Bab 1

3.3K 302 8
                                    

Laju sahaja langkahnya berjalan. Takut terlambat masuk ke kelas. Entah kenapa pula pagi ini dia terlanjak tidur hingga pukul 7 pagi.

"Aaa~ Annyeonghaseyo!" Chaeyoung mengucap selamat pagi apabila tertembung beberapa guru yang lalu di situ.

Mereka hanya membalas dengan senyuman di bibir. Chaeyoung turut membalasnya dengan senyuman.

"Ahhh!! Dah lambat. Dah lambat." Chaeyoung terus berlari.

Lagi beberapa minit saja cikgunya akan masuk ke dalam kelas. Kalau dia berlengah-lengah, dia pasti akan di denda berdiri luar kelas.

"Akk!" Chaeyoung mengadu kesakitan.

"Aaa~ Mi-mianhae. Jeongmal mianhae.." tertunduk-tunduk Chaeyoung meminta maaf.

Aduh! Sudah lah datang lewat, boleh pula terlanggar orang. Cuai betul lah aku ni. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya melihat orang yang di langgar sebentar tadi.

"Oh? Jaemin-a~" Chaeyoung kelihatan sedikit terkejut melihat Jaemin yang masih berada di sini.

Jaemin hanya tersenyum melihatnya. Hmm.. Takkan dia pun lambat jugak macam aku?

"Ah! Mianhae~." ucap Chaeyoung lagi.

"Gwaenchanayo~"

"Awak pun lambat juga?" tanya Chaeyoung inginkan kepastian.

"Ahh~ nae." Jaemin menarik begnya ke hadapan.

Chaeyoung hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Sama la dengan aku lambat. Eh?! Kejap! Kelas! Oh tidak! Habis aku kena marah dengan cikgu nanti.

"Aaa~ Saya pergi dulu. Annyeong! Oh~ Jinjja!" Chaeyoung terus membuka langkah menuju ke kelas.

Jaemin hanya memerhatikannya dari jauh lalu tersenyum. Dia mula melangkah pergi ke arah kelasnya.























Cepat-cepat Chaeyoung berhenti lari. Takut terlajak ke kelas sebelah. Dia menarik nafas lalu menghembuskan semula. Dia cuba menenangkan hati yang tengah bercelaru. Perlahan-lahan pintu kelas itu di buka.

"Annyeong~!" ucap Chaeyoung dengan bersemangat dan ceria.

Semua orang mengalih pandangan ke arah Chaeyoung yang baru masuk ke kelas. Dengan wajah tenang gurunya memandang ke arahnya.

"Oh? Cikgu~ Cikgu hensem la hari ni~" dia memberikan puji kepada gurunya itu.

"Pergi berdiri diluar." tegas cikgunya.

"Ah nae?" tanya Chaeyoung dengan wajah comelnya.

"Pergi berdiri diluar." cikgu mengulang semula.

"Anniyo~" Chaeyoung mula memujuk cikgu dengan perangai manja.

"Ok! Saya janji! Saya tak datang lewat lagi. Janji!" ujarnya sambil mengangkat tangan tanda sumpah.

"Pergi berdiri diluar." ayat itu di ulang lagi.

"Ouh~ Jebal~ cikgu saya janji tak buat lagi." dia cuba lagi memujuk cikgunya.

"Pergi berdiri diluar!" makin tinggi suara cikgunya itu.

Ini membuatkan Chaeyoung terkejut dengan sergahan itu. Akhirnya, dia pasrah dengan keputusan cikgunya itu.

"N-nae." jawabnya lemah.

Dia memandang ke arah kawan-kawannya. Kenapa mereka tak mahu membantunya? Sekurang-kurangnya tolong lah selamatkan aku daripada berdiri diluar.

Semua rakan kelasnya mula membuka cerita mengenai dirinya. Wajahnya hanya masam mencuka berjalan keluar kelas. Pintu kelas di tutup dengan perlahan. Satu keluhan dilepaskan.

Kenapa mereka tak backup aku ye? Sebelum ni, mereka selalu pertahankan aku bila ada sesuatu terjadi. Tetapi kenapa sekarang tak sama macam dulu?

"Ah! Aniya! Tak baik fikir yang bukan-bukan. Merekakan kawan awak. Takkan mereka nak biarkan kawan dia macam ni. Mungkin ada sebabnya. Ia, mungkin ada sebabnya." dia cuba menyedapkan hatinya. Dia tak mahu berfikir yang bukan-bukan pasal kawannya.

"Best berdiri dekat luar?" teguran seseorang membuatkan lamunan Chaeyoung terhenti.

Jaemin kelihatan sedang berdiri di luar kelas. Nampaknya nasib dia sama dengan aku.

"Tak best pun." jawab Chaeyoung yang tidak bersemangat.

Chaeyoung membuat muncung sedepa. Lama juga dia harus berdiri luar hingga lah tamat waktu belajar.

Jaemin melihat tingkah Chaeyoung. Dia kelihatan tidak berdaya lagi untuk berdiri. Dia mendapat satu idea lalu berjalan ke arah Chaeyoung.

"Gaja! (Jom!)" ajak Jaemin.

"Nak pergi mana?" tanya Chaeyoung sambil itu melihat di sekeliling tempat itu.

"Bumbung sekolah."

"Tak nak lah. Saya takut kena marah lagi." Chaeyoung menolak mentah ajakkan Jaemin itu.

"Takkan awak nak berdiri dekat sini sampai tamat waktu belajar?" 

Lama juga Chaeyoung berfikir. Mestilah dia tak nak. Kaki pun rasa nak kebas asyik berdiri je. Jaemin tersenyum melihat Chaeyoung. Dia tahu Chaeyoung tak mahu berdiri lama di situ.

"Kaja!" ajak Jaemin yang sudah berjalan ke hadapan.

"Oh? Hmm.. Ottokhae? (Macam mana ni?) Ya~" perlahan dia mengikuti langkah Jaemin dari belakang.

Dia takut tertangkap dengan cikgu yang lain kalau nampak mereka berdua ponteng. Walaupun hakikatnya mereka di denda berdiri di luar kelas.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now