BAB 3-CINTA MATI

553 17 7
                                    

MALAM tiba setelah terbenam matahari. Bulan sabit terapung di angkasa. Syed Hamzah berbaring di katil, memikirkan tentang petang tadi.

~Throwback~

"Sifat kamu ni nampak lainlah. Jauh beza sekali," kata Nurul Fadzelin, ceria.

"Memanglah. Itupun sebab kami ni kembar tak seiras," kata Syed Hamzah, dingin.

"Ustazah tahu tu."

"Hamzah dingin selalu. Tapi, Izzati ceria selalu. Bila kami marah, kami sekepala," kata Syarifah Izzati tersenyum dari tadi.

"Oh, begitu!"

Syarifah Izzati terus duduk di sebelah Nurul Fadzelin. Dia terus berbisik sesuatu. Syed Hamzah menggulingkan matanya, mengeluh.

"Apa?!" kata Nurul Fadzelin perlahan dengan reaksi terkejut.

Syarifah Izzati mengangguk kecil. "Betul!"

"Kau orang berdua sembanglah. Saya nak masuk bilik ni," kata Syed Hamzah, dingin.

"Kalau ya pun, sembanglah dengan ustazah sikit," tegas Syarifah Izzati kepada Syed Hamzah.

Syed Hamzah mengeluh. "Yalah... yalah!" Acuh tak acuh.

"Nak sembang pasal apa?" kata Syed Hamzah lagi.

"Betulkah Syed dapat tali pinggang hitam Taekwando?" kata Nurul Fadzelin ingin kepastian.

"Yalah, ustazah tak percayakah?"

"Eh, mestilah ustazah percaya!"

"Kalau macam tu, Hamzah balik bilik dululah." Syed Hamzah terus beredar dari ruang tamu, terus ke tingkat atas.

Syarifah Izzati melihat telatah adiknya itu. Dia memandang Nurul Fadzelin semula. "Ustazah, minta maaf ya pasal adik saya tu. Dia memang macam tu. Semua ni sebab perkara silam dia tahun lalu."

"Perkara silam?" Nurul Fadzelin tertarik dengan topik itu. "Apa terjadi?"

Syarifah Izzati memandang sekeliling. Takut-takut ada orang nampak. Dia kembali memandang Nurul Fadzelin.

"Girlfriend dia mati," bisik Syarifah Izzati ke telinga Nurul Fadzelin.

Bulat mata Nurul Fadzelin mendengarnya. Dia melirik tepat ke mata anak muridnya. Senyuman palsu terukir di bibir.

"Kita sembang dekat sekolah ya!" kata Nurul Fadzelin menyembunyikan perasaan terkejutnya.

"Okey!" kata Syarifah Izzati berwajah ceria.

Nurul Fadzelin menghirup air limau sampai habis secawan. Dia bangun, diikuti Syarifah Izzati.

"Kalau ada masa lapang, ustazah datang sini lagi. Lagipun, ustazah duduk seorang sahaja di dalam rumah," kata Nurul Fadzelin mengurut belakang lehernya.

"Oh, apa kata, saya pergi rumah ustazah. Bolehlah kita sembang-sembang," kata Syarifah Izzati tersenyum malu lalu mengenyitkan mata.

Nurul Fadzelin memahami kata-kata Syarifah Izzati itu. "Oh, bagus juga!"

Syarifah Izzati memandang ke dapur. "Umi, kakak pergi rumah ustazah ni! Tak apa, kan?"

"Ya, jangan lama-lama!" balas Puan Fatihah, kuat dari dapur.

Syarifah Izzati memandang Nurul Fadzelin semula, ceria. "Ah, jomlah!"

Mereka berdua terus bergerak keluar dari rumah, menuju ke rumah sebelah. Dari jendela bilik, Syed Hamzah perhatikan dua perempuan itu. Dia mengeluh kecil.

~End Throwback~

Keluhan dilepaskan. Syed Hamzah masih berbaring di atas katil, melihat siling rumah. Pandangan dialihkan ke telefon iPhone 6s miliknya lalu mengambilnya. Galeri dalam telefon dibuka. Satu gambar ditekan. Lelaki itu menatap wajah seorang gadis sebaya dengannya dalam gambar tersebut. (Seperti gambar di bawah👇).

Syed Hamzah termenung buat seketika, terkenang suatu peristiwa lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Syed Hamzah termenung buat seketika, terkenang suatu peristiwa lalu.

⭐⭐⭐

OKTOBER 2016
FIKIRAN Syed Hamzah menjadi buntu sebaik melihat kekasihnya, Aina Farhana ditembak oleh seorang musuh yang sangat kejam dan digeruni, Arif Hakimi a.k.a. Ami.

"Minta maaf, budak! Budak-budak tak boleh bercinta, macam orang-orang tua kata, 'Belajar dulu sebelum nak bercinta pun!'," kata Arif Hakimi berdiri di depan gadis yang tersungkur di lantai itu.

Aina Farhana merangkak perlahan-lahan menghampiri cintanya, Syed Hamzah. "Syed!" Lemah.

Syed Hamzah baru sahaja membuka satu langkah mendekati Aina Farhana dan tiba-tiba,...

Bang!

Langkah Syed Hamzah terhenti. Matanya tertumpu pada kepala Aina Farhana yang sudah ditembak. Mayat Aina Farhana terkaku di depan matanya.

Bang! Bang! Bang! Tembakan dilepaskan ke badan mayat.

Sakit hati Syed Hamzah dibuatnya. Kemarahannya meletus.

"Kau memang melam..." marah Syed Hamzah belum habis kata.

Bang!

Syed Hamzah hilang kata lalu melutut tiba-tiba. Perutnya yang terdapat tompokan darah, disentuhnya. Remaja itu terjatuh tertiarap lalu berpejam.

⭐⭐⭐

OGOS 2017
TANPA sedar, mutiara jernih mengalir di pipi Syed Hamzah setelah terkenang peristiwa hitam itu.

"Aina~"

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now