BAB 21-TAWARAN

199 13 11
                                    

SETELAH beberapa bulan berperang dengan kertas soalan SPM, akhirnya, keputusan SPM dikeluarkan. Syarifah Izzati begitu gembira sekali dengan keputusannya - 2A+ 4A 1A- 2B+ 1B (7A 3B).

"Hamzah macam mana result? Okey, tak?" kata Syarifah Izzati.

Syed Hamzah hanya berdiam dari tadi. Dia menundukkan pandangan sahaja. Slip keputusan SPM terlepas dari tangannya akibat ditiup angin tetapi sempat disambut Syarifah Izzati. Kembar itu melihat keputusan adiknya - 3A+ 4A 2A- 1B+ (9A 1B).

"Hmm... Nampak bagus. Tapi, kenapa Hamzah muram je ni?" Syarifah Izzati melihat wajah suram Syed Hamzah.

Syed Hamzah melangkah keluar dari kawasan sekolah. "Tak ada apalah!"

Syarifah Izzati terfikir sesuatu. "Ni mesti pasal ustazah."

⭐⭐⭐

LAGU K-pop dimainkan dari telefon. Fon telinga dipakainya. Sambil berjalan ke pejabat, Syed Hamzah menyanyi. Dia bersendirian. Jai sudah mati. Nurul Fadzelin pula telah pergi ke IPT. Anggota polis Bukit Aman melihat telatah polis muda itu bernyanyi. Syed Hamzah melangkah masuk ke dalam pejabatnya, meluru ke tempat duduknya lalu melabuhkan punggungnya.

Tiba-tiba, Inspektor Ayda Jebat meletakkan fail siasatan di atas meja Syed Hamzah, menarik pandangan lelaki itu. "Jangan lupa buat laporan semalam pasal kes seludup dadah di Cheras!"

"Baik, Inspektor!" kata Syed Hamzah mengambil fail tersebut.

"Sebenarnya, aku cemburu juga dekat kau."

"Apasal pula?" Syed Hamzah menjeling ke arah Inspektor Ayda Jebat yang sudah berkawan selama dua tahun itu.

"Yalah. Walaupun kita dah lama kenal dan pangkat kau lebih rendah daripada aku, kau lebih mahir daripada aku. Apasal bila chief nak naikkan pangkat kau, kau reject? Cuba cerita kenapa?"

"Aku bukan tak nak. Aku lebih suka kerja macam ni. Hidup undercover macam orang biasa. Aku buat kerja bagus semua tu bukan kerana pangkat."

"Hmm... yelah! Apapun, macam mana SPM result tadi? Okey, tak?" Wajah Inspektor Ayda Jebat bertukar senyum.

"Cukup-cukup makan je, akak oi!"

Bahu Syed Hamzah ditepuk.

"Okey, kerja elok-elok. Aku nak keluar ni," pesan Inspektor Ayda Jebat.

"Yalah. Kau pun sama. Hati-hati!" balas Syed Hamzah.

"Yelah!" Inspektor Ayda Jebat beredar dari situ.

⭐⭐⭐

BEBERAPA hari berlalu. Satu berita gembira datang ke telinga Syarifah Izzati.

"Yeaayyy!!!! Izzati dapat tawaran ke politeknik!!" kata Syarifah Izzati teruja setelah mengambil sepucuk surat dari peti surat.

"Politeknik mana tu?" tanya Puan Fatihah.

"POLIMAS (Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah) dekat Jitra, Kedah tu."

"Uishh, jauh ke utara tu, bang!"

"Kalau diorang cakap loghat Kedah, Izzati nak cakap apa nanti?" kata Syed Zakaria mengacah anaknya.

"Alaa, cek taulah nak cakap kat depa cena satgi!" ujar Syarifah Izzati menunjukkan bakat pertuturan dialek Kedah.

"Eh, bila masa Izzati belajar dialek Kedah ni?" tanya Syed Zakaria kebingungan.

"Hehe... Ustazah yang ajar Izzati sebelum ni. Ustazah kan asal orang Kedah? Tu yang minta dia ajar Izzati dialek Kedah sikit."

"Ermm... patutlah," kata Puan Fatihah.

"Habis tu, Izzati setuju nak pergi belajar dekat sana tu?" soal Syed Zakaria inginkan kepastian.

"Ya... ya..." Syarifah Izzati mengangguk dengan senyuman harapan.

Syed Hamzah yang dari tadi memerhatikan mereka dari tingkat terus melangkah masuk ke dalam bilik. Dia menghempaskan badan ke atas tilam. "Apasal Izzati dapat surat tawaran dah sedangkan SPM result aku lagi bagus dari dia? Haih, rezeki datang dari Tuhan derr!" Pasrah.

⭐⭐⭐

ENAM bulan berlalu hidup tanpa Syarifah Izzati. Syed Hamzah pula hanya sibuk bekerja di ibu kota, menjalankan penyiasatan.

"Haih, kes pasal Ami ni, tak habis-habis lagikah?" kata Syed Hamzah melihat Inspektor Ayda Jebat memicit kepala.

"Susah betullah nak jejak mamat ni!" keluh Inspektor Ayda Jebat, stres. "Dahlah ketua samseng!"

"Cuba rileks!"

"Cakap senanglah tapi..."

"Koperal Syed Hamzah!" panggil Tuan Ibrahim Yahya, ketua polis bahagian siasatan jenayah.

Syed Hamzah memandang ketuanya. Tuan Ibrahim Yahya memasuki pejabatnya. Syed Hamzah melangkah ke pejabat ketuanya, meninggalkan Inspektor Ayda Jebat.

"Naik pangkat lagilah tu," kata Inspektor Ayda Jebat, dingin.

Syed Hamzah memasuki pejabat ketuanya. "Ya, tuan!"

"Sila duduk!" pinta Tuan Ibrahim Yahya.

Syed Hamzah melabuhkan punggungnya di atas kerusi, menghadap ketuanya. "Ada apa tuan panggil saya? Pasal pangkat lagikah? Kalau pasal tu,..."

"Eh, tak! Tak! Tak!" nafi Tuan Ibrahim Yahya, pantas lalu menerangkan perbincangan sebenar. "Sebenarnya, saya ada satu assignment khas untuk kamu. Satu-satunya assignment yang tak boleh dibicarakan kepada sesiapa pun."

"Assignment apa, tuan?" Syed Hamzah mula tertarik dengan tugasan baharunya itu.

"Assignment tentang Arif Hakimi. Kamu kenal dia, kan?"

"Apa? Pasal Ami yang Inspektor AJ siasat sekarang ni!?"

Tuan Ibrahim Yahya tidak mempedulikan rungutan lelaki itu. "Kami baru dapat tahu sekarang Ami berada di Jitra, Kedah. Dia sedang mencari mangsanya di sana. Maklumat dari tempatan, mangsanya pelajar POLIMAS. Perempuan. Umur dalam lingkungan 20-an.  Pernah menjadi guru suatu ketika dahulu. Mangsa ni hubungannya lebih rapat dengan kamu. Rasanya, kamu dah kenal dia."

Syed Hamzah berfikir seketika. "Kalau dia pelajar POLIMAS, adik sayalah jawapannya. Kalau dia pernah menjadi guru, Fadzelin jelah jawapannya. Persoalannya sekarang, Izzati atau Fadzelin?"

Tuan Ibrahim Yahya memberikan sepucuk surat kepada Syed Hamzah. "Ini surat tawaran kamu ke POLIMAS. Kamu akan menyamar sebagai pelajar di situ dan cari mangsa terbaharu Ami. Kalau misi ni gagal atau mangsa dibunuh, mandatori, kau akan dibuang."

Syed Hamzah terpegun dengan amaran itu. Senyuman sinis terukir. "Saya terima misi ni... dengan sukacitanya."

#vote

Ustazah Kpopحيث تعيش القصص. اكتشف الآن