BAB 41-HILANGNYA CINTA

259 15 0
                                    

ARWAH Syed Hamzah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam walaupun puncanya adalah perbuatan bunuh diri. Nurul Fadzelin turut hadir ketika upacara pembacaan tahlil. Keluarga dan para sahabat Syed Hamzah pun hadir. Arif Hakimi pun begitu cuma dia perhatikan mereka dari luar pagar.

Seusai majlis pengebumian, orang ramai berarak pulang. Tengku Iskandar melihat susuk tubuh Arif Hakimi berdiri di luar kawasan perkuburan.

"Tu dia suspek tu!?" kata Tengku Iskandar menuding jari ke arah susuk tubuh itu.

"Mana? Mana?" kata Syarifah Izzati tercari-cari.

Tengku Iskandar berlari keluar dari kawasan perkuburan itu. Dia melihat tempat Arif Hakimi berdiri tadi.

"Mana? Awak nampak siapa tadi?" kata Syarifah Izzati berbicara lembut kepada Tengku Iskandar, tidak seperti dulu.

"Aku nampak Ami tadi," kata Tengku Iskandar yakin.

"Ami? Saya tak nampak pun."

"Tadi, ada."

"Awak penat sangat ni. Dahlah jom. Kita balik."

"Tapi... tapi..."

"Ah, tak ada tapi tapi! Kita balik!"

Nurul Fadzelin melihat telatah pasangan itu, sedikit terhibur. Dia melihat kubur arwah yang dihiasi bunga mawar putih. Satu senyuman manis cuba diukir di bibir Nurul Fadzelin biarpun pahit dan perit senyuman itu.

"Fadzelin, jomlah balik sekali," ajak Puan Fatihah kepada Nurul Fadzelin.

"Okey," kata Nurul Fadzelin kepada ibu Syed Hamzah.

Terlebih dahulu, Nurul Fadzelin mengeluarkan fon telinga lalu memakainya. Wayar fon telinga disambung ke telefonnya. Lagu Korea, Memory nyanyian Ben dimainkan. Nurul Fadzelin menghela nafas. Detik-detik indah bersama Syed Hamzah menjadi kenangan terindah buatnya. Langkah wanita bertudung hitam itu diatur beredar dari tanah perkuburan, dihiasi bunga yang berterbangan.

Sebaik sahaja semua orang tiada di tanah perkuburan itu, barulah Arif Hakimi bertindak mendekati kubur arwah Syed Hamzah. Dia duduk di sebelah kubur 'sahabat'nya itu.

Zai, tenang di sana nanti. Aku akan jaga Lin elok-elok, desis hati Arif Hakimi.

Lalu, Arif Hakimi membaca Surah Yasin untuk bersedekah kepada arwah sahabat itu.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now