BAB 11-DATING

357 12 12
                                    

SYED Hamzah menikmati santapan yang dibelanja oleh Nurul Fadzelin. Tidaklah mewah sangat tetapi sudah memadai baginya. Nurul Fadzelin turut menikmati hidangan murah itu.

"Macam mana, Syed? Okey, tak?" tanya Nurul Fadzelin.

Syed Hamzah mengangguk sahaja. Tidak banyak bicara yang keluar dari mulutnya. Syarifah Izzati melihat adegan cinta mereka dari jauh. Siap bawa teropong lagi.

"Wah, romantiknya dia orang!" kata Syarifah Izzati, sedikit cemburu.

"Astaghfirullah! Apalah nak jadi dengan perempuan zaman sekarang ni!?" kata seorang jejaka yang melihat Syarifah Izzati duduk menonggeng.

Syarifah Izzati menoleh ke belakang lalu melihat lelaki tersebut.

"Nampak seluar dalam tu. Saudari tu kenalah feminin sikit," tegur lelaki itu.

Syarifah Izzati bingkas lalu berdiri menghadap lelaki itu. Mukanya jelas menunjukkan reaksi geram.

"Kau ni apasal? Jaga tepi kain orang," kata Syarifah Izzati, geram.

"Tengok tu. Tegur sikit dah marah," kata lelaki itu, dingin.

Dengan pantas, Syarifah Izzati menarik tali leher yang dipakai lelaki itu. Lelaki itu terpegun.

"Kau fikir, kau tu siapa hah?" kata Syarifah Izzati, geram.

"Saudari fikir, saudari tu raja, cik Syarifah Izzati binti Syed Zakaria," balas lelaki itu seperti sudah tahu identiti gadis itu.

Syarifah Izzati melepaskan tali leher lelaki itu. Dia hilang kata. "Ma... Macam..."

"Macam mana saya tahu nama saudari? Kita pernah jumpa sebelum ni. Dah lama kita berkawan. Takkanlah tak ingat saya ni siapa??"

Syarifah Izzati menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah buntu fikiran. Pemuda itu mengeluh. Dia melirik ke mata Syarifah Izzati.

"Musuh takkan berhenti selagi lawannya masih berdiri," kata lelaki itu lalu berjalan pergi dari situ.

Syarifah Izzati masih tercegat di situ lalu melihat lelaki itu pergi. Kata-kata tadi itu terngiang di fikirannya. Macam pernah dengar.

Ting! 💡

"Tengku Iskandar!!!" kata Syarifah Izzati menoleh ke belakang, memandang lelaki tadi yang merupakan kawannya sejak azali lagi.

Tengku Iskandar, lelaki tadi semakin jauh darinya. Pandangan Syarifah Izzati dibuang ke arah pasangan kekasih yang diperhatikannya tadi. Mereka berdua sudah tiada lagi di tempat makan itu. Keluhan dilepaskan. Pandangan dibuang ke arah Tengku Iskandar.

"Aaarrghh!!! Tak guna kau Tengku Iskandar!!!" keluh Syarifah Izzati, geram.

"Lain kali, ubah sikit perangai saudari tu. Dari dulu sampai sekarang saudari tak berubah langsung," pesan Tengku Iskandar, dingin.

⭐⭐⭐

NURUL Fadzelin berjalan di sisi Syed Hamzah. Tangannya mahu sahaja memegang tangan buah hatinya. Perlahan-lahan dia memegang tangan itu.

"Syed nak apa? Ustazah belanja," kata Nurul Fadzelin.

"Hmm... Syed nak ustazah lepaskan tangan Syed," kata Syed Hamzah, dingin.

Nurul Fadzelin melepaskan tangannya dari tangan lelaki itu. Gagal!

Dari jauh, Syarifah Izzati dan Tengku Iskandar mengintip mereka. Siap menyamar seperti pasangan kekasih lagi.

"Kenapa kita kena intip dia orang tu?" soal Tengku Iskandar, hairan.

"Jangan banyak tanya boleh, tak? Kita kena jaga keselamatan dia orang tu! Kalau ada apa-apa terjadi, siapa susah?" balas Syarifah Izzati, dingin.

Tengku Iskandar menggulingkan matanya. "Kita? Aku pula yang terlibat!"

"Itulah... Siapa suruh jaga tepi lain orang?"

Hari demi hari Syed Hamzah semakin menyukai Nurul Fadzelin dalam diam. Syarifah Izzati pula sering mengintai perhubungan mereka bersama Tengku Iskandar. Dalam diam, Tengku Iskandar mula menyimpan perasaan terhadap Syarifah Izzati.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now