BAB 12-CULIK

342 16 11
                                    

HAMPIR 2 bulan mereka bersama. Banyak masa yang terluang dihabiskan bersama. Syarifah Izzati dan Tengku Iskandar sekadar memerhatikan mereka bersama. Namun, dalam diam, ada seseorang sedang perhatikan mereka juga selain Syarifah Izzati dan Tengku Iskandar.

"Syed nak ke mana lepas ni?" soal Nurul Fadzelin berjalan ke arah keretanya.

Chot! Chot! Kunci kereta dibuka sebaik butang pada kunci kereta ditekan.

Syed Hamzah yang setia di sisi wanita itu mendongakkan kepalanya lalu berfikir. "Kita pergi..."

Cahaya lampu trak Mitsubishi Pajero disuluh ke arah pasangan itu, menarik pandangan mereka berdua.

"Hati-hati!!!" pinta Syed Hamzah.

Syed Hamzah serta-merta menarik Nurul Fadzelin ke tepi jalan lalu terjatuh bersama. Trak tersebut berhenti. Seorang lelaki bergerak turun dari trak tersebut lalu mendekati mereka berdua.

"Zai... Zai... Dah pandai berkepak eh..." kata lelaki itu berdiri di depan Syed Hamzah.

Satu tendangan mengenai perut Syed Hamzah yang terbaring di jalan itu.

"Aduhh!!" keluh Syed Hamzah.

"Syed!!!" teriak Nurul Fadzelin melihat Syed Hamzah ditendang tadi.

Pandangannya dialihkan ke arah lelaki berbaju hoodie hitam itu.

"Kau ni siapa hah!?" kata Nurul Fadzelin, berani.

"Siapa aku? Kau tak perlu tahu. Hanya Zai saja tahu siapa aku," balas lelaki tersebut.

Syarifah Izzati menyerang tiba-tiba dari belakang. Lelaki tersebut sempat mengelak serangan itu. Syarifah Izzati terus menyerang dan menyerang tetapi lelaki itu hanya mampu mengelak sahaja.

"Wow! Izz in the house. Lama tak jumpa kau Izz," kata lelaki itu, sinis.

"Kau patut mati, Ami!" kata Syarifah Izzati, geram.

"Aku rasa, kau patut mati dulu."

Serangan dari Syarifah Izzati berjaya dipatahkan. Arif Hakimi, lelaki tersebut terus menyerang balas dengan pantas. Tubuh badan gadis itu ditumbuk bertalu-talu lalu terus terpelanting ke pintu trak yang diparkir depan kereta milik Nurul Fadzelin.

"Syarifah!!" teriak Nurul Fadzelin.

Syarifah Izzati kian lemah untuk berlawan. Arif Hakimi melihat Syarifah Izzati terbaring dengan luka hujung bibir.

"Ambil ni!!!" jerit Tengku Iskandar menghayun batang besi dari mana entah dia ambil ke kepala Arif Hakimi.

Arif Hakimi menundukkan kepalanya lantas menendang perut Tengku Iskandar, membuat side kick. Batang besi dari tangan Tengku Iskandar terlepas juga. Arif Hakimi mengambil batang tersebut lalu mendekati Tengku Iskandar.

"Lain kali, jangan jaga tepi kain orang!" pesan Arif Hakimi kepada Tengku Iskandar.

Ketangg!!! Satu pukulan mengenai kepala Tengku Iskandar membuatkan lelaki itu rebah jua.

"Ami!" seru Syed Hamzah berdiri menghadap lawannya.

Arif Hakimi memusingkan badannya lalu menghadap Syed Hamzah. Nurul Fadzelin berdiri di sebelah cintanya.

"Kenapa kau masih lagi ganggu aku!!! Urusan kita dah selesai, kan?" kata Syed Hamzah, geram.

"Hah?! Belum lagi," kata Arif Hakimi tersenyum sinis.

Ziuuusshhh!!!! Serangan pantas dibuat.

Dbboookkk!!!!

Syed Hamzah tersungkur ke tanah dengan darah pada hujung bibir. Nurul Fadzelin terbeliak mata lalu melutut di sebelah cintanya.

"Syed!!" kata Nurul Fadzelin, resah.

Mata Syed Hamzah tertumpu pada wajah Nurul Fadzelin. "Lari!" Lemah.

Nurul Fadzelin terkedu, tidak sanggup meninggalkan cintanya itu.

"Ikut aku!" arah Arif Hakimi menarik Nurul Fadzelin dari belakang.

"Tak naklah!!" jerit Nurul Fadzelin.

Tiba-tiba, satu serangan spontan dibuat oleh Nurul Fadzelin, terkena muka Arif Hakimi.

"Aduh!! Berani kau!!" keluh Arif Hakimi.

Nurul Fadzelin terlepas dari genggaman lelaki jahat itu juga. Dia cuba melarikan diri tetapi tangannya berjaya digenggam oleh Arif Hakimi.

"Jangan cuba nak lari!" pinta Arif Hakimi, tegas.

Nurul Fadzelin menoleh ke belakang. Dia terpaksa mengaku kalah. "Tolong jangan apa-apakan aku!"

"Eh, tak! Tak! Aku takkan apa-apakan kau!" kata Arif Hakimi, sinis.

Dukk!! Bokk!! Pakk!!! Serangan dibuat ke perut Nurul Fadzelin.

"Arghh!!" raung Nurul Fadzelin, lemah.

Nurul Fadzelin diheret ke arah trak milik Arif Hakimi. Syarifah Izzati yang bersandar pada pintu trak itu terus ditarik ke tepi. Nurul Fadzelin dicampak masuk ke dalam trak tersebut. Arif Hakimi terus menaiki trak itu lantas membawanya pergi dari situ. Syed Hamzah melihat trak tersebut pergi dari situ.

"Lin~" rintih Syed Hamzah, lemah.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now