Bab 13

1.5K 212 6
                                    

Chaeyoung duduk termenung di luar tingkap. Dia berasa hairan kenapa ada orang yang mengaku rakan padanya. Padahal dia langsung tidak mempunyai rakan.

Pintu biliknya di buka oleh seseorang. Chaeyoung dapat mengagak pasti abangnya. Malas dia hendak menegur abangnya. Bunyi tapak kaki itu semakin hampir dengannya.

"Chaeyoung masih tak tidur lagi." tanya Youngho yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Tak." jawabnya tetapi masih memandang ke hadapan.

Youngho mengeluh kecil. Selalunya Chaeyoung kelihatan begitu teruja apabila dia masuk ke biliknya. Tetapi tidak selepas kemalangan itu.

"Oppa."

Youngho memandang adiknya di sebelah.

"Oppa kenal dengan empat orang perempuan yang sama kelas dengan Chaeyoung?" tanyanya. Gaya mahu mengetahui siapa mereka.

"Mereka kan.. Ka..kawan Chaeyoung." ujar Youngho yang tergagap untuk menyebut perkataan 'kawan' padanya.

Youngho perasan dengan riak wajah Chaeyoung sekarang. Wajahnya tenang sudah berubah serius. Dia kelihatan tidak suka menggelar mereka berempat sebagai rakannya.

"Sejak bila Chaeyoung jadi kawan mereka?" tanya Chaeyoung.

"Hmm.. Sejak kita pindah ke Seoul. Tapi setahu Oppa, yang Jaemin mula-mula jadi kawan Chaeyoung."

Chaeyoung memandang Youngho. Kelihatannya tertarik hendak mengetahui sejarah hidupnya yang langsung dia tidak ingat.

"Masa tu dah tengah malam.. Semua orang risau bila Chaeyoung tak balik dari sekolah. Oppa  sampai pusing satu taman perumahan cari Chaeyoung. Kami dah putus asa, hampir saja kami telefon polis untuk cari Chaeyoung. Tapi Chaeyoung balik dengan seorang lelaki iaitu Jaemin. Kami ingatkan Jaemin budak nakal. Bila dah kenal lama, Oppa baru tahu perangai dia macam mana. Sebab tu Oppa percayakan dia untuk tengokkan adik Oppa, bila Oppa dah balik Chicago." jelas Youngho yang panjang jela.

"Tapi.. Bila balik Seoul, Oppa boleh pula lupa Jaemin tu siapa? Tetapi dia tak kenal sangat Oppa." Youngho tersenyum mengingatkan kembali peristiwa dia bertemu Jaemin di di depan pagar rumah.

Tidak berkelip mata Chaeyoung melihat abangnya. Kenapa abangnya begitu percayakan budak itu. Youngho tersenyum.

"Chaeyoung. Ingat lah perlahan-lahan ya. Lama-lama ingat la tu. Oppa tak nak tengok Chaeyoung tertekan di sebabkan perkara ini." tentu sukar untuknya mengingatkan kembalikan ingatannya.

Chaeyoung hanya tersenyum. Dia mengerti apa yang abangnya nasihatkan. Memang dia mahu ingat semula. Tapi dia tidak suka kalau empat pelajar perempuan itu menjadi rakannya. Lagi-lagi bila dia di hina oleh pelajar yang panas baran tadi.


















Chaeyoung berjalan seorang diri untuk keluar bersenam di awal pagi. Entah mood pagi ini dia teringin hendak bersenam. Rasa macam sudah lama dia tidak bersenam.

Dia mula dengan senaman ringan sebelum mulakan berjogging. Dengan memakai earphone di telinga mendengar lagu ACE- Black and Blue.

Sedang asyik berjogging, ada seseorang terlanggarnya. Hampir terjatuh dibuatnya. Dia memandang tajam ke arah orang itu.

"Buta ke?!" marah lelaki itu.

Buta?! Kau yang buta langgar aku! Terasa panas pula pagi ini walaupun angin yang ditiup begitu sejuk. Pagi-pagi sudah ada orang yang mahu cari pasal dengannya.

"Kau lah buta! Bodoh punya orang!" Chaeyoung saja hendak menaikkan kemarahan lelaki itu.

"Mworago!?" lelaki itu berpatah berjalan mendekati Chaeyoung.

"Ye la. Bodoh! Orang bodoh je letak mata dekat lutut! Otak pulak letak dekat kaki!" begitu sinis katanya itu.

"Yah!"

"Apa?! Nak tarik rambut aku!? Nak pukul aku!? Buat la! Siapa takut dengan kau!"

Lelaki itu rasa tercabar dengan kata-kata Chaeyoung itu. Dia terus melayang penumbuk pada wajah gadis itu. Tetapi begitu tangkas Chaeyoung mengelak. Chaeyoung menangkap tangan lelaki itu lalu menumbang lelaki dengan sekelip mata.

Dia memijak di bahu lelaki itu dengan menarik tangan lelaki itu ke belakang. Lelaki itu mengadu kesakitan. Chaeyoung tersenyum sinis.

"Sakit?!" tanya Chaeyoung lalu menarik lagi tangan lelaki itu. Jerit lelaki itu mengadu kesakitan.

"Aku ada black belt. Jadi, jangan sesekali cari pasal dengan aku." sebelum dia melepaskan lelaki itu.

Jari telunjuk lelaki itu di benggokkan. Lelaki itu menjerit mengadu kesakitan. Hampir nak tercabut anak tekaknya menjerit. Chaeyoung melepaskan lelaki itu dengan senyuman sinis dibibir.

Lagu Black and Blue. Serentak lagu yang sesuai untuk aku belasah orang.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now