BAB 27-CINTA LAMA

166 12 2
                                    

"KAU ni biar betul. Ustazah tu mangsa Ami!?" kata Syarifah Izzati seperti tidak percaya.

"Yalah. Habis tu, apa lagi?" kata Syed Hamzah, serius.

Tengku Iskandar menaip papan kekunci, cuba mencari maklumat bersama Tan Mei Ling.

"Jadi, Fadzelin memang mangsa baharu Ami sekarang ni. Kau nak buat apa sekarang?" kata Tengku Iskandar kepada Syed Hamzah.

"Kalau macam tu,..." celah Syarifah Izzati. "...biar aku yang jaga ustazah sebab aku tinggal rumah sewa dengan dia," kata Syarifah Izzati yakin.

"Cantik. Aku bergantung harap pada kau, akak," kata Syed Hamzah tersenyum.

Syarifah Izzati tersengih.

⭐⭐⭐

NURUL Fadzelin melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Badannya terus meniarap di atas tilam. Bantal dipeluk sekuat hatinya. Tangisan menguasai diri.

"Dah kenapa ni?" kata Tengku Zarina, rakan serumahnya.

"Tak ada apa," balas Nurul Fadzelin menipu.

"Jangan nak tipulah! Mesti ada sebab ni."

"Mana adalah."

"Cerita je."

Nurul Fadzelin memandang kawannya itu. Air mata masih tersisa. "Aku... dikhianati."

"Hah!?? Siapa khianat kau tu?"

"Syed. Dia kata, dia dah ada yang lain."

"Hmm... mungkin ada salah faham di situ."

"Sebenarnya, Hamzah tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan lain," kata Syarifah Izzati memberi kebenaran.

"Tipu. Aku dengar dengan sendirilah!" kata Nurul Fadzelin geram, lebih selesa dengan panggilan 'kau aku' sejak tinggal serumah.

Syarifah Izzati mengeluh kecil. "Ustazah nak tahu, tak? Hamzah masih simpan lagi earphone yang ustazah bagi dulu."

"Apa?"

"Kalau diikutkan, Hamzah tu satu sem dengan Izzati. Disebabkan dia kemalangan, dia terpaksa masuk sesi Disember."

"Hah?!" Nurul Fadzelin bangun dari katil. "Kemalangan?! Teruk sangatkah?"

"Taklah teruk sangat. Patah bahagian tangan je sebab tunggang basikal laju sangat," kata Syarifah Izzati dengan lakonan mantapnya.

Nurul Fadzelin mula berasa bersalah, terpedaya dengan kata-kata Syarifah Izzati.

"Nak jumpa dia, tak? Syarifah tahu rumah dia," kata Syarifah Izzati mendapat idea nakalnya.

"Boleh juga."

⭐⭐⭐

SYED Hamzah berlatih memandu di sekitar Hutan Lipur Bukit Wang. Tan Mei Ling memerhatikan aksi lelaki itu. Tengku Iskandar turut berada di situ.

"Dia makin baik sekarang," kata Tan Mei Ling.

Kereta yang dipandu Syed Hamzah terlanggar kon ketika melakukan aksi drift.

"Baiklah sangat," kata Tengku Iskandar menyalakan puntung rokok lalu menghisap rokok.

Tiba-tiba, telefon Syed Hamzah yang disimpan di dalam poket Tengku Iskandar berbunyi. Lelaki itu mengeluarkan telefon kawannya lalu melihat nama si pemanggil.

"Adik? Ni mesti Izzati," kata Tengku Iskandar tersenyum.

Panggilan dijawab.

"Hai, awak!" kata Tengku Iskandar tersengih.

"Hai..." kata Syarifah Izzati tersekat. "...mana Zai?"

"Dia dalam latihan memandu. Kami dekat Bukit Wang ni. Belah belakang."

"Oh, okey! Kami nak ke sana sekarang!"

"Kami? Apa maksud kau dengan 'kami'?"

"Fadzelin ikut aku sekali. Kenapa salahkah?"

"Oh, tak ada apalah. Saja tanya."

"Hmm... okeylah. Kami nak gerak dah ni."

"Okey, awak. Love you~"

Talian terputus. Tengku Iskandar mengeluh kecil lalu kembali serius.

"Baiklah, semua. Fadzelin akan datang 10 minit dari sekarang," kata Tengku Iskandar.

Syed Hamzah memberhentikan kereta di sebelah mereka berdua lalu memandang kawannya. "Seriuslah!?"

"Kau tengok muka aku ni ada main-main, tak?"

Cinta lama bakal menghantuiku lagi, desis hati Syed Hamzah mula kurang tenteram.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now