Bab 20

1.5K 202 6
                                    

"KAU LAGI!?" Seungmin terus bangun. Dia tidak suka kalau ada orang mengganggunya.

"Nae. WAEE!!??" tanya Jaemin dengan kasar.

Jaemin memandang Seungmin. Kelihatannya dia begitu marah pada lelaki itu yang cuba menganggu Chaeyoung lagi. Chaeyoung sedikit terkejut dengan kelakukan Jaemin sekarang. Dia nampak lain daripada yang lain. Seungmin merengus geram. Dia terus merentap kolar baju Jaemin. Mata Jaemin tidak henti memandang ke arah Seungmin. 

"Kalau kau berani nak belasah aku, belasah lah! Siapa takut dengan kau!" Jaemin mencabar Seungmin.

Seungmin sudah menaikkan penumbuknya untuk memukul Jaemin. Chaeyoung cepat-cepat menghalang mereka berdua. 

"Geumanhae~! (Hentikan~!)" Dia menarik tangan Seungmin untuk menyuruh berhenti.

Perlahan-lahan Seungmin melepaskan kolar baju Jaemin. Chaeyoung menolak sedikit tubuh Jaemin ke belakang. Jaemin memandang wajah Chaeyoung. Kenapa? Kenapa dia layan aku begitu baik? Kenapa sebelum ini... 

Chaeyoung mengangkat kepalanya. Jaemin meletakkan tangannya di atas kepala Chaeyoung. Chaeyoung sedikit terkejut dengan perbuatan Jaemin itu.

"Ya! Kenapa baik sangat dengan budak lemah tu!?" tanya Seungmin yang kelihatan tidak puas hati dengan layanan Chaeyoung pada Jaemin.

Chaeyoung terus memandang ke arah Seungmin dengan tajam.

"Sebab.... dia..." Chaeyoung tergagap sedikit. Dia tidak tahu hendak memberi alasan apa supaya lelaki itu tidak menganggunya lagi.

"Dia Boyfriend aku." 

Terkejut Seungmin dengan kata-kata Chaeyoung itu. Berkerut dahi Jaemin mendengar kata Chaeyoung sebentar tadi. Dia langsung tunduk untuk melihat Chaeyoung. Chaeyoung terus menarik baju Jaemin dengan berjengkitkan kakinya lalu mencium lembut di bibir lelaki itu. Jaemin kelihatan terkejut dengan tindakan Chaeyoung itu.

Ternganga mulut Seungmin dengan tindakan Chaeyoung itu. Dia begitu tidak percaya apa yang sedang berlaku sekarang. Chaeyoung terus meleraikan ciuman dan memandang ke arah Seungmin. 

"Puas hati!?" tanya Chaeyoung dan langsung berlalu pergi.

"Haish! Jinjja~" Seungmin memandang wajah Jaemin dengan marah. Dia terus berlalu pergi dengan melanggar bahu Jaemin. Dia kelihatan tidak puas hati dengan Jaemin. Konco-konco lelaki itu mahu memukul Jaemin tetapi mereka matikan niat mereka. Mereka hanya mengikut Seungmin dari belakang.

Jaemin masih mendiamkan diri. Dia tidak berkata sepatah pun. Masih terkejut dengan perkara yang baru berlaku tadi. Chaeyoung mengetuk kepalanya sendiri. Dia seperti hilang akal masa itu.

"Ahhh!!! jinjja~ Kenapa~! Kenapa kau pergi cium dia Chaeyoung-a~!!!" 

Chaeyoung seperti mahu menjerit kuat saat itu. Entah, tiba-tiba dia hilang akal hendak mencium Jaemin. 

"Pabo! Pabo! Pabo! (Bodoh!)" Chaeyoung mengetuk kepalanya lagi memarahi dirinya sendiri.



























Chaeyoung mengeluh kecil. Dari tadi wajahnya yang serius hanya memandang ke arah buku di hadapannya. Doktor Kim yang baru tiba di bilik itu tersenyum dengan gelagat Chaeyoung itu.

"Ya~" panggil Doktor Kim.

Chaeyoung hanya memandang ke arah Doktor Kim tanpa berkata apa-apa.

"Jebal useoyo (Tolong, senyum sikit)~ Buat macam biasa." 

"Aaahhhhh!!!!" Chaeyoung mengeluh panjang.

Matanya terus bersinar memandang ke arah Doktor Kim dan cuba membuat perangainya yang seperti dulu-dulu. Seorang yang periang.

"Annyeonghaseyo~ Je ireumeun Seo Chae Young imnida. Mannaseo pangapsumnida! (Hello~ Nama saya ialah Seo Chae Young. Nice to meet you!) Oh! Nae mameun soge Jeojang! ha! hahaha!" Chaeyoung rasa sedikit janggal.

"Ahh~ Jinjja! Nampak sangat kebudak-budakan! Patut lah mereka cakap aku ni terencat akal." dia mengeluh kecil lalu menggelengkan kepalanya.

Doktor Kim tersenyum.

"Memang itu perangai kamukan?" ujar Doktor Kim.

Tajam sahaja pandangan Chaeyoung. Dia tidak suka perkara lama di ungkit semula. Setahu dia, dia seorang kuat bukan orang lembik dan penakut.

"Jinjja! Aku benci perangai itu." Chaaeyoung menconteng buku yang kosong tadi.

Dari contengan itu, Doktor Kim dapat membacanya. Pasti fikiran Chaeyoung sedang bercelaru sekarang ini.

"Ada sesuatu buruk yang berlaku?" tanya Doktor Kim.

Chaeyoung mula berhenti menconteng. Doktor Kim dapat tahu saja yang dia di dalam masalah. Chaeyoung hanya mendiamkan diri. Malu pula hendak menceritakan perkara yang berlaku masa pulang sekolah tadi.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now