Bab 4

2.1K 250 7
                                    

Chaeyoung berjalan dengan begitu riang dan membuat jenaka dengan aksinya yang comel. Rakannya hanya tersenyum melihat telatahnya yang mengusik hati.

"Oh? Dah sampai perhentian bas." ujar Sunhye apabila tiba di perhentian bas.

"Annyeong Chaeyoung~" Hayoung dan Aera saja mengusiknya lalu melambai tangan.

"Ani~" wajahnya yang ceria terus hilang. 

"Ala~ Esok jumpa lagi. Macam kita tak dapat jumpa sampai bila-bila." Sunhye cuba menyedapkan hatinya

"Nae." jawabnya lemah. Tetapi wajahnya di buat nampak ceria.

"Annyeong! Chalga~" Sunhye, Hayoung dan Aera sudah naik ke dalam bas.

Chaeyoung tersenyum lalu melambai ke arah mereka. Misoo pula dari balik sekolah lagi sudah menghilangkan diri. Semenjak akhir-akhir ni, Misoo selalu tiada jika mahu balik bersama. Selalunya Misoo lah penemannya balik ke rumah, cuma laluan hendak ke rumah Chaeyoung jauh dari rumah Misoo. Mungkin dia sibuk dengan kelas tambahan. Maklumat lah, peperiksaan semakin hampir.

Batu kecil berapa di jalan di sepak. Bosan. Apabila semua rakannya sudah pulang, dia rasa sunyi. Dia jadi dirinya yang seorang pendiam bukannya seorang periang. Chaeyoung yang petah bercakap di hadapan rakannya sebenarnya seorang pendiam.

"Balik sorang lagi ke?" tegur seseorang di sebelahnya.

Chaeyoung mengangkat kepalanya untuk melihat pemilik suara itu. Kelihatan Jaemin sedang memandang ke hadapan.

"Nae." jawabnya lemah.

"Dah berapa minggu Misoo tak balik dengan awak?" tanya Jaemin yang hanya memandang ke hadapan.

"Nak dekat sebulan."

"Awak gaduh dengan dia ke?" tanya Jaemin yang sudah semakin hairan.

Laju sahaja Chaeyoung menggelengkan kepalanya.

"Ani."

Itulah dirinya sebenarnya. Tanya panjang lebar. Hanya satu atau dua ayat yang di balas. Masam mencuka wajah Chaeyoung sekarang. Senyuman dibibir terus hilang. Jaemin perasan riak wajah Chaeyoung sudah berubah.

"Awak nak saya bawa pergi mana-mana tak?" tanya Jaemin yang sudah jalan mengundur memandang ke arahnya.

"Tak nak."

"Hmm.. Saya ada satu tempat yang best." Jaemin cuba menarik perhatiannya.

"Tempat apa?" tanya Chaeyoung yang ingin tahu.

"Jom!" ajak Jaemin lalu terus menarik tangan Chaeyoung mengikutinya.

"Ya~ Jalan perlahan-lahan la."

Jaemin hanya tersenyum. Dia buat tak endah dengan kata Chaeyoung itu. Orang lain melihat mereka berdua pasti ingat mereka pasangan kekasih. Padahal mereka adalah kawan.



















"Tada!" Jaemin menunjukkan sebuah taman permainan padanya.

Muncung sahaja Chaeyoung apabila melihat tempat yang Jaemin bawa untuknya. Aku bukan budak kecil hendak bermain di taman permainan.

"Macam mana?" tanya Jaemin.

"Tak menarik langsung." jujur dari hati Chaeyoung. Ini memang bukan tempat untuk dia bersuka-ria.

"Ok. Ni." Jaemin terus berjalan menuju ke penunggang spring.

Jaemin menunggang kuda spring itu lalu menjerit dengan nada tidak bersemangat. Chaeyoung ketawa dengan telatah Jaemin itu. Dia pun turut sama mengikuti Jaemin dan ketawa bersama. Jaemin tahu sahaja hendak menghiburkan hati Chaeyoung.

Mereka terus pergi bermain di gelosor. Mereka tidak endahkan orang yang lalu-lalang di situ. Tempat mereka bermain di taman permainan khas untuk kanak-kanak sahaja. Tapi, apa mereka kesah. Janji hati senang.

















"Ah! Jinjja~" Chaeyoung masih tergelak mengingatkan perkara tadi. Rasa malu pun ada juga. Tetapi rasa kesedihan dia terus hilang bila Jaemin ada.

"Macam mana? Best?" tanya Jaemin.

"Nae. Best sangat-sangat. Gomawo Jaemin-a."

Jaemin hanya tersenyum manis. Mereka berjalan pulang ke rumah. Chaeyoung yang hanya mendiam diri itu mulutnya riuh-rendah menceritakan perkara yang berlaku di taman permainan. Lucu pun ada.

"Chaeyoung-a" panggil seseorang mematikan perbualan mereka.

"Ouh? Oppa!" Chaeyoung terkejut saat melihat abang sulung keluar dari kereta.

Jaemin yang terlihat abang Chaeyoung langsung menunduk hormat. Chaeyoung berlari untuk mendapatkan abangnya.

"Oppa. Bila Oppa sampai?" tanya Chaeyoung yang kelihatan begitu ceria apabila melihat abangnya pulang.

"Baru je. Siapa tu?" tanyanya apabila melihat seseorang di belakang Chaeyoung.

"Ouh? Ini Jaemin." Chaeyoung memperkenalkan Jaemin pada abangnya.

"Boyfriend?" tekanya.

"Ani. Chingu (kawan)."

"Chingu?" soal abangnya semula seperti tidak percaya dengan kata adiknya itu.

"Ah. Annyeonghaseyo." Jaemin memberi salam dan tunduk hormat apabila abang Chaeyoung memandang ke arahnya.

"Johnny." abang Chaeyoung menghulur tangan salam perkenalan.

"Ah~ Jaemin." Jaemin menyambut salaman itu.

"Johnny? Ani! Youngho. Seo Young Ho. Awak boleh panggil dia Youngho hyung." jelas Chaeyoung. Dia tak mahu kawannya memanggil abangnya dengan nama Johnny.

"Ani. Johnny. Johnny hyung." abangnya membetulkan balik kata Chaeyoung itu.

"Aniyo! Youngho! Youngho! Ah! Kenapa Oppa suka guna nama Johnny? Nama Oppa kan Youngho. Mentanglah duduk kerja dekat Chicago. Nak tukar-tukar nama pulak." Chaeyoung sudah mula hendak berdebat dengan abangnya.

"Ya neo (kamu)!"

"Saya balik dulu. Chaeyoung, Hyung." Jaemin meminta diri.

"Ouh? Nae." jawab Chaeyoung yang hanya melihat Jaemin berlalu pergi.

"Annyeong~" sempat lagi Jaemin mengucap selamat tinggal padanya.

"Nae. Chalga~" Chaeyoung melambai tangan pada Jaemin.

Youngho hanya memerhatikan sahaja tingkah adiknya. Bukan main mesra lagi dia dengan budak lelaki tu. Budak lelaki tu pun satu, suka sangat senyum.

"Boyfriend la tu."

"Aniyo~! Dia kawan saya lah!" Chaeyoung begitu marah sekali jika abangnya mengatakan Jaemin adalah teman lelakinya.

"Ha~ ye lah. Mula-mula kawan, dah lama tu muncul la perasan suka. Budak tu pun, asyik tersenyum-senyum. Gila ke?!"

"Ish! Tak baik cakap Jaemin macam tu. Dia memang suka senyum la. Lain la Oppa tu suka buat lawak bodoh tak tentu pasal. Johnny la, One and Only la.." Chaeyoung terus masuk ke dalam rumah sambil itu mulutnya tidak henti membebel mengenai abangnya.

Baik dia tak payah balik, kalau asyik nak menyakitkan hati orang. Duduk je dekat Chicago tu sorang-sorang. Tak payah balik sini. Sampai bila-bila pun tak apa.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now