BAB 29-KAWALAN KETAT

160 12 2
                                    

KERETA Perodua Axia diletakkan di hadapan rumah mewah. Syed Hamzah bergerak turun dari kereta kuning cair itu. Nurul Fadzelin turut bergerak turun dari kereta itu lalu melihat rumah agam yang didiami Syed Hamzah.

"Syed," panggil Nurul Fadzelin.

Langkah Syed Hamzah terhenti. Pemuda itu menoleh muka ke arah cintanya itu.

"Ya. Kenapa?" kata Syed Hamzah mengerutkan dahinya.

"Syed tinggal di sinikah?" tanya Nurul Fadzelin.

"Hah. Ya."

"Sewa atau beli ni?"

"Ermm... Eh, Lin masuk sekejap. Syed ada perkara nak cakap ni."

"Okey."

Syed Hamzah terus meluru masuk ke rumahnya bersama Nurul Fadzelin. Nyawa Nurul Fadzelin kemungkinan dalam bahaya jikalau berada di luar terlalu lama.

"Take your time to view my home," kata Syed Hamzah seraya melangkah ke dapur.

Nurul Fadzelin berjalan di sekitar rumah mewah yang terletak di Jitra Heights. "Besar juga rumah kau ni."

Langkah diatur ke dapur. Nurul Fadzelin melihat Syed Hamzah menyediakan air teh.

"Syed tinggal seorang je ke?" kata Nurul Fadzelin.

"Ya," balas Syed Hamzah lalu memberi secawan teh kepada Nurul Fadzelin. "Minum?"

Nurul Fadzelin mengambil air teh lalu menghirupnya sedikit. "Ermm... sedap! Apapun, Syed nak kata apa tadi dekat Lin?"

Syed Hamzah mengambil nafas dalam. "Kalau Syed cerita ni, Lin percaya tak?"

"Cerita apa? Lin tak faham sebenarnya ni."

"Syed ni polis. Dan nyawa Lin memang dalam bahaya. Ada orang cuba nak buat sesuatu dekat Lin."

Nurul Fadzelin seperti terpinga-pinga mendengar kata-kata dari lelaki itu. "Syed... biar betul!?"

"Betul. Syed datang poli ni pun bukan sebab nak belajar tapi sebab misi. Misi selamatkan Lin."

"Apa?" Dahi Nurul Fadzelin dikerut.

"Sekarang ni, Syed kena awasi Lin sepanjang masa sebab bila-bila masa sahaja, suspek boleh serang Lin. Dia selalu di mana-mana. Tolong hati-hati nanti."

"Syed, awak buat Lin takut."

"Tak apa. Jangan takut. Lagipun, Lin pandai Taekwando, kan? Syed ada ajar sebelum ni, kan?"

Nurul Fadzelin mengangguk kecil. "Ya!"

"Tak apa. Semua akan okey. Syed ada sekarang."

Nurul Fadzelin membisu. Air teh di tangannya dihirup hingga habis dengan tangan menggeletar.

"Lin nak ikut Syed, tak?" tanya Syed Hamzah.

"Pergi mana?" kata Nurul Fadzelin.

"Bukit Wang. Syed ada latihan memandu."

"Latihan memandu? Dekat Bukit Wang?"

"Bukan latihan yang biasa-biasa. "

⭐⭐⭐

KERETA Toyota Corolla GTS AE86 dipandu dengan lagak aksi drift. Nurul Fadzelin sekadar melihat Syed Hamzah berlatih memandu dengan laju.

"Jadi, Mei Ling tu cuma kawanlah," kata Nurul Fadzelin memerhati dari jauh.

Syarifah Izzati mengangguk. "Ya! Sebab Iskandar dengan Mei Ling jadi penggodam di markas, dekat rumah Syed yang ustazah pergi tadi."

"Oh, rumah Syed tu markas dioranglah?"

"Ya."

Nurul Fadzelin mengangguk faham lalu melihat Tan Mei Ling mengajar Syed Hamzah memandu di tanah lapang yang kosong itu.

"Dari saat ni, kitorang kena perhatikan ustazah," kata Syarifah Izzati kepada Nurul Fadzelin.

"Apa? Maksud Syarifah, bodyguard?" kata Nurul Fadzelin kurang memahami.

"Yes, boss."

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now