BAB 10-PERASAAN

325 14 6
                                    

"SEBENARNYA, Syed pun tak solat Zohor tadi," kata Syed Hamzah, jujur.

Nurul Fadzelin mengedipkan matanya. "Apa?"

Syed Hamzah mengeluh kecil. "Tak ada apalah. Ni datang sini buat apa?"

"Oh, saya..."

"Saya... Saya apa? Kau tu ustazah aku, bukan kekasih aku."

Syarifah Izzati yang mendengar kata-kata kasar adiknya itu cuba mengawal kemarahannya. Nurul Fadzelin menundukkan pandangan, tidak sanggup melihat muka Syed Hamzah. Tegas juga si Hamzah ni. Satu langkah ke depan dibuat. Syed Hamzah berdiri betul-betul di depan Nurul Fadzelin, hampir menyentuh dada sesama sendiri. Perasaan Nurul Fadzelin mula tidak tenteram. Tangan Syed Hamzah diangkat lalu menyentuh tudung Nurul Fadzelin. Syarifah Izzati terpegun dengan tindakan adiknya. Fikirannya mula terlintas perkara yang bukan-bukan. Takkanlah dia orang nak bercium!?

"Tudung awak senget. Meh saya betulkan," tegur Syed Hamzah memperbetulkan tudung yang dipakai Nurul Fadzelin.

Nurul Fadzelin kembali mendongak, memandang wajah lelaki itu. Mata pemuda itu merenung wajah wanita itu.

"Kan nampak cantik sekarang," kata Syed Hamzah berundur selangkah lalu memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

Muka Nurul Fadzelin menjadi merah sebaik mendengar kata-kata dari Syed Hamzah. Baginya, itulah kata-kata keramat untuknya.

"Ermm... Terima kasih!" ucap Nurul Fadzelin malu.

"Dah jom! Syed nak cakap sikit dengan ustazah," kata Syed Hamzah memusingkan badannya.

Nurul Fadzelin membelakangi lelaki itu. "Nak cakap apa?"

"Pasal pagi tadi. Betulkah ustazah suka Syed?"

Nurul Fadzelin berubah pucat. "Eh, mana adalah! Memandai-mandai je Syed ni."

"Jangan nak tipulah, ustazah! Orang kalau dah sampai usia 20-an, perasaan cinta akan datang tanpa diduga sebab itu usia kemuncak percintaan. Ustazah tak boleh tipu diri sendiri. Kan dah tertulis ciri-ciri orang munafik, 'Apabila dia berkata, dia berdusta'. Ustazah jangan bohong sayalah. Jangan burukkan nama baik ustazah tu!"

Nurul Fadzelin hilang kata mendengar kata-kata berbisa dari mulut Syed Hamzah. Dia mengeluh kecil. "Haih, yalah! Ustazah betul-betul... cintakan awak, Syed!"

Syed Hamzah tersenyum sinis. "Betulkah tu? Ustazah boleh setia dengan Syed ke kalau Syed berubah 360 darjah?"

"Ya, ustazah tetap setia."

Syed Hamzah melihat Nurul Fadzelin memintas dirinya. Wanita itu berdiri di depan pemuda itu, membuatkan Syed Hamzah terhenti langkah. Dahi Syed Hamzah dikerut.

"Walau apa cara sekalipun, ustazah tetap mahu bersama dengan Syed... sebab Syed... cinta pertama ustazah!" kata Nurul Fadzelin, serius.

Terkejut sakan Syed Hamzah dibuatnya sebaik mendengar kata-kata dari Nurul Fadzelin itu tadi sampai terduduk lelaki itu. Cinta pertama!!!

"Ustazah tak pernah bercinta!" kata Syed Hamzah terpegun.

"Sebenarnya, ustazah... benci lelaki!" kata Nurul Fadzelin terus-terang.

"Hah?!" Bertambah hairan lagilah si Hamzah tu.

"Waktu darjah 3, ustazah dicabul. Sejak waktu tu, ustazah takut, makin takut dengan lelaki. Bila dah masuk sekolah menengah,..."

Nurul Fadzelin mula sebak di dada. Syed Hamzah hanya memasang telinga.

"...ustazah diperkosa. Waktu umur 17 tahun, ustazah dirogol!" tambah Nurul Fadzelin menutup wajahnya bersama suara tangisannya.

Perasaan dilema tertanam di dalam dada Syed Hamzah. Pandangannya ditunduk. Matanya melihat wanita itu menangis.

"Syed minta maaf sebab kasar dengan ustazah sebelum ni. Minta maaflah kalau Syed ada buat silap ke apa ke," ucap Syed Hamzah, ikhlas.

Nurul Fadzelin menggelengkan kepalanya. Tangannya dialihkan dari muka. Pandangan ceria dibuang ke wajah Syed Hamzah.

"Tak apa. Sebenarnya, ustazah bahagia sangat dapat jumpa Syed. Terima kasih sebab muncul dalam hidup ustazah!" kata Nurul Fadzelin teruja.

Syarifah Izzati yang dari tadi melihat drama tak berbayar itu terasa menyentuh hati terhadap apa yang diperhatikan. "So sweet!"

"Dah tu! Dah makan belum?" kata Syed Hamzah memujuk Nurul Fadzelin.

"Belum lagi!" jawab Nurul Fadzelin, jujur.

"Okey, jom! Kita pergi makan."

Syarifah Izzati melihat adegan itu, seperti dirancang. "Yes!! Level two!"

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now