BAB 30-HIDUP DARI MATI

149 12 0
                                    

NURUL Fadzelin ditemani Syarifah Izzati ketika berjalan ke kelas. Mereka berdua memang rapat. Ada yang mengatakan mereka kelihatan seperti adik beradik kerana mereka berdua sering mendengar lagu bersama di mana-mana.

"Syed datang tak hari ni?" tanya Nurul Fadzelin.

"Oh, dia jumpa Encik Danial sekejap. Ada hal katanya," jawab Syarifah Izzati.

"Oh! Dia ada buat salah ke?"

"Eh, tak! Dia cuma... ada hal penting. Tak tahulah dia tu."

⭐⭐⭐

KELUHAN dilepaskan. Syed Hamzah terus menyerang Danial Nabil dengan langkah Taekwando yang sudah lama dia mahir. Danial Nabil mengelak setiap serangan. Mereka berlawan di tengah padang bola sepak yang terletak di belakang asrama. Tidak ramai yang lalu di situ.

"Boleh tahan juga kau ni," kata Danial Nabil dengan wajah dingin.

Syed Hamzah cuba menyepak kaki Danial Nabil. Sasarannya sempat mengelak, melompat ke belakang. Syed Hamzah berhenti berlawan.

"Hmm... hebat juga polis dari Bukit Aman ni. Baru 18 tahun dah selesaikan lebih 75 kes jenayah besar," kata Danial Nabil lagi.

"Biasalah tu tuan. Kes dadah. Kongsi gelap. Banyak saya selesaikan. Dari konco kecil sampai bos besar saya dah tangkap. Banyak juga yang dah makan peluru saya. Yang lain ke tali gantung," kata Syed Hamzah tersengih.

Danial Nabil berfikir sesuatu. "Saya rasa, saya ada satu tugas sulit untuk kau."

"Tugas apa tuan? Saya datang sini sebab satu kes je, tuan."

"Sebenarnya, kes ni ada kaitan dengan kes kau tu. Dan kes ni kes saya juga. Nama suspek tu Aina Farhana."

Terbeliak mata Syed Hamzah mendengarnya. "Aina Farhana? Tak mungkin. Dia dah mati, tuan! Dia dah mati. Dia mati depan mata saya, tuan. Dia dah..."

"Tak," kata Danial Nabil menghalang Syed Hamzah daripada bersuara. "Dia tak mati lagi."

Syed Hamzah mula berserabut. Rambutnya diramas seperti orang gila. Memori hitamnya muncul semula.

⭐⭐⭐

OKTOBER 2016
FIKIRAN Syed Hamzah menjadi buntu sebaik melihat kekasihnya, Aina Farhana ditembak oleh seorang musuh yang sangat kejam dan digeruni, Arif Hakimi a.k.a. Ami.

"Minta maaf, budak! Budak-budak tak boleh bercinta, macam orang-orang tua kata, 'Belajar dulu sebelum nak bercinta pun!'," kata Arif Hakimi berdiri di depan gadis yang tersungkur di lantai itu.

Aina Farhana merangkak perlahan-lahan menghampiri cintanya, Syed Hamzah. "Syed!" Lemah.

Syed Hamzah baru sahaja membuka satu langkah mendekati Aina Farhana dan tiba-tiba,…

Bang!

⭐⭐⭐

DISEMBER 2018
SYED Hamzah masih ingat lagi situasi itu. Air matanya bergelinang setiap kali teringat tentangnya lalu melimpah ke bumi.

"Kalau kau nak tahu kebenarannya, kau selesaikan kes saya ni. Jangan risau! Saya tolong kau bila kau dah sedia," kata Danial Nabil.

Air mata dikesat. Pandangan tertumpu pada Danial Nabil.

"Bila-bila masa saya dah sedia tuan!" kata Syed Hamzah bersedia.

#vote

Ustazah KpopWhere stories live. Discover now