BAB 15-RESAH

252 13 12
                                    

SYED Hamzah melangkah masuk ke dalam rumah lalu terlihat Nurul Fadzelin berbaring di atas sofa. Puan Fatihah yang duduk bersimpuh di sisi Nurul Fadzelin, melihat anaknya pulang.

"Hamzah!" ucap Puan Fatihah.

Syed Hamzah mendekati mereka berdua. Pandangannya dibuang tepat ke muka ibunya. "Macam mana dengan dia?"

"Dia okey. Tak ada apa yang serius."

Pandangan dibuang ke arah Nurul Fadzelin.

"Hamzah tu pun satu. Dah tahu diri tu kena buru, hati-hatilah sikit. Kalau ada apa-apa terjadi, siapa susah?" kata Puan Fatihah sedikit tegas.

Syed Hamzah menunduk.

"Dah. Ummi nak ke dapur kejap. Nak buat teh panas." Puan Fatihah bangkit lalu melangkah ke dapur.

Syed Hamzah melihat wajah Nurul Fadzelin yang masih tidak sedar. Syarifah Izzati dan Tengku Iskandar mendekati lelaki itu.

"Bawa bersabar ya, Hamzah! Dia akan okey tu," kata Syarifah Izzati cuba menenangkan adik kembarnya.

⭐⭐⭐

SEHARI berlalu. Keadaan Nurul Fadzelin semakin stabil dan pulih. Matanya dicelik perlahan-lahan, melihat siling rumah lalu tertumpu pada Syed Hamzah yang tidur di sebelahnya.

"Syed?" ujar Nurul Fadzelin, perlahan.

Syarifah Izzati tiba. "Sepanjang malam dia temankan ustazah tau, tak? Dia risau sangat pasal ustazah macam kucing hilang anak. Risau sangat-sangat! Kalau ustazah nak tahu, dia menangis selama 30 minit sebab risau sangat. Menangis sebelah ustazah pula tu."

Nurul Fadzelin mengedipkan matanya. "Apa yang berlaku sebelum ni? Tak silap ustazah ada laki culik ustazah. Dia cakap...

'Hamzah a.k.a. Zai. Dia pernah jadi kawan aku. Kami buat jenayah sama-sama. Tapi, dia khianat aku, buat laporan polis. Habis satu kumpulan kena tangkap. Cuma aku je yang dapat lari. Rupanya, baru aku tahu, dia tu polis pengintip.'

...Itulah apa yang dia kata. Lepas tu, dia suntik leher ustazah," terang Nurul Fadzelin lalu membentangkan satu soalan. "Betulkah apa yang dia kata pasal Syed?"

"Rasanya, lagi elok ustazah tak perlu tahu semua tu. Syarifah sendiri pun tak tahu apa yang terjadi dekat ustazah. Lupakan jelah perkara ni ya," kata Syarifah Izzati cuba mengelak identiti Syed Hamzah terdedah.

"Hmm... Yalah!" kata Nurul Fadzelin, pasrah. "Tapi, ustazah sendiri nak tahu siapalah yang selamatkan ustazah?!"

Syarifah Izzati mengunci mulut, tidak mahu berbicara tentang semalam lagi.

"Dah. Jom! Kita angkat Syed masuk bilik dia. Kesian dia tidur dekat sini," kata Nurul Fadzelin menukar topik perbualan.

Syarifah Izzati sekadar mengangguk. Nurul Fadzelin bingkas dari sofa. Mereka berdua membimbing Syed Hamzah ke biliknya di tingkat atas. Berat juga jejaka itu. Makan apa entah sebelum.

Kuakkk!!! Pintu bilik dibuka.

Tubuh Syed Hamzah diheret ke dalam bilik lalu dicampak ke atas katil oleh kakaknya tanpa kasihan. Nurul Fadzelin melindungi tubuh lelaki itu dengan selimut. Dia memandang Syarifah Izzati.

"Okeylah, ustazah balik dulu ya. Jaga Syed elok-elok," pesan Nurul Fadzelin.

"Baik, ustazah!" balas Syarifah Izzati.

Langkah Nurul Fadzelin diatur keluar dari bilik itu. Syarifah Izzati berjalan ke tingkap bilik. Matanya tertumpu pada Nurul Fadzelin yang berjalan keluar dari kawasan rumahnya. Dia mendekati adiknya pula.

"Hamzah, dia dah balik," kata Syarifah Izzati.

Syed Hamzah yang 'tidur' tadi, terus membuka matanya. Dia bangun.

"Lepas ni, nak buat apa?" kata Syarifah Izzati mencekak pinggang.

"Hamzah nak latih Lin, Taekwando," kata Syed Hamzah, serius.

"Ermm... Baguslah kalau macam tu. At least, ustazah boleh jaga diri."

"Nanti, bagi location kat Lin. Suruh dia datang tempat aku."

"Beres."

"Lagi satu,..." kata Syed Hamzah.

Syarifah Izzati memasang telinganya. Pandangan Syed Hamzah dibuang ke arah wajah kakaknya.

"...kau bagitau ustazah yang aku menangis 30 minit tu apasal!!??"

Bantal dibaling ke arah Syarifah Izzati. Gadis itu menangkapnya dengan kemas.

"Hehe..." Syarifah Izzati tersengih.

"Budak nilah... Mari sini kau!!!" Syed Hamzah terus mengejar kakaknya.

Syarifah Izzati serta-merta membuka langkah lariannya.

"Jangan nak lari!!"

#vote

Ustazah KpopOù les histoires vivent. Découvrez maintenant