BAB 1-HARI PERTAMA

789 28 0
                                    

LANGKAH diatur ke kelas. Syed Hamzah dan kakak kembarnya, Syarifah Izzati mengekori seorang guru penolong kanan HEM.

"Okey, ni kelas kamu!" kata Puan Maznah kepada pasangan kembar itu. "Tunggu dekat luar ya!"

"Baik, cikgu!" ucap pasangan itu.

Puan Maznah melangkah masuk ke dalam kelas. Pasangan kembar itu saling memandang.

"Luas juga sekolah ni, kan?" kata Syarifah Izzati bersahaja.

"Luas jugalah," balas Syed Hamzah acuh tak acuh.

"Okey, masuk!" pinta Puan Maznah kepada pasangan kembar itu.

Mereka berdua memasuki kelas 5 Fatonah, kelas kedua terbaik. Mereka mendekati guru yang sedang mengajar itu.

"Ustazah, saya pergi dulu ya," kata Puan Maznah kepada ustazah muda itu.

"Ya, baik!" balas ustazah muda itu.

Puan Maznah melangkah keluar dari kelas itu. Ustazah muda itu memandang pasangan kembar itu.

"Boleh bagitau nama kepada kawan yang lain?" kata ustazah tersebut, mesra.

Pasangan kembar itu memandang kelas.

"Assalamu'alaikum! Nama saya Syarifah Izzati binti Syed Zakaria. Ni pula adik kembar saya, Syed Hamzah bin Syed Zakaria," kata Syarifah Izzati, ceria.

"Oh, kembar!" kata ustazah itu terpegun.

Syarifah Izzati memandang ustazah muda itu. "Ya, ustazah!"

"Okey, sila duduk dekat situ!" Ustazah itu menunding jari ke arah dua tempat duduk yang kosong di depannya.

"Baik, ustazah!" kata Syarifah Izzati tersenyum.

Pasangan kembar itu melabuhkan punggung di tempat duduk mereka.

"Okey, kita sambung pelaja..." ujar ustazah muda itu belum habis kata.

Kriingg!!!!! Loceng sekolah berbunyi.

Ustazah mengeluh kecil, masih tersenyum. "Rehat pula. Okey, kelas! Kita..."

Serta-merta, satu kelas bergerak keluar dari kelas kecuali pasangan kembar itu. Kosong terus kelas itu. Syarifah Izzati menoleh ke belakang, melihat rakan sekelasnya tiada.

"Eh, mana dia orang pergi?!" kata Syarifah Izzati, bingung.

Syed Hamzah mengeluh. "Pergi kantinlah!"

"Dia orang selalu macam ni. Pantang dengar loceng waktu rehat dan loceng waktu balik," kata ustazah itu.

Pasangan kembar itu memandang ustazah muda itu.

"Tak apalah! Ustazah gerak dulu ya!" kata ustazah muda itu lagi.

Buku-buku latihan diangkat ustazah itu. Banyak juga buku. Berat usah ditanya.

"Hmm... biar saya tolong!" kata Syarifah Izzati, ikhlas.

Sebahagian buku latihan yang dipegang ustazah muda itu diambil Syarifah Izzati.

"Oh, terima kasih!" ucap ustazah itu tersenyum.

"Akak, Hamzah pergi kantin tau!" kata Syed Hamzah, dingin.

"Ah, ya. Ya," balas Syarifah Izzati.

Mereka bertiga melangkah keluar dari kelas itu, menuju ke hala tuju masing-masing. Syed Hamzah bergerak bersendirian ke kantin manakala Syarifah Izzati mengekori ustazah yang dari tadi tidak ketahui namanya itu ke bilik guru.

"Ustazah, ustazah nama siapa?" tanya Syarifah Izzati bersahaja.

"Oh, lupa pula nak bagitau! Nama ustazah, Nurul Fadzelin," kata Nurul Fadzelin, ustazah muda itu.

"Ustazah umur berapa?" soal Syarifah Izzati lagi.

"Cuba teka!" pinta Nurul Fadzelin, ceria.

"Hmm... mungkin dalam lingkungan 20-an, macam 22 tahun!" Syarifah Izzati meneka.

Nurul Fadzelin memetik jarinya. "Bingo!"

"Wah, tak pernah pun saya dapat cikgu semuda macam ni!" kata Syarifah Izzati kagum.

"Biasalah tu. Tapi, kan? Siapa nama kembar awak tu? Perangai dia memang macam tu ke?" kata Nurul Fadzelin.

"Nama dia Syed Hamzah. Adik saya memang macam tu perangai dia. Pendiam, dingin. Minta maaf ya kalau dia ada sakitkan hati ustazah."

"Eh, tak apa! Lagipun, ustazah suka dengan adik kamu, suka dengan satu kelas. Ceria, harmoni macam semua orang ada warna masing-masing. Lagipun, ustazah tak kahwin lagi."

"Tak kahwin lagikah? Manalah tahu ada jodoh nanti!" Syarifah Izzati tersenyum nakal.

"Ish, Syarifah ni! Macam-macamlah!"

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now