BAB 36-KEMBALI

140 11 2
                                    

SYED Hamzah menghampiri Tengku Iskandar. Mereka menziarahi Tan Mei Ling.

"Macam mana? Dia okey, tak?" kata Syed Hamzah.

"Keadaan dia makin stabil," balas Tengku Iskandar.

"Lepas ni, kita tak boleh libatkan orang luar lagi. Aku tak nak mereka jadi mangsa."

"Baik, Zai."

Syed Hamzah menepuk bahu Tengku Iskandar. "Jom makan!"

Tengku Iskandar memandang kawannya. "Boleh juga."

Tengku Iskandar bangun dari kerusi lalu berjalan keluar dari wad bersama Syed Hamzah. Mereka melangkah ke kantin.

"Sebenarnya, aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Pasal kakak aku," kata Syed Hamzah.

"Apa dia?" kata Tengku Iskandar ingin tahu.

Mereka berdua mengambil hidangan.

"Nantilah, kita ambil makanan dulu," kata Syed Hamzah mengambil lauk ayam.

Mereka membuat bayaran pada hidangan mereka lalu mengambil tempat duduk.

"Okey, cakaplah. Apa dia?" kata Tengku Iskandar tidak sabar.

"Kakak aku suka dekat kau," kata Syed Hamzah selamba.

Pffftt!! Air teh yang dihirup Tengku Iskandar disembur ke muka Syed Hamzah.

"Apa!?" kata Tengku Iskandar terkejut sakan.

Muka Syed Hamzah yang basah itu dikesat.

"Kakak kau suka dekat aku?" kata Tengku Iskandar.

"Yalah. Siapa lagi?" kata Syed Hamzah, dingin.

"Aku... aku..."

"Kau suka dia eh?"

Wajah Tengku Iskandar meronta merah. "Ya."

"Dah tu. Janganlah malu sangat! Cuba berani sikit. Be gentleman!"

"Cakap memang senang. Cuba kau tackle Lin. Apa jadi?"

Senyuman Syed Hamzah menjadi pudar. "Aku tak rasa dia akan jadi pasangan hidup aku sebab aku tak layak bagi dia."

"Sejak bila kau pandai buat ayat jiwang ni?" Tengku Iskandar menjongketkan keningnya.

"Tak ada apalah. Betul ke kau suka kakak aku tu?"

Tengku Iskandar kembali bermasa muka, manja. "Yalah. Siapa lagi?"

Ayat aku tu, desis hati Syed Hamzah.

"Macam nilah. Biar aku selidik pasal dia! Apa-apa nanti aku inform," kata Syed Hamzah.

"Beres!" kata Tengku Iskandar menjadi teruja.

⭐⭐⭐

LANGKAH diatur masuk ke dalam rumah. Syed Hamzah melihat sebuah kotak misteri berada di tepi pintu depan.

"Kotak apa ni? Ah, letihlah nak fikir!" kata Syed Hamzah dingin.

Lelaki itu melangkah ke bilik tidurnya. Syed Hamzah mencampakkan begnya ke atas tilam lantas merebahkan badan di atasnya. Matanya terlelap serta-merta setelah penat belajar di kelas tadi. Rumah yang didiaminya begitu sunyi tanpa Tan Mei Ling.

"Haih, bilalah semua ni nak berakhir!?" monolog Syed Hamzah seraya menutup matanya.

Lagu Korea dari telefon dimainkan. Syed Hamzah mengenangkan peristiwa lalu.

~Throwback~

SUARA mereka berdua menyanyi jelas didengar Syed Hamzah yang berada di dalam bilik. Syed Hamzah menghentikan permainannya buat seketika. Dia menghampiri katilnya lalu merangkak mendekati dinding. Telinga dipasang teliti ke arah dinding lalu terdengar nyanyian dari rumah sebelah. Dia memandang dinding itu, hairan.

"Apalah yang dia orang nyanyikan tu?" kata Syed Hamzah mengerutkan dahi.

~End Throwback~

MATA Syed Hamzah terbuka.

"Tunggu dulu. Bila dikenangkan balik,..."

~Throwback~

SYED Hamzah membuka aplikasi WhatsApp lalu menghantar nombor telefon Nurul Fadzelin yang tertulis dengan nama contact, Ustazah Kpop.

"Apasal contact name dia Ustazah Kpop?" kata Syed Hamzah kehairanan. "Ah, malaslah nak fikir!"

Nombor telefon sudah dihantar.

~End Throwback~

"Patutlah Izzati letak nama Ustazah Kpop. Aduh, kau baru nak perasan, Zai?!" kata Syed Hamzah diri sendiri, baru sedar tentang itu.

Keluhan dilepaskan. Telefon yang memainkan lagu dari kumpulan BLACKPINK itu tiba-tiba berdering. Syed Hamzah melihat nama yang tertera pada skrin, Tuan Danial Nabil. Panggilan dijawab.

"Ya, tuan," kata Syed Hamzah.

"Kau dekat mana sekarang?" kata Danial Nabil.

"Dekat rumah. Dalam bilik ni. Kenapa tuan?"

"Kau dalam bahaya sekarang. Kau kena keluar dari rumah tu sekarang juga!"

Syed Hamzah terus bangun dari perbaringan kerana terkejut dengan kata-kata itu. "Apa tuan merepek ni?"

"Rumah kau ada..."

KABABOM!!! Bom dari kotak misteri itu meletup, menyebabkan rumah banglo Syed Hamzah terbakar.

Danial Nabil yang menunggu di luar rumah Syed Hamzah, melihat rumah tersebut meletup di depan mata. "...bom!"

"ZAI!!!" jerit Danial Nabil bergerak turun dari kereta Evo X.

Polis itu berlari masuk ke dalam rumah Syed Hamzah yang sedang dimakan api. Orang ramai mula terpinga-pinga dengan kebakaran itu. Ada yang menelefon talian kecemasan. Ada yang cuba untuk memadamkan api. Ada juga yang jadi tukang rakam.

"Zai!!" panggil Danial Nabil sebaik merempuh pintu depan.

Danial Nabil bergerak ke bilik tidur Syed Hamzah terus. Pintu bilik ditendang kuat. Danial Nabil melangkah masuk ke dalam lalu melihat tubuh Syed Hamzah terkaku di atas katil.

"Zai! Bangun, Zai!" ujar Danial Nabil menghampiri Syed Hamzah.

Tubuh Syed Hamzah diangkat lalu dibawa keluar dari bilik. Danial Nabil melangkah keluar dari rumah itu lalu meletakkan tubuh Syed Hamzah di dalam keretanya.

Syarifah Izzati yang baru tiba terpinga-pinga dengan kejadian itu. Dia menghampiri adiknya. "Hamzah!!"

"Dia akan okey nanti," pesan Danial Nabil cuba menenangkan Syarifah Izzati.

Dari jauh, seorang gadis remaja memerhatikan kebakaran itu. Dia menghubungi seseorang.

"Bos, lauk dah dimasak," ujar gadis itu seraya menyandang kotak gitarnya.

"Bagus, Nana. Kita tunggu pusingan seterusnya," balas Arif Hakimi sebagai ketuanya.

Gadis dengan nama panggilan Nana itu menamatkan panggilan lalu melangkah pergi dari situ. Dia bernyanyi;

"Cross-hair lock you down, death kisses you on the forehead."

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now