Bab 9

1.6K 221 6
                                    

Lama juga Jaemin dan ahli keluarga Chaeyoung menunggu. Kerisauan yang melanda diri hanya tuhan saja tahu. Ibu Chaeyoung dari tadi tidak berhenti menangis dan puas juga ayahnya memujuk ibunya itu.

Kedengaran bunyi tapak kaki berlari ke arah mereka bertiga. Tercungap-cungap Youngho tidak cukup pernafasan. Jelas kerisauan di wajahnya.

"Macam mana keadaan Chaeyoung?" tanya Youngho.

Kedua ibu bapa Chaeyoung hanya membalas dengan gelengan kepala. Youngho memandang ke arah Jaemin. Jaemin dapat membaca dari riak wajah Youngho itu. Wajahnya penuh dengan tanda tanya.

Pintu kaca terbuka dengan sendiri. Kelihatan seorang doktor lelaki yang tingginya lebih kurang 180cm itu berjalan keluar. Ibu bapa Chaeyoung terus mendapat doktor itu untuk menanyakan keadaan anaknya.

"Doktor. Macam mana dengan keadaan anak saya?"

"Keadaan anak Puan dan Tuan baik-baik sahaja. Kecederaan di kepala tidak begitu teruk. Mungkin dalam dua tiga hari dia sudah boleh keluar." ujar Doktor itu dengan wajah tenang.

Mereka semua menghela nafas lega. Nasib tidak berlaku kecederaan yang teruk. Ibu Chaeyoung melihat nama yang tertera di kut putih doktor itu. 'Kim Si Hyun.'

"Kamsahabnida Doktor Kim! Kamsahabnida!" tertunduk-tunduk ibu Chaeyoung berterima kasih pada doktor.

"Aniyo~ Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja. Saya.. Minta diri dulu ya."

Sebelum pergi, doktor itu senyum lalu menundukkan sedikit kepalanya.

"Syukur la. Anak kita tak apa-apa."

Ibu Chaeyoung mengangguk mengiyakan kata suaminya. Jaemin memandang ke arah Youngho yang masih melihat ke arahnya seolah-olah mahukan jawapan darinya.






















Jaemin hanya melihat Chaeyoung pergi. Rakan-rakan Chaeyoung berlari keluar kelas. Wajah mereka kelihatan begitu risau dengan keberadaan Chaeyoung di situ.

"Apa yang terjadi?" tanya Jaemin pada mereka berempat.

"Aniyo~"

Mereka cuba untuk menipu. Tetapi wajah mereka tidak boleh tipu Jaemin.

"Jangan nak tipu. Apa yang korang buat dekat Chaeyoung?" tanya Jaemin yang suaranya masih berlembut.

"Kau apa hal! Nak menyibuk! Ini hal kami! Tak payah nak masuk campur!" tengking Misoo. Dia tidak suka cara Jaemin.

"Kau semua kena ingat! Sebelum korang jadi kawan Chaeyoung, aku lah orang pertama jadi kawan dia. Apa-apa hal yang berlaku pada dia, dia selalu mengadu dekat aku." Jaemin memandang mereka dengan wajah serius.

Mereka gelisah. Takut rahsia mereka terbongkar.

"Aku tak kisah pun kau ni kawan pertama ke terakhir ke? Aku peduli apa?! Kau nak Chaeyoung jadi kekasih kau pun tak apa!" berbisa betul kata Misoo itu.

Hayoung menarik tangan Misoo dari berkata yang bukan-bukan. Misoo merentap tangannya dengan kasar.

"Aku selalu perhatikan cara kau layan Chaeyoung. Kau ingat, cara kau layan dia tu.. Tak menyakitkan hati dia. Hm? Ini ke.. yang dinamakan kawan. Kawan.. hanya baik di depan."

Bibir bawah di ketap. Mereka sebersalah pada Chaeyoung. Misoo hanya memandang Jaemin dengan wajah yang tidak puas hati.

"Aku rasa Chaeyoung dah dengar perbualan kita." Hayoung mula bersuara.

"Hayoung-a~" terkejut Aera.

Kalau boleh, dia tak mahu Chaeyoung mengetahui perkara ini. Sunhye hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus di katakan. Wajah Misoo jelas tidak rasa takut dengan apa yang Hayoung kata.

"Kalau dia tahu. Apa salahnya?!" ujar Misoo dan terus berlalu pergi.

"Misoo-yah!" hampir terjerit Hayoung dengan Aera.

Terkejut dengan kata-kata Misoo itu. Dia nampak begitu benci pada Chaeyoung. Sunhye pun perlahan berjalan pergi mengikuti langkah Misoo. Hanya tinggal Hayoung dan Aera bersama Jaemin.

Mereka hanya mendiam tanpa berbicara. Dia tahu salah mereka. Jaemin hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Kalau kau berdua nak ikut perempuan tak guna tu. Silakan. Saya tak halang." kata Jaemin kelihatan memerli mereka berdua.

Mulut mereka seperti di kunci dengan mangga. Hanya diam seribu bahasa. Nampaknya Jaemin harus mencari Chaeyoung. Takut dia lari jauh dari sekolah.

[C] Fake LiarsWhere stories live. Discover now