BAB 25-KEMBALI

168 10 0
                                    

LANGKAH diatur masuk ke dalam kelas untuk hari keduanya. Syed Hamzah berjalan ke tempat duduknya.

"Hai, Hamzah!" sapa Syarifah Izzati, ceria.

"Haih, kerap jumpa sangat ni. Repeat berapa subjek ni??" kata Syed Hamzah bersama keluhan.

"Dua je. PID (Principles In Design) dan AD (Architecture Drafting)."

"Erm... Okey."

Syarifah Izzati mengukirkan senyumannya. "Hamzah nak tahu, tak?"

Sambil mengeluarkan bahan melukis, dia berbual. "Apa dia?"

"Bunga yang layu akan mekar semula."

Dahi Syed Hamzah dikerut. "Hah?!"

"Hamzah akan tahu nanti."

Tidak selepas itu, beberapa pelajar mula memenuhi setiap tempat duduk di dalam kelas itu. Dua lelaki dan seorang perempuan mendekati Syed Hamzah dan Syarifah Izzati yang sedang rancak berbual.

"Uish, dah ada satu. Nak pasang lagi satu? Gila dahsyat!" ujar Irfan Hanafi menyindir.

Syarifah Izzati memandang rakan sekelasnya itu. "Hei, dia ni adik aku, okey!" ujar Syarifah Izzati menegakkan kebenaran.

"Oh... key." Irfan Hanafi terasa janggal sedikit.

Atiq Fakhrol menyilang tangan pada paras dada. "Kau dengan siapa semalam?"

"Dengan awek akulah. Siapa lagi?" kata Syed Hamzah, selamba.

Kazuha Nakamura, gadis Jepun itu menunjukkan gambar semalam. "Dia ni ke girlfriend kau?"

"Yalah. Siapa lagi?"

"Apa?" kata Nurul Fadzelin tiba-tiba muncul.

Mata Syed Hamzah terbeliak. Jantungnya berdetak kuat. "Lin?"

"Ustazah!?" kata Syarifah Izzati terkejut tapi perlahan.

Danial Nabil memasuki kelas. "Baiklah, kelas. Hari ni, kita akan buat Lettering ya."

Perbalahan kata tadi terhenti. Para pelajar terus mengambil tempat masing-masing. Nurul Fadzelin duduk jauh dari Syed Hamzah. Syarifah Izzati pula  kekal di sisi adiknya. Syed Hamzah mengeluh kecil.

"Tak apa. Aku faham. Nanti, aku pujuk ustazah," kata Syarifah Izzati.

⭐⭐⭐

TAN Mei Ling melangkah masuk ke dalam kelasnya. Tengku Iskandar, rakan sekelasnya menyapa gadis Cina itu.

"Hai, Mei Ling!" sapa Tengku Iskandar, ceria.

"Hai! Assignment dah siap?" balas Tan Mei Ling mengukirkan senyuman.

"Dah! Eh, selalunya you duduk dalam asrama. Kenapa sekarang susah nak jumpa? You keluar dari asrama ke?"

"Ya... Dah dapat rumah sewa. So, saya duduk dekat luar mulai sekarang."

"Dekat mana? Lagipun, kita kan group yang sama untuk siapkan satu assignment. Tak salah kan aku pergi rumah you!?"

"Eh, tak apa. Tak payah. Saya boleh datang asrama, ajak you terus." Tan Mei Ling cuba mengelak identiti Syed Hamzah.

"Laa... Tak apa. Lagipun, tuan rumah tu saya rasa macam kenal dah. Tak silap saya... nama dia..."

Tan Mei Ling memandang tajam ke wajah Tengku Iskandar.

"...Syed Hamzah." Tengku Iskandar menghabiskan katanya.

Tan Mei Ling terkejut. "Macam mana kau tahu?"

"Sebab dia kawan aku. Kitorang dah lama kenal."

"Oh... okey!"

"So, boleh tak tunjukkan rumah sewa you tu!? Saya nak jumpa tuan rumah sekejap," kata Tengku Iskandar.

Dengan mulut berat untuk berkata, Tan Mei Ling menjawab, "Boleh, habis kelas nanti, ikut saya."

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now