BAB 6-UBAH IKATAN

417 15 11
                                    

LANGKAH diatur masuk ke dalam bilik guru. Barang-barang diletakkan di atas meja. Nurul Fadzelin melabuhkan punggung di atas kerusinya lalu melepaskan keluhan kecil.

"Assalamu'alaikum, ustazah!" ucap Syarifah Izzati muncul tiba-tiba.

"Oppa wa'alaikumussalam warahmatullah!!" latah Nurul Fadzelin terkejut sakan.

Syarifah Izzati ketawa kecil. Nurul Fadzelin melihat anak muridnya itu.

"Ish, bertuah punya budak! Nasib baik tak ada darah tinggi," kata Nurul Fadzelin mengurutkan dadanya.

"Minta maaflah, ustazah!" Syarifah Izzati menarik nafas dalam. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Nanti, tolong ustazah bawa buku latihan ya!" kata Nurul Fadzelin berwajah ceria semula.

"Okey, ustazah!" Syarifah Izzati merapatkan jari telunjuk dengan ibu jari.

⭐⭐⭐

SYED Hamzah baru tiba di sekolah dengan basikalnya. Dia meletakkan basikalnya di tempat yang disediakan. Tayar dikunci. Syed Hamzah melangkah ke kelasnya. Matanya terlihat kakak kembarnya bersama Nurul Fadzelin. Syed Hamzah mengeluh kecil melihat Syarifah Izzati membawa buku yang banyak. Dia membuka langkah mendekati kakaknya.

"Mari sini! Aku tolong!" kata Syed Hamzah mengambil sebahagian buku latihan dari tangan Syarifah Izzati.

Syarifah Izzati terhenti langkah. Dia melihat adiknya membantunya tiba-tiba. "Eh, tak apakah!?"

Syed Hamzah berdiam sahaja. Langkahnya diatur ke kelas. Nurul Fadzelin dan Syarifah Izzati hanya melihat Syed Hamzah berjalan jauh di depan. Mereka berdua saling memandang.

"Hamzah jarang tolong orang macam ni," jelas Syarifah Izzati.

"Betulkah?" kata Nurul Fadzelin inginkan kepastian.

Langkah diatur ke depan bersama.

"Betullah! Dia jarang buat baik macam ni," kata Syarifah Izzati sungguh.

"Hmm… ada maknalah tu!" kata Nurul Fadzelin tersenyum malu.

Syarifah Izzati melihat telatah Nurul Fadzelin yang serba malu itu. "Lain macam je ustazah ni. Entah-entah, ustazah ada pendam perasaan dekat Hamzah agaknya. Maklumlah, belum kahwin lagi, kan?"

Terkejut sakan Nurul Fadzelin dibuatnya. Sekilas Nurul Fadzelin memandang Syarifah Izzati.

"Mana adalah! Syarifah ni, pandai-pandau je," kata Nurul Fadzelin merona merah.

"Alah, tengok pipi dah naik merah. Ustazah ada perasaanlah tu," kata Syarifah Izzati tersenyum nakal.

Nurul Fadzelin melindungi sebahagian wajahnya yang merah itu dengan fail. "Apa yang Syarifah cakap ni?"

"Kalau ustazah nak couple… eh! Silap! Couple tu haram ya, tak? Kalau ustazah nak… bersama dengan Hamzah, saya boleh adjust untuk ustazah."

Nurul Fadzelin mengalihkan fail dari wajahnya. "Tak apakah?"

Syarifah Izzati mengeluh kecil. "Ustazah, Hamzah perlukan seseorang untuk baiki dirinya yang serba dingin tu. Mungkin ustazah boleh ubah diri dia tu. Syarifah yakin, ustazah boleh buat!"

Nurul Fadzelin berfikir sejenak lalu memandang Syarifah Izzati. "Boleh tetapkan masa dan tempat, kan?

" Beres!"

⭐⭐⭐
4 petang, Plaza Alam Sentral,…

Syarifah Izzati menarik lengan Syed Hamzah masuk ke dalam kompleks beli-belah itu.

"Kakak, kenapa kita datang sini? Hamzah malaslah nak teman akak pergi shopping!" kata Syed Hamzah, rimas.

"Ikut jelah!" kata Syarifah Izzati enggan melepaskan tangan adiknya.

Syed Hamzah menggulingkan matanya.

"Okey, dah sampai!" Syarifah Izzati menghentikan langkahnya.

Syed Hamzah turut berhenti melangkah. Dia melihat seorang gadis berhijab biru laut berdiri di depannya. Dia mengamati wajah gadis tersebut. "Ustazah?"

"Assalamu'alaikum!" ucap Nurul Fadzelin melihat pasangan kembar itu tiba.

"Wa'alaikumussalam," balas Syarifah Izzati mengukirkan senyuman.

"Apa yang ustazah buat dekat sini?" kata Syed Hamzah kehairanan.

"Bertemu janjilah!" kata Syarifah Izzati kepada Syed Hamzah.

"Temu janji? Dengan siapa?" Syed Hamzah mengerutkan dahi.

Syarifah Izzati tersengih. "Dengan kaulah!"

Mata Syed Hamzah terbuntang luas.

"Aku?"

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now