Bab 43

1.2K 171 1
                                    

Botol soju di teguk beberapa kali. Pandangan di tasik menjadi tarikannya. Seungmin mula teringat perkara yang jadi sebentar tadi.

"Yeobo (Sayang)! Berapa kali saya cakap jangan main judi, jangan main judi!" Puan Yoo memarahi suaminya.

"Ah! Kau tahu apa!? Aku perlukan duit." Encik Yoo masuk tanpa mengendahkan isterinya. Botol soju yang berada di genggamannya di teguk rakus.

"Kalau awak main sekali pun, ada awak menang? Ada!?"

"Haish! Kau yeoja mana tahu! Tepi!" Encik Yoo berjalan menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sofa.

Puan Yoo bercekak pinggang melihat suaminya itu. 

"Sudah tidak berkerja. Balik-balik main judi, minum arak! Balik-balik main judi, minum arak!" Puan Yoo membebel marahkan si suami.

"ISH! DIAM LAH KAU! MEMEKAK TAK HABIS-HABIS!!" tengking Encik Yoo.

Seungmin yang berada dalam bilik pun mendengar perbualan ibu bapanya. Perlahan pintu biliknya di buka. Malas hendak duduk di dalam rumah itu lama-lama.

"Ya Seungmin!" Panggil Encik Yoo apabila ternampak kelibat Seungmin melalui ruang tamu itu.

Seungmin mengeluh dan berpaling ke arah ayahnya.

"Kau ada duit?"

"Ya!" marah Puan Yoo. Geramnya apabila suaminya meminta duit dari anaknya.

Seungmin tidak banyak bicara dan langsung memberikan sedikit wang pada ayahnya. Encik Yoo mengira wang tersebut. Kelihatan wajahnya seperti tidak berpuas hati.

"TAK CUKUP! AKU NAK LAGI!"

"YA! SUDAH LAH! JANGAN AMBIL DUIT DARI ANAK KITA!!"

"KAU DIAMLAHHH!!! CEPATLAH AKU NAK DUIT!! BAGI AKU DUITT!!" tengking Encik Yoo yang sudah tidak dapat mengawal amarahnya.

Naik turun nafasnya. Duit yang berada di poketnya di ambil dengan ganas lalu mencampak ke arah muka ayahnya.

"ITU DUIT!! AMBIL SEBANYAK MANA KAU NAK!!" hilang terus rasa hormatnya pada ayahnya sendiri.

"KURANG AJAR PUNYA BUDAKK!!" marah Encik Yoo apabila Seungmin bertindak sedemikian.

"SEUNGMIN!!!"

Dia langsung keluar menghiraukan panggil ayahnya. Lagi sakit hatinya berada di dalam rumah itu. Pintu di tutup dengan kuat dan langsung dia berlari meninggalkan tempat itu.





















Botol Soju di letakkan di atas bangku. Sekotak rokok yang baru di beli di keluarkan dari poket seluarnya. Seputung rokok di letakkan di bibir. Tangannya mencari pemetik api untuk di nyalakan.

Putung rokok yang berada di bibirnya di rampas oleh seseorang. Dia berpaling untuk melihat siapakah orangnya. Hayoung terus duduk di sebelahnya.

"Ya! Kenapa nak hisap benda ni?" soal Hayoung. Rokok yang di rampas di layangkan di mukanya.

Seungmin tidak berkata terus mengambil rokok dari tangan Hayoung. Cepat-cepat dia menyorok rokok itu daripada di ambil. 

Seungmin mengeluh dan biarkan sahaja di tangan Hayoung. Seputung rokok di ambil lagi dalam kotak rokok. Hayoung terus merampas kotak rokok itu dari tangan Seungmin.

"Ya!" marah Seungmin.

"Awak budak bawah umur. Tak sepatutnya hisap rokok dan tu. Minum arak. Semua ni~ Tak baik untuk kesihatan. Nanti awak sakit." Hayoung menasihatkannya.

Seungmin tersenyum sinis.

"Kalau aku sakit pun. Bukan ada orang kesah pun."

Wajah Seungmin di perhatikan. Ada riak sedih di balik wajahnya itu.

"Tapi... Saya risaukan awak kalau awak sakit. Tak ada orang nak kacau saya lagi."

Seungmin langsung berpaling memandang wajah Hayoung. 

"Mesti saya sunyi nanti." 

Wajah Hayoung lama di perhatikan. Sayunya mendengar kata-kata Hayoung itu.

Hayoung~

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now