidak henti mengalir. Dia masih menjerit memanggil nama Jaemin.

"Adik. Adik bawa bertenang cik." Nurse itu cuba menenangkannya.

"LEPASLAHH!!! JAEEMINNN!!! NA JAE MINN!!!"

Seungmin yang melihat dari jauh menghela nafasnya. Air matanya di tahan daripada mengalir. Dia mendekati Chaeyoung dengan perlahan. Nurse itu melepaskan Chaeyoung apabila ternampak kelibat Seungmin dekat gadis itu.

"Chaeyoung~" panggil Seungmin yang sudah memegang bahu gadis itu.

Chaeyoung tidak menjawab panggil Seungmin itu. Dia masih lagi menangis.

"SEO CHAE YOUNG!" nadanya sudah mula meninggi.

"Saya... Saya tak nak dia mati. Apa yang saya harus buat? Macam mana~" Chaeyoung melihat wajah Seungmin. Air matanya mengalir deras di pipi.

"Macam mana? Saya tak nak jaemin mati!" Chaeyoung menyambung tangisnya.

Seungmin memeluk Chaeyoung lalu mengusap belakang Chaeyoung untuk menenangkannya.

"Tak. Dia takkan mati. Gwaenchana."

"Uljima~ (Jangan menangis~)"

Chaeyoung menangis teresak-esak dalam pelukkan Seungmin. Dia tak mahu kehilangan kawan baiknya itu. Dia tak mahu. Hidupnya akan sunyi tanpa kehadiran Jaemin di sisi.


*Music background, Jun (U-Kiss/UNB) - Because It's You.*

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now