BAB 19-SELAMAT TINGGAL!

214 13 6
                                    

NURUL Fadzelin melangkah masuk ke dalam kelas lalu melihat Syed Hamzah yang tiada di tempar duduknya. Dia memandang Syarifah Izzati yang hadir awal ke kelas.

"Awal datang hari ni? Baru pukul 7 pagi, bukan 7.45 pagi lagi," kata Nurul Fadzelin mengukirkan senyuman manis.

"Ustazah pun sama masuk kelas awal dah kenapa?" balas Syarifah Izzati mengusik.

Nurul Fadzelin melabuhkan punggung di atas kerusi Syed Hamzah. "Mana Syed?"

"Dia dalam perjalanan."

"Oh!" Nurul Fadzelin mengangguk kecil lalu memandang tepat ke mata koko Syarifah Izzati. "Ustazah ada benda nak bagitau ni."

"Apa dia?"

"Ustazah kena pindah," kata Nurul Fadzelin tertunduk.

Mata Syarifah Izzati terbeliak. "Apa?!"

⭐⭐⭐

SUASANA menjadi pilu setelah mendapat tahu Nurul Fadzelin bakal tinggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Hafizuddin Shah. Pelajar-pelajar kelas tingkatan 5 Fatonah berasa sedih atas pemergian guru kelasnya itu.

"Ustazah, janganlah pergi!" rayu Damia Maisarah duduk di baris hadapan.

"Tak bolehlah. Ustazah kena sambung belajar juga, macam kamu semua ni!" kata Nurul Fadzelin, lembut.

"Ustazah kan dah pandai? Buat apa nak sambung belajar lagi?" kata Razak Fahim duduk di baris belakang.

Nurul Fadzelin memandang anak didiknya itu. "Razak, kan ada satu pepatah Arab sebut, 'Carilah ilmu meskipun di negeri China, kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap Muslim'. Jadi, ustazah nak pesan, belajarlah bersungguh-sungguh sampai ke menara gading. Manalah tahu suatu hari nanti kita akan jumpa balik. Betul, tak? Jangan sampai ustazah kata, 'Kamu memang mengecewakan!'. Faham, tak?"

"Faham, ustazah!" balas satu kelas memahami.

Nurul Fadzelin menjeling ke arah Haziq Hurairah yang berdiam dari tadi. "Haziq faham, tak?"

Haziq Hurairah mengangguk kecil.

"Haziq, walaupun Haziq nakal dalam kelas ni, ustazah tetap sayang kamu. Ustazah marah sebab ustazah sayang. Bila Haziq dapat ustazah baru nanti, belajar betul-betul. Jangan main-main ya!" kata Nurul Fadzelin lagi.

"Tapi, tak sama," kata Haziq Hurairah baru bersuara.

"Sama atau tak itu tak penting! Yang penting belajar sungguh-sungguh sampai kita jumpa lagi!"

Syarifah Izzati bingkas dari tempat duduknya lalu mendekati ustazah muda itu. Dia mendakap ustazah berusia 22 tahun itu, diikuti pelajar perempuan yang lain. "Ustazah janganlah pergi!"

Syed Hamzah, melihat kembarnya, Syarifah Izzati menitiskan air mata. Dia amat memahami perasaan kembarnya.

"Sudah-sudahlah peluk tu! Mentang-mentang kami tak boleh peluk perempuan," kata Haziq Hurairah, dingin.

Nurul Fadzelin tertawa kecil melihat telatah Haziq Hurairah yang tak berubah-ubah sifatnya. Dia melirik ke anak mata seorang murid yang paling disayanginya, Syed Hamzah.

"Syed, kamu okey, tak?" kata Nurul Fadzelin mengukirkan senyuman manisnya.

Syed Hamzah tiba-tiba sakit perut. "Ustazah, nak ke tandas boleh, tak?"

"Haa..., pergilah!" kata Nurul Fadzelin, lembut.

Syed Hamzah bingkas lalu bergerak keluar dari kelas setelah mengambil pas keluar.

⭐⭐⭐

LANGKAH diatur ke kawasan belakang sekolah, bukannya ke tandas. Syed Hamzah duduk bersandar pada dinding lalu berpeluk tubuh seraya menangis.

"Kenapa?" kata Syed Hamzah menunduk.

"Syed!" ujar satu suara dari sebelah Syed Hamzah.

Syed Hamzah mendongak, terlihat wajah Nurul Fadzelin di depannya. Dia terkejut.

"Syed merajuk ke?" kata Nurul Fadzelin, lembut ayu.

Syed Hamzah kembali menunduk. Dia mengangguk kecil. Nurul Fadzelin mengeluh kecil lalu duduk di sebelah anak muridnya itu.

"Syed nak tahu, tak? Sebenarnya, ustazah sayang sangat dekat kamu, Syed!" kata Nurul Fadzelin, jujur.

"Ustazah selalu sebut ayat tu setiap hari," kata Syed Hamzah, dingin.

"Tak, bukan sayang kamu sebagai anak murid. Tapi, lebih dari tu," kata Nurul Fadzelin.

Syed Hamzah memandang tepat ke wajah ustazah muda itu. "Apa?"

"Ustazah... cintakan Syed!"

Syed Hamzah kembali menunduk. "Itu Syed pun tahu."

Nurul Fadzelin duduk di sebelah remaja lelaki itu. "Kalau ada peluang, boleh jumpa lagi."

"InsyaAllah!"

Tangan Nurul Fadzelin menyeluk masuk ke dalam poket skirt labuhnya. Fon telinga dikeluarkan dari poket lalu diberikan kepada Syed Hamzah.

"Syed ambillah ni. Hadiah dari ustazah," kata Nurul Fadzelin tersenyum.

Syed Hamzah mengambil fon telinga itu.

"Okeylah." Nurul Fadzelin bingkas lalu menghulurkan tangan. "Jom balik kelas!"

Syed Hamzah menyambut tangan wanita itu lantas memeluknya seerat yang mampu. Tangisan menguasai diri. Nurul Fadzelin terkedu buat seketika.

"Lin, janganlah pergi!" kata Syed Hamzah menangis esak.

Nurul Fadzelin membelai rambut Syed Hamzah, lembut. Senyuman manis terukir.

"Janganlah menangis! Syed tu kan lelaki? Gengster pula tu. Mana boleh menangis?!" kata Nurul Fadzelin dengan senyumannya.

Syed Hamzah masih belum berhenti menangis. Dia masih enggan melepaskan pelukannya itu. Perlahan-lahan, dia berkata, "Syed... cintakan... Lin!"

#vote

Ustazah KpopHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin