Bab 30

1.3K 163 2
                                    

"Hai~ Mana Chaeyoung ni?" matanya melilau mencari kelibat Chaeyoung. 

Selalunya pagi-pagi ini dia sudah berada di simpang jalan ini. Jaemin mencari lagi kelibat Chaeyoung. Wajahnya kelihatan sedikit gelisah.

"Ke.. Nak telefon Chaeyoung?" tangan mula menyeluk di poket seluar.

"Ish! Bukan kejutan lah kalau macam tu." dia mematikan niatnya untuk menelefon Chaeyoung.

Dia cuma mahu mengetahui keadaan Chaeyoung sekarang. Semalam sudah lah di hebohkan satu sekolah mengenai perkara Chaeyoung menipu soal hilang ingatan.

"Haish! Mesti dia tertekan. Dengan kawan-kawan dia lagi." Jaemin membebel seorang diri.

"Apa aku nak buat ye?" Dia memikirkan cara untuk menghiburkan hari Chaeyoung seperti mana dia pernah buat dulu. 

Asyik dia sibuk memikirkan perkara itu, dia tidak sedar yang dia sudah berjalan hingga di tengah jalan. Dia melintas tanpa melihat lampu isyarat penjalan kaki yang masih merah.

BEEPPPP!!!!

Bunyi hon mengejutkan Jaemin dari lamunan. Dia melihat di sekelilingnya. Dia betul-betul berada di tengah jalan. Kereta itu pun sudah semakin hampir.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now